Satu perkongsian yang saya perlu ceritakan kepada bakal pengguna Coway sekalian. Baru-baru ni saya menerima satu panggilan daripada rakan prospek yang berada di Cheras, Kuala Lumpur. Mulanya dia amat berminat dengan penapis air Coway selepas saya terangkan ciri-ciri, proses sewa beli dan perbezaan sewa beli dan tunai Coway. Namun, selepas saya follow-up, dia sudahpun memasang penapis air di rumahnya, dengan jenama lain.
Dia memaklumkan bahawa dia amat terdesak memerlukan penapis air secepat mungkin kerana tidak tahan lagi dengan air kotor yang digunakan untuk memasak dan minum. Persoalannya, benarkan pemasangan Coway lambat?
PROSES PENDAFTARAN DAN PEMASANGAN PENAPIS AIR COWAY
Bakal pengguna Coway perlu faham, di Coway ada beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh mereka sebelum pemasangan di buat di kediaman atau pejabat mereka. Berikut saya ringkaskan, proses pendaftaran dan pemasangan penapis air Coway.
Langkah 1
Pembeli akan mendaftar borang pesanan (sales order form) untuk membolehkan pesanan anda diproses. Pada masa yang sama, pelanggan juga perlu sediakan salinan IC dan kad debit/kredit (bahagian depan sahaja) untuk pendaftaran. Jangan lupa, bayaran deposit (yuran pendaftaran RM200 dan advance payment satu bulan) perlu disediakan oleh pihak pembeli.
Langkah 2
Submission akan melalui bahagian credit control processing (CCP) Coway untuk semak kelayakan anda menyewa beli produk Coway. Jika belian secara tunai, proses ini akan dilangkau.
Langkah 3
Autodebit deposit bagi pelanggan pakej sewa beli akan dibuat. Sekiranya gagal, ejen Tuan/Puan akan menghubungi anda untuk makluman.
Langkah 4
Selepas itu setiap tempahan akan diserahkan kepada bahagian pemasangan. Di sini, cawangan pemasang (technician) Coway akan menghubungi pelanggan untuk penetapan temujanji pemasangan (installation appointment). Pelanggan boleh menetapkan tarikh dan masa yang sesuai dengan masa mereka.Â
Langkah 5
Tiba hari yang dijanjikan, Techncian Coway akan datang dan buat pemasangan secara percuma.
TEMPOH PEMASANGAN PENAPIS AIR COWAY
Tempoh pemasangan bergantung kepada pelanggan dan ejen yang menguruskan tempahan. Jika dokumen tidak lengkap, masa yang lebih lama akan diambil sehingga semuanya lengkap. Jika ada rekod blacklist CTOS maka bahagian CCP akan tolak permohonan (semakan CTOS dikecualikan bagi sesetengah promosi).
Jika pelanggan gagal dihubungi atau tiada di dalam kawasan, maka tempoh pemasangan akan bertambah sehingga pelanggan boleh dihubungi untuk mengesahkan maklumat mereka. Begitu juga dengan proses temujanji dan pemasangan.
Tiada janji manis yang diberikan, tapi yang pasti proses pendaftaran dan pemasangan Coway akan mengambil masa hingga 3-5 hari bekerja bermula dari hari tempahan Tuan/Puan diproses. Untuk mempercepatkan urusan tempahan Coway Tuan/Puan Hariz syorkan cari ejen yang berurusan direct HQ Coway.
Hariz Coway adalah ejen Coway HQ yang berpengalaman menguruskan lebih dari 300 pesanan seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak dengan pantas sejak 2017.
Kenapa sampai arini penapis air x pasang lagi di rumah saya…dah lebih 10 hari…duit deposite dah potong…bila tanya stock x sampai…bila tanya la stock dah sampai…tunggu lagi dua hari…sampai skrg x muncul2 pun
Cepat atau lambat normally depend atas kecekapan ejen yang uruskan pembelian Coway tu. Jika terlalu lama Hariz sarankan consult dengan ejen yang uruskan pembelian Coway Nadia tu.
Sekiranya Nadia tak suka dengan cara dia, boleh berurusan dengan Hariz. Hariz ialah staff Coway yang bekerja di HQ Coway Kuala Lumpur. Urusan lebih cekap dan pantas.
Hi, boleh tahu berapa lama tempoh tunggu refund coway sebenarnya? Saya dah cancel lebih dari sebulan tapi duit refund masih belum terima. Bila tanya dengan ejen buat layan tak layan ja bila bertanya. Pada siapa harus saya bawak hal ini, adakah pada HQ coway dan apakah no tel HQ coway? Tq
Hi Nabila, tempoh refund biasanya tak lebih dari 30 hari dari tarikh ejen tu processkan cancellation order Nabila. Jika lambat dia processkan cancellation tu, lambatlah Nabila dapat duit refund tu.
Jika ada masalah Nabila boleh call Coway careline di 1-800-888-111.
hi saya rafidah..sya sudah seminggu mndftr utk sewa beli mesin coway..tp smpi skrg tiada feedback..bpa lama ya tmpoh yg sya harus tggu.
Hi Rafidah, boleh hubungi saya di 017-7299276 untuk buat semakan.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Berapa lama masa diambil semasa pemasangan? 1 jam?
Pemasangan biasanya hanya memakan masa sekitar 15 minit sahaja.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Memang prosedur dia kena orang lain call (bukan agen) then kena sebut IC ke? Kenapa macam pelik.
Soalan ni terlalu general. Untuk set appointment pemasangan ke?
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ