Maksud Wakaf berasal dari Bahasa Arab (waqf) yang membawa maksud berhenti, menahan atau menegah.
Namun dari segi syarak ianya bermaksud penyerahan harta atau hak milik tanpa ada susut fizikal untuk pengguna dari pertama kali ianya diwakafkan sehingga akhir dengan niat semata-mata kerana Allah S.W.T.
Harta yang diwakafkan TIDAK BOLEH diambil kembali atau dimiliki oleh individu lain.
Harta yang digunakan untuk wakaf merupakan satu kebajikan yang menjanjikan pahala berterusan.
Pahala waqaf juga sentiasa ada selagi mana ianya memberikan manfaat kepada manusia yang lain walaupun setelah pemberi wakaf meninggal dunia.
Terdapat 2 Jenis Wakaf:
- Wakaf Ahli (keluarga) – Dikhususkan manfaat untuk ahli keluarga yang ditentukan oleh pewakaf.
- Wakaf Khairi (kebajikan) – Di bawah wakaf ini terdapat dua cabang iaitu am dan khas.
Am – Tujuan untuk manfaatnya kepada umum mengikut hukum syarak. Berbentuk seperti kemudahan fasiliti atau apa-apa untuk membangunkan ekonomi Islam melalui aktiviti yang dijalankan berteraskan hukum syarak.
Khas – Diwujudkan untuk manfaat tertentu umat Islam mengikut hukum syarak seperti tanah untuk masjid, surau, sekolah agama atau perkuburan Islam atau lain-lain yang dikhususkan pewakaf.
Ramai antara kita yang sudah mula menyedari tentang kelebihan berwakaf dan sudah bermula dengan cara menyediakan mesin penapis air di tempat-tempat awam yang memerlukan, antaranya sekolah, surau/masjid, dewan orang ramai, pejabat dan sebagainya.
Model manakah yang sesuai untuk waqaf ?
Orang nak mewaqafkan penapis air ni sebab inginkan pahala yang banyak dan berterusan. Jadi penapis air ini akan diletakkan ditempat yang ramai orang guna. Oleh sebab itu pemilihan model mestilah yang mempunyai tangki yang besar dan heavy duty.
Jadi disini saya mengesyorkan 2 model yang heavy duty iaitu model Core (floor standing) dan model Villaem 2 (table top). Tuan/Puan boleh rujuk gambar dibawah.
Penapis Air Coway Core
Penapis Air Coway Villaem 2
Alhamdulilah, pastinya dengan cara ini dapat memberikan manfaat yang sebaiknya pada yang memerlukan.
Jom kita berwakaf.
Untuk info lanjut bagi yang ingin berwakaf penapis air Coway boleh hubungi saya di 017-729 9276 atau klik link dibawah.