Kucing ni adalah haiwan yang comel dan manja. Ramai yang suka kan kucing dan membelanya. Ada juga yang ingin membela tapi risaukan masalah bulu dan bau kucing dalam rumah.
Antara masalah yang paling ketara adalah:-
- Masalah bulu kucing
- Masalah bau kucing dan bau najis kucing
- Masalah alahan seperti sinus dan hidung sensitif
- Masalah ada anak kecil di rumah
Bagi anda yang mempunyai masalah ini pasti ingin dapatkan penyelesaian bukan?
APA ITU PENAPIS UDARA?
Pembersih udara atau lebih dikenali dengan nama penapis udara (air purifier) sememangnya penting untuk mencegah dari pencemaran udara di sekeliling kita. Bagaimana penapis ini dapat membantu adalah dengan cara di mana udara disedut masuk dan ditapis kemudian penapis tersebut membebaskan semula udara yang sudah bersih ke udara.
CARA PILIH PENAPIS UDARA TERBAIK UNTUK KUCING?
Cara memilih penapis udara tak semua orang tahu. Majoriti akan tengok pada harga. Lepas beli baru menyesal sebab masalah yang dihadapi tak setel-setel.
Point utama pemilihan penapis udara adalah melihat kepada kawasan liputan (area coverage) yang penapis udara tu boleh bersihkan, teknologi tapisan (jenis penapis dan bilangan penapis), sensor (untuk mengesan kualiti udara dalam rumah) dan penggunaan elektrik. Untuk tips lengkap pemilihan penapis udara Hariz akan kongsikan lebih detail dalam blog yang akan datang.
BAGAIMANA PENAPIS UDARA COWAY LOMBOK MENYELESAIKAN MASALAH PENCINTA KUCING?
Ramai yang menggunakan penapis udara Coway Lombok ini untuk selesaikan masalah-masalah di atas. Bagaimana penapis udara Coway Lombok ni dapat selesaikan masalah berkaitan kucing ni?
1. Area coverage yang luas
Penapis udara lombok 2 boleh membersihkan udara maximum sehingga 1600sqft. 4 kali ganda berbanding jenama lain di pasaran.
Jadi anda tak perlu pasang sampai 2-3 buah penapis udara. Jimat kos beli penapis udara dan jimat elektrik anda.
2. Lubang sedutan habuk yang luas dan selamat untuk kanak-kanak.
Bulu kucing ni biasanya panjang-panjang dan mudah bergumpal. Penapis udara Coway model Lombok 2 ni pula mempunyai lubang sedutan yang luas, bulu bergumpal bukanlah satu masalah untuk penapis udara lombok sedut. Dan lubang sedutan ni juga direka khas agar selamat untuk kanak-kanak.
3. Kipas 5 kelajuan dengan mod Turbo
Penapis udara lombok 2 mempunyai kipas 5 kelajuan yang berfungsi untuk menyedut udara kotor lebih cepat berbanding model lain. Jika rumah anda terlalu kuat berbau kucing ataupun habuk dan bulu kucing berterbangan terlalu banyak, tekan sahaja mode Turbo dan Lombok akan bersihkan udara dalam rumah dengan pantas.
4. Penunjuk kualiti udara semasa
Penapis udara Coway juga mempunyai fungsi untuk mengesan kualiti udara dalam rumah. Jika udara dalam keadaan yang teruk, penunjuk kualiti udara semasa ini akan berubah kepada warna merah.
Apabila udara semakin bersih warna penunjuk kualiti udara semasa ini akan berubah ke warna ungu, kemudian biru gelap. Sekiranya udara dalam rumah anda berada dalam keadaan bersih sepenuhnya penunjuk kualiti udara semasa ini akan bertukar jadi warna biru cerah.
Dengan penunjuk kualiti udara semasa ni anda lebih mudah tahu keadaan udara dalam rumah anda bersih ataupun tidak.
5. Berkesan hapuskan bau kucing & bau najis kucing
Penapis udara Coway lengkap dengan deodorisation filter atau lebih dikenali dengan filter arang. Filter arang adalah filter paling berkesan untuk menyerap segala bau-bauan yang kurang menyenangkan dalam rumah kita.
Dengan adanya filter arang ini anda tak perlu risau lagi dengan bau kucing ataupun bau najis kucing dalam rumah. Pasangan, jiran-jiran, ibubapa dan tetamu anda pasti rasa lebih selesa apabila bertandang ke rumah anda selepas ini.
6. Anti bakteria
Dengan teknologi 6 tapisan yang terdapat pada penapis udara Coway Lombok 2 ni ia dapat membantu:-
- memerangkap habuk dan bulu kucing,
- menapis virus legionella punca penyakit pneumonia (klik >sini< untuk ketahui apa itu virus legionella),
- Anti-Flu HEPA yang menyahaktifkan 99.9% bakteria dan virus disamping menghilangkan asap rokok.
- RBD Plasma yang mampu membunuh kuman seperti E.coli punca kepada keracunan makanan.
- Catalyst filter yang mampu menghilangkan gas-gas merbahaya dalam rumah.
- Penapis arang yang menghilangkan bau kucing, bau kepam dalam rumah, bau asap rokok dan lain-lain bau.
- Teknologi Ionizer yang membebaskan ion negatif kedalam udara bertujuan memerangkap molekul merbahaya di udara yang bercas positif dan meneutralkannya.
Bukan setakat untuk pencinta kucing, penapis udara Coway Lombok 2 juga sesuai untuk penghidap asma, keluarga yang ada perokok, ada masalah sinus, ekzema bawaan udara dan macam-macam lagi.
KUALITI SERVIS
Kualiti servis penapis udara Coway adalah yang terbaik. Setiap penapis udara Coway akan diservis setiap 2 bulan oleh Coway Lady (Cody) tanpa gagal.
Ini kerana penapis yang jarang diservis akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan akan menjejaskan kesihatan. Setakat ini hanya Coway sahaja menawarkan servis paling kerap iaitu 2 bulan sekali.
Jadual penukaran filter pula sekerap 4 bulan. Jadi anda tak perlu risau lagi bila nak tukar filter baru dan dekat mana nak cari filter kerana semua masalah anda Coway selesaikan.
KEBERKESANAN
Di sini saya kongsikan beberapa video yang diambil oleh team saya dan customer saya untuk tunjukkan kepada anda kadar keberkesanan penapis udara Coway.
Keberkesanan Penapis Udara Coway Menghilangkan Asap Dan Jerebu
Keberkesanan Penapis Udara Coway Menyedut Bulu Kucing
Keberkesanan Penapis Udara Coway Menyedut Habuk Halus
Keluasan Lubang Sedutan Penapis Udara Coway Berupaya Menyedut Gumpalan Bulu Dan Rambut
TESTIMONI CUSTOMER
Ada banyak testimoni pengguna penapis udara Coway. Disini saya kongsikan khas untuk pencinta kucing.