Baca sampai habis supaya anda tidak rugi dan terbeban dengan kontrak kerana tersilap pilih penapis air !
Zaman sekarang ramai dah ada kesedaran dan tahu kepentingan penapis air untuk kegunaan seisi keluarga. Jadi ramai yang sedang mencari-cari atau memilih penapis air sama ada di kedai ataupun di internet.
Ini disebabkan oleh air yang dikeluarkan oleh air paip minuman kita sedikit sebanyak mempunyai kandungan bakteria, klorin, logam, karat halus dan bau yang boleh memberi mudarat kepada kesihatan kita sekeluarga.
Dengan permintaan yang tinggi ini banyak perusahaan/syarikat penapis air yang muncul bagaikan cendawan. Masing-masing mengatakan mereka adalah yang terbaik dan ada yang kondem jenama lain.
Oleh sebab itu, apabila kita ingin membeli penapis air dirumah hendaklah kita perhatikan 10 perkara yang sangat penting sebelum membuat pembelian agar tidak menyesal di kemudian hari kerana buat pembelian tanpa survey/terburu-buru.
Saya yakin, artikel ini sangat penting bagi membantu anda membuat sebarang keputusan untuk membeli penapis air.
TIPS NO 1: HALAL JAKIM
Jika dilihat dalam Harian Metro (rujuk sini) terdapat 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada di pasaran dan dijual pada harga murah berbanding penapis berjenama, menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran.
Pastikan penapis air yang anda ingin beli mempunyai pengiktirafan HALAL daripada JAKIM. Ini bagi memastikan penapis air yang anda beli airnya dapat diminum tanpa was-was.
Oleh sebab itu Coway adalah syarikat penapis air pertama di Malaysia yang mempunyai pensijilan HALAL JAKIM dari 2006 hingga kini.
“Mencari yg Halal itu fardhu (wajib) bg setiap org Islam” (Riwayat Dailami).
TIPS NO 2: HARGA
Penapis air mempunyai pelbagai jenis harga. Ada yang dijual pada harga yang sangat murah, sederhana dan premium.
Penapis air yang dijual pada harga yang rendah kebiasaannya mempunyai tapisan yang asas sahaja dan tidak mempunyai kelebihan-kelebihan lain. Malah kualiti tapisan juga sangat minimum dan ada yang memperjudikan kesihatan pengguna.
Kini ada beberapa syarikat penapis air yang menawarkan teknologi tapisan yang lebih canggih dengan kaedah bayaran bulanan yang mampu milik.
Belilah penapis air mengikut kesesuaian dan kemampuan anda. Walaupun anda membayar sewa secara bulanan, namun kesihatan anda sekeluarga lebih terjamin.
Di Coway, harga penapis air bermula dari RM65 sebulan sahaja. Rujuk sini.
TIPS NO 3: TEKNOLOGI TAPISAN
Sebab utama orang memasang penapis air adalah kerana kualiti air yang sangat teruk. Ada yang berkarat, ada yang berbau dan ada yang mempunyai rasa pelik.
Mereka tidak mahu bendasing ni merosakkan kesihatan mereka terutama sekali buah pinggang. Ia organ pertama yang menapis bendasing yang terdapat dalam air minuman kita seharian.
Cukuplah dengan kandungan gula yang anda minum seharian. Rehatkan buah pinggang anda dengan air tulen.
Persoalan dia ialah jika klorin dan logam berat boleh nampak seperti serbuk teh. Adakah Tuan/Puan akan memilih penapis air tanpa melihat kepada teknologi/kehalusan tapisan?
Gambar diatas menunjukkan kandungan yang biasa terdapat didalam saluran air paip kita. Coway menggunakan teknologi tapisan sehalus 0.0001 micron iaitu teknologi reverse osmosis. Teknologi ini dapat menapis semua bendasing dan hanya membebaskan partikel air (H2O) sahaja. Ini dinamakan air tulen dan bagus untuk buah pinggang kita. Wikipedia RO disini.
TIPS NO 4: SAIZ TANGKI
Adakah saiz tangki memainkan peranan penting dalam pemilihan penapis air?
Jawapannya adalah YA.
Kita sedia maklum walau sekuat mana air bila ditapis air tersebut akan jadi perlahan. Ini kerana proses tapisan sedang berjalan bagi membuang bendasing yang akan menjejaskan kesihatan kita.
Jadi kita kena faham yang tiada istilah ambik secawan air topup terus secawan dalam masa yang sama. Itu bypass filter ataupun tiada filter namanya.
Oleh sebab itu saiz tangki air memainkan peranan penting dalam pemilihan penapis air. Jika saiz tangki itu kecik. maka penggunaan semasa sangat terhad dan terpaksa menunggu next refill.
Pemilihan model dengan saiz tangki yang tepat juga dapat membantu jika ada catuan air atau gangguan bekalan air di tempat anda.
TIPS NO 5: PENJIMATAN ELEKTRIK
Penggunaan air panas dan sejuk kini menjadi keperluan bagi yang bekerja lebih-lebih lagi yang mempunyai keluarga.
Coway menawarkan penggunaan elektrik yang lebih rendah berbanding dengan mesin pemanas air (water heater) yang biasa terdapat dipasaran.
Selain itu ia direka dengan mode penjimatan elektrik yang sesuai dipasang 24 jam.
Semua produk Coway diiktiraf jimat dan cekap tenaga oleh ENERGY STAR.
TIPS NO 6: MESIN YANG DIIKTIRAF
Pastikan mesin yang ingin dibeli mempunyai pengiktirafan daripada pihak berwajib seperti WQA, SIRIM dan sebagainya. Elakkan daripada mengambil penapis yang tak diiktiraf. Penapis air yang diiktiraf adalah lebih meyakinkan untuk digunakan.
TIPS NO 7: WARANTI & SERVIS LEPAS JUALAN
Penapis air yang murah tidak menawarkan after sale service kerana filter anda perlu tukar dan cari sendiri.
Ada juga yang mengadu pihak customer service sangat sukar dihubungi dan service yang dilakukan juga tidak konsisten.
Maka pilihlah penapis air daripada jenama yang dipercayai supaya pelaburan kita lebih berbaloi untuk jangka masa panjang.
Bagi penapis air Coway, anda dibekalkan waranti penuh sepanjang temph kontrak. Untuk belian tunai waranti selama 1 tahun dan untuk langganan pakej sewa beli pula waranti selama 5 tahun. Tiada caj tambahan atau tersembunyi akan dikenakan pada pelanggan bagi setiap penukaran alat ganti dan servis.
Malah Coway menawarkan bantuan pemeriksaan dan baik pulih ke rumah anda paling pantas iaitu 1 hari bekerja jika berlaku sebarang kerosakan.
Anda juga tidak perlu fikirkan tarikh servis kerana pihak Coway akan menghubungi anda setiap 2 bulan tanpa gagal bagi memastikan penapis air anda didalam keadaan bersih dan dapat berkerja dalam keadaan optimum.
TIPS NO 8: KETAHUI KONTRAK JUALAN
Anda perlu tahu apakah kontrak dan syarat-syarat jika kita mengambil penapis air secara tunai ataupun secara sewa beli. Ini kerana setiap jenama memberikan terma dan syarat yang berbeza.
Untuk pakej sewa beli penapis Coway mempunyai terma dan syarat yang berbeza mengikut promosi. Jurujual yang bagus akan menerangkan kepada anda akan terma dan syarat kontrak rental tersebut.
TIPS NO 9: CARA BAYARAN
Penapis air yang berada di pasaran kebiasaannya mempunyai beberapa cara bayaran:
- Cash/Outright – Pembelian secara tunai. Kelebihannya pelanggan tidak terikat dengan kontrak.
- Rental – Pembelian secara sewa beli. Kelebihannya harga mampu milik dan lengkap dengan servis sepanjang tempoh kontrak. Mesin akan jadi hak milik sepenuhnya tanpa apa-apa bayaran setelah tamat kontrak.
- Easy Payment Plan (EPP) – Pembelian menggunakan credit card. Pembelian ini sama seperti belian tunai namun pihak bank yang membayarkan terlebih dahulu bagi pihak anda. Anda boleh pilih untuk buat bayaran bulanan dengan 0% interest maksima sehingga 36 bulan (tertakluk pada terma dan syarat).
TIPS NO 10: JURUJUAL YANG TRUSTED
Pilihlah jurujual yang berpengalaman dan dipercayai supaya mereka dapat memberi anda khidmat nasihat yang tepat untuk anda serta mengelakkan anda ditipu oleh scammers.
TERAKHIR: BUAT PILIHAN DENGAN BIJAK
Hai, saya Hariz pakar Coway. Saya adalah ejen Coway yang berpusat di HQ Kuala Lumpur sejak 2017 lagi.
Saya telah menguruskan pesanan dari pelanggan menerusi dalam talian (online order) melebihi 700 unit sepanjang kerjaya saya dan dilabelkan sebagai TRUSTED COWAY ONLINE SELLER.
Anda juga boleh melihat komen-komen positif dari pelanggan atas servis yang Hariz berikan dalam setiap blog Hariz.
Jika anda ingin membeli penapis air atau mana-mana produk Coway bolehlah berurusan terus dengan Hariz dengan menghubungi no 017-729 9276 ataupun klik link dibawah.
Wahh hebat terima kasih di atas perkongsian..Saya Minta share artikel ini ya