Menu Close

PET DANDER DAN KESANNYA KEPADA KESIHATAN

Haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing menjadi peneman hidup manusia. Tapi adakah anda sedar bahawa haiwan peliharaan ini juga menjadi salah satu punca pencemaran udara dalam ruang rumah?

Pet dander adalah salah satu pencetus masalah alahan. Jika anda memiliki haiwan peliharaan di rumah, anda mungkin boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk meminimumkan masalah pencemaran udara dalam rumah.

Apa itu Pet Dander?

Pet dander adalah sisa kulit mati yang terbang bersama bulu haiwan peliharaan anda. Antara haiwan yang menghasilkan pet dander adalah seperti kucing, anjing, arnab, dan lain-lain.

Sisa kulit mati yang dikenali sebagai pet dander ini terlekat bersama bulu haiwan peliharaan yang tercabut dan terbang ke udara. Pet dander ini kemudiannya berpotensi untuk masuk ke dalam paru-paru,  mata dan hidung.

Sistem imuniti badan manusia yang sensitif mengesan protein dalam pet dander ini, dan kemudiannya menyebabkan pembuluh darah dalam badan mengembang. Ini boleh mencetuskan kesan alahan seperti bersin yang kerap, hidung asyik berair, dan lain-lain.

Bukan Bulu Yang Mencetuskan Kesan Alahan!

Apa yang mencetuskan masalah adalah bukan bulu, namun lebih berpunca daripada pet dander ini. Pada sisa kulit mati kucing, terdapat satu protein dikenali sebagai Fel d 1 yang menjadi puncanya. Kucing jantan menghasilkan lebih banyak protein ini berbanding kucing betina. 

Selain daripada kulit, protein ini juga didapati pada air kencing dan air liur kucing. Sisa air liur dan air kencing kucing ini juga boleh terlekat pada bulu dan kulit kucing, yang mana juga akan menjadi sebahagian pencemaran dalam bentuk pet dander apabila bulu yang terlekat bersamanya. 

Bagaimana Mengurangkan Risiko Kesihatan Daripada Pet Dander?

Bahan bendasing yang masuk ke paru-paru boleh menyebabkan batuk, rasa semput dan sesak nafas. Paling teruk juga adalah ia boleh menyebabkan serangan asma. Alahan kucing dikenali sebagai penyebab serangan asma yang teruk kepada 3 dalam 10 orang dengan penyakit asma. 

Beberapa langkah berjaga-jaga boleh diambil untuk mengurangkan risiko ini.

1. Amalkan Cuci Tangan Dengan Kerap

Amalan mencuci tangan sebelum dan selepas melakukan sesuatu aktiviti seperti menyentuh haiwan peliharaan anda adalah salah satu cara yang berkesan. Anda dapat membunuh bakteria dan virus serta bahan pencemaran lain yang berada di tangan anda dengan berkesan. 

2. Sediakan Ruangan Sesuai Untuk Haiwan Peliharaan Anda

Lantai seramik atau kayu jauh lebih baik daripada karpet. Jika anda ingin meletakkan karpet juga, lebih baik dengan memilih karpet yang tidak begitu tebal. Pet dander yang jatuh ke lantai akan lebih mudah dibersihkan.

3. Pasang Penapis Udara Dalam Rumah

Memasang penapis udara dalam rumah adalah salah satu langkah yang berkesan bagi mengurangkan risiko pencemaran pet dander. Pastikan penapis udara anda memiliki filter HEPA dengan tapisan minimum 0.3 micron dan ada servis yang kerap bagi memastikan udara yang sentiasa bersih. Antara penapis udara yang berkesan adalah jenama Coway seperti model Storm dan Lombok. 

Anda juga boleh terus call atau whatsapp dengan agen Coway; Hariz bagi mendapatkan servis nasihat mengenai penapis udara ini. 

Kesimpulan

Pet dander adalah salah satu bahan pencemaran dalam ruang udara yang berpunca daripada haiwan peliharaan. Bahan pencemaran ini boleh menyebabkan risiko kepada kesihatan anda dalam jangka masa panjang. Dengan sedikit penjagaan daripada anda, anda boleh mencipta satu ruang yang selamat bagi keluarga, seterusnya mencegah sebarang risiko kesihatan pada masa hadapan. 

Jika apa yang Hariz kongsikan disini membantu dan menjawab persoalan Tuan/Puan. Sila like page fb Hariz dengan klik butang dibawah sebagai tanda sokongan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *