Ramai yang mengadu pada Hariz Coway tak datang servis sewaktu PKP. Entri kali ni Hariz nak berkongsi tentang servis dan E-voucher kepada semua pelanggan Coway terutama sekali pelanggan Hariz Coway.Â
Untuk pengetahuan semua sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Coway tidak tersenarai sebagai essential service oleh kerajaan.
Oleh sebab itu segala pemasangan, pembaikian dan servis dihentikan buat sementara waktu atas arahan kerajaan.
Jadual Servis
Kekerapan servis Coway adalah setiap 2 bulan bagi menjamin kualiti air dan kondisi penapis ditahap yang optimum.
Bagi yang last servis pada bulan 1, ini bermakna jadual servis Tuan/Puan adalah pada bulan ganjil iaitu bulan 1, 3, 5, 7, 9 dan 11.
Jika Tuan/Puan sempat servis pada bulan 3. Ini bermakna Tuan/Puan tiada gangguan servis kerana bulan 5 kerajaan telah mengistiharkan PKPB. Jika pihak cody (servis) gagal datang, sila hubungi cody masing-masing.
Sama juga dengan Coway Tuan/Puan yang last servis pada bulan 2, ini bermakna jadual servis Tuan/Puan adalah pada bulan genap iaitu bulan 2, 4, 6, 8, 10 dan 12.
Gangguan servis pada bulan 4, jadi Tuan/Puan layak dapat e-voucher ini. Jika pihak cody (servis) gagal datang pada bulan 6, sila hubungi cody masing-masing.
E-voucher Coway
Tarikh redeem e-voucher Coway tu paling awal start bulan 7. Tuan/Puan boleh semak SMS dan kalau dapat update terus ye. Ikut je step-by-step kat bawah ni.
LANGKAH 1 – Tuan/Puan akan dapat satu SMS E-voucher dari Coway. SMS tu akan masuk ke no yang Tuan/Puan gunakan untuk daftar Coway. (Jika tak dapat hubungi ejen/cody Coway masing-masing)
LANGKAH 2 – Klik link dalam SMS tu, Tuan/Puan akan dibawa ke laman web Coway. Masukkan No IC dan kod voucher yg dapat dari SMS tu. Kemudian klik SEARCH.
LANGKAH 3 – Produk yang layak dapat gantian servis akan keluar. Klik ACTIVATE NOW.
LANGKAH 4 – Masukkan no telefon, alamat email dan preferred service month.
Untuk preferred service month Tuan/Puan boleh pilih tarikh gantian servis seawal bulan Julai 2020 ataupun postpone ke hujung tempoh kontrak Coway Tuan/Puan.
Recommendation dari Hariz adalah postpone ke hujung tempoh sewabeli Coway Tuan/Puan tu seperti gambar dibawah.
Klik Redeem Now.
LANGKAH 5 – Klik I’m not a robot, agree pada Terms & Condition Apply dan klik Redeem Now.
LANGKAH 6 – Sahkan penghantaran borang e-voucher.
LANGKAH 7 – Coway akan menghantar detail permohonan e-voucher Tuan/Puan melalui email yang didaftarkan tadi.
LANGKAH 8 – Semak email untuk permohonan e-voucher Coway.
Skrg pkp 3.0 service coway boleh dapat voucher lg ke?sbb xservice kan pkp…so pospone end of waranty la kan…boleh ke claim voucher?
Untuk PKP 3.0 dia akan extend warranty di penghujung kontrak tanpa extra caj.