Menu Close

PENAPIS AIR TAK HALAL TIRUAN COWAY MALAYSIA

Syarikat penapis air di Malaysia ni bertambah semakin banyak saban tahun. Dari yang sekecil-kecil design sampailah yang mempunyai ais malah ada yang siap dengan coffee maker.

Berdasarkan artikel dari Harian Metro, sekurang-kurangnya 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada di pasaran dan dijual pada harga murah berbanding penapis berjenama, menggunakan bahan daripada tulang haiwan sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran.

Ia dijual di pasaran tempatan sejak lebih sepuluh tahun lalu ketika teknologi penapisan air mula diperkenalkan bagi menapis pelbagai jenis bahan tercemar dan sisa toksik yang berbahaya dalam air seperti klorin, logam berat dan seumpamanya.

DR Mahyeddin

Mendedahkan perkara itu, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Mahyeddin Mohd Salleh berkata, kajian pihaknya menunjukkan ada penapis air menggunakan tulang haiwan yang dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium pada air.

Katanya, kebanyakannya diimport dari negara luar yang tidak mempunyai pengesahan halal, dijual dengan harga lebih murah berbanding jenama terkenal menggunakan bahan semula jadi.

“Kajian mendapati kebanyakan tulang haiwan dalam industri diperoleh dari sumber haram atau diragui status halalnya.

“Memang tulang haiwan menjadi pilihan utama kerana harganya lebih murah dan mudah didapati.

“Jenis tulang dan cara tulang diperoleh, termasuk disembelih secara betul atau tidak itu diragui dan kebanyakan karbon aktif daripada tulang haiwan dihasilkan dari China.

“Jadi kita minta pengguna berhati-hati atau merujuk terlebih dulu dengan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya kepada Metro Ahad.

ELEMEN tipikal dalam penapis air komersial.

Dr Mahyeddin berkata, memandangkan sistem penapis air digunakan secara berskala besar untuk tujuan industri dan rumah adalah penting untuk pengguna khususnya umat Islam memastikan produk digunakan patuh syariah.

Katanya, antara bahan dari sumber semula jadi seperti cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan tilapia boleh menggantikan tulang haiwan yang digunakan dalam industri penapis air dan ia disahkan halal.

“Bagaimanapun, ia lebih mahal daripada tulang haiwan kerana lebih sukar didapati sekali gus mendorong perbezaan harga ketara bagi produk penapis air ini.

“Sejak beberapa tahun lalu, pasaran produk penapis air meningkat dan negara kita juga tidak terkecuali.

“Kami bimbang penggunaan tulang haiwan menimbulkan persoalan dari sudut hukum.

“Berdasarkan kajian, kebanyakan bahan penapis air di Malaysia diimport terutama dari China dan Taiwan, menyebabkan kebarangkalian tinggi untuk tulang diambil daripada sumber haram atau syubhah.

“Penentuan hukum juga membabitkan aplikasi ‘istihalah’, memandangkan tulang yang digunakan dalam produk penapis air bukan lagi dalam bentuk asal, sebaliknya telah berubah ke bentuk arang dan bio seramik melalui proses pembakaran pada suhu tinggi.

“Justeru saya nasihatkan kepada orang ramai agar lebih berhati-hati membeli produk penapis air yang semakin mendapat tempat kebelakangan ini.

“Buat rujukan terlebih dulu bagi memastikan barangan yang dibeli itu daripada sumber yang halal,” katanya.

Bercakap tentang status Halal, sepanjang Hariz bekerja di Coway perbandingan selalu dibuat berdasarkan harga. Alasan biasa digunakan adalah penapis murah tersebut juga disahkan Halal. Dan bila diperiksa cop yang dipaparkan adalah cop Halal dari negara luar seperti halal korea, halal thailand dan sebagainya yang mana sukar untuk kita buat semakan ianya benar-benar halal ataupun tidak.

Seperti mana kartel daging yang viral pada disember 2020 selepas 40 tahun beroperasi, penapis air juga tidak terkecuali.

Dan memang benar jika dibandingkan dengan harga Coway ni mahal sebenarnya. tapi jika dibandingkan kualiti, Coway sebenarnya penapis air paling murah di pasaran.

Jadi apa sahaja pilihan yang Tuan/Puan pilih buatlah pilihan yang tepat. Kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada anda, malah kepada pasangan dan anak-anak kalian.

Disini Hariz kongsikan antara pengiktirafan yang ada pada penapis air Coway.

Malah ada juga pihak ketiga menawarkan servis penukaran filter di media social tetapi menggunakan penapis air yang tak diiktiraf. Jadi berhati-hatilah.

Jika Tuan/Puan ada soalan boleh drop diruangan komen dibawah.

Dan jika ingin buat tempahan produk Coway ataupun ingin perbaharui pakej servis penapis Coway Tuan/Puan boleh lah hubungi saya di talian 017-729 9276 (Hariz Pakar Coway).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *