Menu Close

NAMA BLACKLIST SEBAB PENAPIS COWAY

Kesan dari penularan wabak Covid-19 ni membuatkan ramai diantara kita terputus / berkurangan sumber pendapatan lalu gagal buat pembayaran seperti sebelumya.

Jadi disini Hariz gagahkan juga menaip entri ini untuk membantu korang diluar sana. Jadi bacalah sampai habis dan supportlah Hariz dengan bagi LIKE dan REVIEW di page Facebook Hariz. Support tau.

ADAKAH COWAY AKAN MENGAMBIL SEMULA MESIN / PRODUK JIKA ADA TUNGGAKAN?

Jawapan dia TIDAK. Coway tidak akan mengambil semula produk atau mesin penapis Coway yang telah dipasang dalam rumah Tuan/Puan.

APAKAH TINDAKAN YANG AKAN DIKENAKAN OLEH PIHAK COWAY?

Jika Tuan/Puan gagal buat bayaran bulanan Coway melebihi 2 bulan, bulan ke 3 Tuan/Puan akan dikenakan caj handling fee sebanyak RM10 sebulan kerana melanggar kontrak bayaran melalui autodebit.

Jika Tuan/Puan gagal buat bayaran bulanan Coway melebihi 3 bulan, bulan ke 4 Tuan/Puan tidak akan mendapat servis PERCUMA yang disediakan seperti yang tertera di dalam kontrak/pakej Coway.

BILA MASA NAMA AKAN BLACKLIST?

Tiada jawapan tepat untuk ini. Terdapat budi bicara dalam proses ini. Kebiasaannya selepas 6 bulan tunggakan

Tuan/Puan juga akan dihubungi oleh beberapa pihak yang dilantik Coway bagi tujuan pungutan hutang.

Sekiranya gagal dihubungi dan buat pungutan barulah nama Tuan/Puan akan blacklist dan laporan itu akan sampai ke CTOS.

SIAPA CTOS NI?

CTOS ni sebenarnya adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agencies Act 2010). Syarikat ini menyediakan laporan kredit setiap individu di Malaysia. Secara ringkas, semua maklumat pinjaman atau hutang anda ada di laporan kredit CTOS.

CTOS mengumpul maklumat anda untuk laporan kredit mereka dari pelbagai sumber. Antaranya; Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Insolvensi Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penerbitan prosiding undang-undang, maklumat akhbar, dan sebagainya.

Laporan kredit ini kemudiannya digunakan oleh institusi-institusi kewangan di Malaysia yang menyediakan servis pinjaman ataupun kredit.

BLACKLIST CTOS

Ramai yang salah faham bab ni. CTOS tidak mempunyai kuasa untuk blacklisted (menyenaraihitamkan) nama anda pada laporan mereka.

CTOS juga tidak membuat sebarang cadangan sama ada anda layak atau tidak mendapatkan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan yang merujuk kepada laporan CTOS.

Secara ringkas, syarikat CTOS hanya menyediakan maklumat kredit individu di dalam satu laporan yang mudah dirujuk.

Laporan ini pula memudahkan institusi-institusi kewangan membuat keputusan sama ada ingin meluluskan permohonan pinjaman anda atau pun tidak.

ADAKAH AKAUN BANK SAYA AKAN DIBEKUKAN JIKA BLACKLIST?

Blacklist CTOS bukanlah pengistiharan bankrup. Jadi tiada pembekuan akaun bank dibuat. Hanya pembekuan akaun Coway sahaja. Jadi tiada servis, permohonan semula mahupun penggantian sparepart jika produk Coway tersebut mengalami masalah kerosakan.

APAKAH YANG PERLU SAYA BUAT UNTUK BERSIHKAN NAMA SAYA DARI CTOS?

Buat semakan dengan pihak CTOS syarikat mana yang Tuan/Puan berhutang @ disenarai hitamkan (blacklist). Dapatkan jumlah hutang dan buat bayaran penuh. Nanti syarikat tersebut akan update kepada CTOS dan bersihkan nama Tuan/Puan.

Jika syarikat itu ialah Coway. Semak bil Tuan/Puan dengan menghubungi ejen Coway yang menguruskan pembelian penapis Coway Tuan/Puan ataupun hubungi Coway Careline di 1800-888-111.

BOLEHKAN SAYA BAYAR TUNGGAKAN COWAY SECARA ANSURAN?

Jawapan dia kena buat full settlemant. Jika Tuan/Puan ingin buat ansuran kena tanya pada pegawai yang buat pungutan tersebut jika masih ada lagi budi bicara untuk kes Tuan/Puan.

Sekian...

Jika sharing Hariz ni membantu dan memudahkan urusan Tuan/Puan sila LIKE dan REVIEW page Hariz dengan menekan gambar dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK SUPPORT

Jika ada soalan sila hubungi Coway Careline di talian 1800-888-111 atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.

156 Comments

  1. adiba adenan

    saya dapat mesej ni dari coway..

    RM0.00 SAMAN INGKAR: A, TINDAKAN PEMBEKUAN AKAUN SIMPANAN & SEMASA AKAN DIJALANKAN BERHUBUNG KES ANDA. HBGI 0376278522 HARI INI UTK PEMBATALAN SAMAN

    so betul ke tak ni 🙁

    • Evan

      Saya dapat msj menyatakan ada tunggakan 750. Tpi debit masih ditolak rm 120 + 10 . . Dan mereka menyatakan mesti setalkan dalam masa 24jam sb daftaran ctos telah dilakukan. Sdgkn ada potongan bulan ni. Sy terjejas sb kena buang kerja swktu covid. Skrg dh start keja balik.

      • harizcoway

        Kalau dah sampai debt collector, normally autodebit dah lama tak jalan. Dan normally bila aktifkan semula autodebit dia akan buat penolakan full. kemudian baru start bulanan macam biasa. So saya suggestkan u call customer service untuk cek status bayaran terlebih dahulu.

        • Pis

          السَّلَامُ عَلَيْكُمْ hai hariz.. saya nak bertanya 2mggu lepas pegawai dr coway ada call mengatakan barang rumah akan disita.. dan mereka akan dtg kerumah esok harinya utk ambil brg rumah.. jadi saya dah minta dia berapa baki yg perlu dibayar n dia wasap saya baki yg dah diberi diskaun.. jadi saya dah pun bankin kejap tu juga.. skrg mcm mana nak tahu nama dah clear dari coway.. sbb saya minta surat mengatakan nama clear smpai skrg tak dpt

          • harizcoway

            W’salam. kena contact balik debt collector tu ataupun call customer service coway 1800-888-111 untuk status akaun dan pertanyaan.

    • customer coway

      terima kasih tuan atas info diberikan..
      saya juga salah satu pelanggan coway yang mempunyai tunggakan bayaran dari awal pkp dulu.. ianya berterusan kerana saya tak mampu nak bayar lagi.. harap saya boleh terminate penapis air saya selepas ini..

    • Umi

      Saya dapat notis ni

      EN/PN UMI UMAIRAH NELSON BINTI ABDULLAH Terima Kasih atas persetujuan pengambilan tindakan untuk tunggakan RM4259.00. Anda akan menerima satu notis merah mengenai tindakan dalam masa terdekat. Saman akan dikenakan harap bermaklum. Sila hubungi 0327782753 untuk maklumat lanjut!

  2. zahid

    assalamualaikum kes saya tak bayar dah setahun lebih sebab saya tak mampu nak terus kan akibat pkp haritu , jadi saya dapat call dari coway dia cakap dia nak fail kan saman mahkamah terhadap saya dah dia nak menyita barang coway water tersebut , jadi saya nak tanya betul ke pihak coway boleh membekukan akaun dan saya di caj waran tangkap .. tq

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Tiada sitaan produk dibuat dan tiada waran tangkap akan dikeluarkan. Cuma bila kes dah sampai ke pihak debt collector tu maknanya akaun Coway Zahid dah ‘suspended’.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

    • Didi

      Bulanan lewat bayar tak sampai masuk bulan depan lagi agent coway dah ws kata collector akan datang rumah bagai bagai. Memang keje datang rumah mintak duit tak boleh sabar orang bayar ke macam mana musim covid ni? Saya baca yang info atas tiada sebut collector coway datang. Rasa macam nak terminate je coway ni duk datang rumah buat bising.

      • harizcoway

        Saya tak pasti cara ejen lain macam mana. Ada yang jenis suka push, ada yang jenis jaga customer dan macam-macam jenis lagi. Jika Didi rasa cara dia salah boleh buat aduan pada Coway Careline 1800-888-111. Nanti akan ada team yang buat siasatan.

          • afiq

            salam saya nak tanya.

            Setiap 1 hb akan potong debit.

            kalau saya bayar 15hb adakah dia dikira lewat? dan dikenakan caj?

        • Nazrul

          assalamualaikum mcam mna saya nak semak status byaran atau tunggakkan yg saya alami sekarang..? sbb no yg saya guna skrg baru..yg didaftar coway no fon lama(tidak digunakn lagi)..so , mcm mna saya nak check tunggakkan atau status byaran sya tu..?

    • Maznah md salleh

      Asssalam..saya nk tnya cik sekiranya ada tungggak selama 4bln ada kah nama akan ctos dan mndapat surat saman dr mahkamah

      • harizcoway

        W’salam. So far jika ada tunggakan 4 bulan belum ada tindakan CTOS. Jika ada masalah payment sila rujuk dengan ejen Coway Maznah dan dapatkan nasihat dia.

        • Maznah md salleh

          Bulan2 payment mcm biasa cuma tunggakan belum settle..dpt sms memgatakan akn bekukan akaun simpanan btl ke cik?

        • Syah

          Saya nak tanya . Kalau coway call . Lepastu dia ada cakap pasal penguam dan nak penyitaan barang barang rumah dan jugak pembekuan akaun bank . Adakah itu benar atau sebaliknya ? Saya memang ada tertunggak dengan coway . Tapi tindakan tersebut akan dilakukan ? Sebab saya sudah mula bayar secara ansuran

          • harizcoway

            Baguslah dah buat pembayaran semula. Pastikan resit bayaran disimpan elok. Pembekuan akaun bank tu luar bidang saya. Tapi setakat ini belum ada lagi.

  3. Fifi

    Saya dapat mesej dari Coway (0166270533) katanya CTOS/SAMAN telah dikeluarkan dan meminta saya hubungi penguam Tuan Sanjay atau Tuan Kugen di talian 0102581884 / 01136734290 / 0321130003. adakah ini betul nombor dari pihak Coway? sebab setahu saya, saya tidak pernah melanggan Coway. Mohon pihak Coway untuk siasat perkara ini

    • harizcoway

      Jika Fifi tak pernah melanggan produk Coway tapi disenarai hitam kerana Coway itu maknanya ada orang telah menggunakan maklumat Fifi untuk daftar produk Coway. Sila hubungi Coway Careline 1800-888-111 dan buat semakan. Nanti customer service Coway akan membantu Fifi.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

      • Nursyahirah Sharon

        salam.. Sy mw bertnya, sy dpt msg dr coway yg surat mahkamah akan dkeluarkan, sy pernah berhubung dgn coway yg sy Xmampu bayar sudah….dlm sthun ni sy xbuat pembayaran kerana masalah ?adakah sy akn dambil tindakan mahkamah…

        • harizcoway

          W’salam. Saya syorkan puan contact ejen Coway puan untuk dapatkan nasihat. Sebab di Coway hanya ejen yang uruskan pembelian customer tu sahaja yang boleh buat detail checking order Puan. Berkenaan dengan tindakan mahkamah memang boleh dikenakan. Saya tak boleh komen in detail sebab itu adalah prosedur debt collector. Dan debt collector ni boleh ambik tindakan mengikut undang-undang yang dibenarkan.

          p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

        • IDRUS B.IDRUS

          sye pun ada dpt msg mengatakan akaun bank akn di sekat/d bekukan..& 1 lg soalan sye,sbelom nie sye ada cal hq coway bertanyakan psl hutang coway sye tu,pd masa tuh org dr custemor servis mengatakann tunggakan sye berjumlah lebih kurang rm6++(full setlement) & ac coway sye dah close…tp bila smpai masa nak setlekan semua,pegawai lain yg uruskan psl byaran pula ckp,masih ada tunggakan rm1k lebih & ac sye masih lg belom tamat,maksudnya sye kena byar semua tunggakan tuh & lepas tuh truskan byar setiap bulan mcm biasa smpai tamat kontrak…bleh tolong sye dlm permasalahan nie…

          • harizcoway

            Kena cek kontrak dan tarikh termination. Dari situ boleh tahu last payment yang kena bayar. Jika ada diskaun Tuan patut grab terus. Tak semua orang layak dapat diskaun tu.

            Pembayaran pula buat terus ke akaun Coway bukan kepada mana-mana individu untuk elakkan di scam. Sekian.

    • Zura

      Saya baru terima call dari pegawai polis dari IPD katanya, dia bagitau ada terima surat penyitaan barang rumah, ada bailiff akan dtg ke rumah. Bila saya bagitau tak De terima apa-apa surat. individu yg mengatakan dirinya pegawai polis memberikan saya satu no telefon(pejabat lawyer). Saya terus nombor tu, ada perempuan jawab katanya akaun saya dah tertunggak lebih setahun, nama saya dah masuk CTOS, akan ada penyitaan dalam waktu terdekat.jika saya nak batalkan penyitaan tu, bayar rm600 sebelum jam 12 thghr esok.jika gagal proses penyitaan akan bermula. Akaun bank saya akan dibekukan. Setahu saya akaun bank akan dibekukan jika brankrup Aje. Soalan saya, ni betul2 bailiff nak DTG sita barang di rumah ke atau agen pengutip hutang yang buat gempak.

      • harizcoway

        Saya dah jawab full dekat sini. Tiada penyitaan dan pembekuan akaun bank. Dan jika Zura dah tak bayar melebihi 1 tahun saya syorkan buatlah pembayaran mana yang mampu dulu. Jangan dibiarkan sahaja. Tak mustahil suatu hari nanti penguatkuasaan ni akan diperketatkan.

        p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

      • Khai

        Saya pn sama baru lepas dpt call dari ipd sb ada aduan untuk penyitaan brg rumah sb ada tunggakan coway.

        Memang mcm ni ke tuan procedure coway? Sy lambat bayar dlm 6bulan.tu pn akan buat bayaran hari ni lps berbincabg dgn lawyer yg ipd minta sy call tu..harap tuan blh bg penjelasan tentang isu ni..

        Ramai nanti akan takut bila dpt call macam tu…

        • harizcoway

          Saya dah terangkan dengan jelas disini apa prosedur Coway. Untuk prosedur debt collector tu diluar skop pengetahuan saya.

          p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

      • Azy

        Saya baru tdi dapat call dari ipk tadi ptg,sebiji mcm sis bagi tau. die mintk saye call lawyer. And sye call tdi perempuan melayu bercakap. Die nak sita barang saye pukul 4 ptg tdi. Katenye ade bailif dari makamah dtg nak sita barang. Huhu. Die mintk sye jelaskan tunggakkan coway. Rasa panik jugak laa. Sbb sebelum nie sye pernah berbincang dgn coway,nk bayar ansuran. Tp dorng xnk terima. Kene bayar full jugak.

        • harizcoway

          Pihak Coway terima sahaja bayaran dari customer. Tapi saya syorkan bayar lebih dari sewa bulanan supaya tunggakan boleh diselesaikan dengan segera dan mengelakkan ada masalah lain di masa akan datang.

          p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

      • Syarfa

        Saya pernah guna coway tahun 2012 dan pernah ada tunggakan 2bulan .. cody dtg n ckp kna ambil brg psl saya dah lambat bayar , sekali dengan penapis udara yg bukan bdaftar atas nama saya pun dia ambil . Saya juga membayar baki tunggakan 2bulan secara tunai . Baru2 ni pembiayaan Tekun saya kena tolak pasal nama saya tersenarai di CTOS kerna Coway .. Bagaimana ye saya nak selesaikan

        • harizcoway

          Cody tak boleh ambik mesin Coway. Boleh buat report pada customer service Coway 1800-888-111. Berkenaan blacklist tu memang terpaksa buat bayaran lah. Boleh cek dengan customer service jugak status akaun Syarfa.

    • mira

      Saya rasa ini scammer. Saya pun ada dapat mesej tentang CTOS/ saman 3 kali drpd nombor 69393. Siap cakap akan hadir ke alamat yang didaftar untuk pengesahan dan tindakan susulan.Dia suruh hubungi Tuan Sanjay atau Tuan Kugen sama macam nombor di atas. Saya x buat apa pun lagi cuma baru nak block semua nombor tu sekarang.Hati2.

      • harizcoway

        Hi Mira, 69393 diguna pakai oleh banyak syarikat dan bank untuk menghantar info melalui sms. Jika info yang diterima tidak berkenaan, delete sahaja sms tersebut.

        p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

    • Noorhidayah

      Saya dapt call dari operator coway mngtakan nk dtg amik mesin coway dan akn bwa pihak polis dua org.. kena settlement 3200 bru diaorg xdtg..btul ke??

    • Farhan

      Saya baru dapat call dari coway tadi . Saya tunggakkan sudah 2 tahun . Mereka kata saya akan dikenakan legal action mahkhamah dan harus membayar penalti sebanyak rm10000 kerana gagal buat bayaran . Dan rekod perbualan akur setuju katanya mereka dah rakam . Betul ke ?

  4. mohd hairulnizam bin m.nor

    sy dpt call dr coway kononya nk saman dn bekukan akaun bank.langsung tak bagi sy peluang untuk terangkan keadaan sy sekarang.sy nk tanya betul ke tindakan itu

    • harizcoway

      Depend atas kes Tuan. Tapi tak perlu risau tiada pembekuan akaun bank seperti yang saya nyatakan di posting di atas.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

      • Hafiz

        Salam…sy nk bertanya…sy dpt msg dri coway…dia cakap sy ad tunggakan coway 4 bln…lps tu dia sruh sy byr hri ini untuk mengelakkan daripada pegawai dia melawat rumah sy bersama surat sman…betul kew ni,sebelum tu,kelmarin,org coway dh ad call…dia sruh byr 180 dlu…tpi hri ni sy dpt msg sruh byr 380 pula…betul kew ni

  5. Azira

    Macam mana kalau saya tak mampu nak bayar coway dan coway akan amik balik tak? Maksud saya dah tak nak pakai barang tu sebab tak mampu bayar. Apa tindakan ?

    • harizcoway

      Kalau dibiarkan nama akan blacklist. So bila dah tak mampu bayar boleh call Coway Careline dan buat termination. Nanti akan ada orang contact Azira untuk kutipan semula produk dan bayaran akhir.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  6. ANN

    kenapa coway servis sekarang dah kurang adab?? tak boleh ke cakap baik2 padahal masalah punca dari CODY sy lepas tu payment tak tolak kat kredit card selama 3 bulan mana lah sy tau !! sebelum ni CODY lama okay je lepas tu siap cakap ** TAK HALAL KAN ** apa masalah sekarang ni ?? sy ada call customer service tapi tak ada feedback tapi selalu cakap PANGGILAN ANDA DI RECORD tahun ni coway call lagi carik pasal lagi so saya jadi hilang minat dengan COWAY padahal semua family and kawan2 sy suruh beli coway bukan sikit tapi banyak UNIT …. frust lah dengan SIKAP coway punya customer service. dah letak kat tepi rumah nak datang boleh ambil. dari tahun 2020 lepas tu january 2021 call tak ada adab lagi hmm im so frust..

    • harizcoway

      Hi Ann. Ni adalah sikap individu bukan Coway. Sikap ni ialah pilihan. Ada orang pilih untuk buat baik sepanjang masa, ada yang pilih buat baik bersebab dan begitulah sebaliknya.

      Macam saya memilih untuk berbuat baik. Saya bantu ramai customer Coway kat luar sana walhal mereka bukanlah customer saya dan saya pun tak dibayar oleh Coway untuk buat blog ni. Kalau nak diikutkan saya pun nak ikat tepi dah. Malam saya diganggu, ada customer maki saya dan macam-macam lagi.

      So berbalik pada kes Ann ni kenapa tak contact ejen yang uruskan pembelian Coway Ann dulu, Ann boleh update payment, Ann boleh mengadu pasal attitude cody yang servis tu untuk penukaran dengan cody yang lain, Ann boleh semak akaun Ann dan macam-macam lagi.

      Dan jika Ann dah kehilangan ejen Coway Ann, memang itulah saluran yang tinggal iaitu customer service Coway @ Coway Careline.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

    • Rahmat

      Assalammualaikum.. time 2016 pihak coway tidak beradab saya setel bayar habis dan barang sudah saya bagi kepada pihak coway.. kenapa setelah 5 tahun pihak coway buat tuntutan yang saya masih ada hutang?

  7. ichiro

    hi, hariz..
    sy nak tanya, pihak coway bole mgeluarkan saman ke, jika tetunggak rm885, sedangkan sudah deal dgn pihak coway untuk bayar scara ansuran utk 3kali byr. barang pun sy sudah return smula.

    • Anna

      Saya dapat WhatsApp menyatakan kes mahkamah didaftarkan serta merta. Apa Yang perlu saya lakukan?Tambah pula no hp yang didaftarkan dgn Coway, saya beri pada anak. Bolehkah saya membuat bayaran secara ansuran? Apakah perkara yang sebaiknya untuk saya lakukan?

  8. Siti Zubaidah

    hi, kalau saya nak pulang balik barang coway kena bayar apa-apa ke? sebab saya hampir setahun tak mampu bayar akibat dibuang pekerjaan. kalau masa pulang balik barang coway ni pun saya tak mampu nak bayar apa-apa hmmm macam mana ya encik?

    • SITI ZUBAIDAH

      “PERHATIAN!!! SITI ZUBAIDAH, ACCOUNT NUMBER: 36***** KAMI MEWAKILI PIHAK COWAY (M) SB MENUNTUT TUNGGAKAN RM 628.00 DALAM TEMPOH 24 JAM .SEKIRANYA GAGAL, PROSIDING TUNTUTAN DIBAWAH AKTA SEWA/BELI 1967 AKAN DIENDOSKAN DAN SEGALA KOS GUAMAN AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK ANDA.HUBUNGI PEGAWAI KAMI PUAN SURAYA (03-2716 6818 ) UNTUK KETERANGAN LANJUT. SILA ABAIKAN JIKA BAYARAN TELAH DIBUAT. ”

      encik, saya dapat SMS seperti diatas. adakah benar saya akan dikenakan denda?

  9. A. Aziz

    Saya cuma nak ucapkan jutaan terima kasih dengan informasi yang tuan berikan. Informasi yang sangat membantu tatkala keadaan ekonomi kami yang sangat terjejas dek penularan pandemik Covid-19 ini. Terima kasih sekali lagi ye tuan.

  10. NORLIZA BINTI MOHAMAD DELI

    Sya dah bg nonkad bank baru utk pemotongan dri akaun tersebut dia Kat Tak boleh potong bkn nya takde suit dlm akaun dah tu kta nk saman sya ckap saman je lh penat nk jawap call sya pg bank tnya dorang knapa pihak Coway Tak boleh potong plak nth lh pastu anta Surat lod

    • harizcoway

      Puan Norliza kena hubungi ejen yang uruskan pembelian penapis Coway puan dan minta dia cek status autodebit tersebut. Saya hanya boleh update untuk customer saya sahaja.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  11. BangShim

    Salam En. Hariz. Ini abang Hashim nak tanya, jikalau abang sudah tidak mampu untuk bayar bulan-bulan bil Coway (kontrak abang lama 7 tahun) sebab pandemik, abang buat keputusan untuk terus tidak mahu bayar bulanan – apakah tindakan selanjutnya dari pihak Coway?

    Adakah abang akan diganggu selamanya dengan pengutip hutang upahan pihak Coway?
    Adakah abang akan menerima LOD dari peguam Coway?
    Adakah abang akan mendapat notis dari CTOS mengenai status kredit abang?
    Adakah pihak berkuasa seperti polis akan berkunjung ke rumah abang untuk menahan abang?
    (Harap encik boleh senaraikan kronologi tindakan susulan dari pihak Coway untuk kes abang)

    Jikalau abang enggan juga membayar tunggakan (misalannya masih berbaki 6 tahun lagi), adakah tunggakan itu akan kekal sehingga abang berjumpa pihak Coway untuk melangsaikannya selamanya atau ia akan ditutup selepas pihak Coway gagal mendapatkan bayaran baki dari abang dalam tempoh tertentu?

    Perniagaan abang amat terkesan dengan situasi pandemik sekarang dan terpaksa untuk melepaskan penapis dari pihak encik, harap En. Hariz memahami keadaan saya.

    • harizcoway

      Waalaikummussalam abang Hashim. Untuk kronologi tu saya tak tahu sebab itu bukan di dalam kawalan department saya. Secara ringkas, jika abang hashim tidak membayar bulanan melebihi 3 bulan, servis abang akan terhenti begitu jugak dengan penukaran filter dan warranty.

      Jika abang hashim gagal membuat bayaran melebihi 6 bulan, abang Hashim akan di senarai hitamkan jika tidak membuat bayaran selepas diminta oleh debt collector.

      Seperti yang saya maklumkan kat sini senarai hitam ni bukanlah bermaksud abang muflis. Jadi tiada tindakan dari pihak bank. Tetapi jika debt collector ingin menggunakan tindakan undang-undang yang lebih tegas adalah dibenarkan.

      Jadi saranan saya bila ekonomi abang hashim dah kembali pulih, bayarlah secara ansuran ataupun lumsum bagi membersihkan nama abang didalam sistem CTOS. Ataupun abang boleh jadi ejen Coway dibawah pemantauan saya supaya saya dapat bantu abang selesaikan hutang yang ada. Harap membantu.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  12. syahira

    b
    sy tak faham barang dah pulang tapi tetap cari sy sbb ckap penalti lah ape lah masalahnya dah lama barang pulangkan takkan nk kira smpai skrg even barang tu dah xde pada saya lepastu sbgai customer kita pulak yg kne maki tak faham aku dgan coway punye prosedur ni.

    • harizcoway

      SOP kami di Coway tidak boleh maki customer. Mungkin ada salah faham ataupun itu adalah debt collector.

      Penalti ni adalah denda bagi pelanggan yang melanggar kontrak. Jika Puan tidak melanggar kontrak maka Puan berhak persoalkannya. Untuk memudahkan urusan Puan, sila rujuk dengan ejen yang menguruskan pembelian Coway Puan untuk buat semakan kontrak dan penalti.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  13. Norsyahira Amira

    dah la ajen kau yg datag rumah pastu tipu mak bapak aku and bila kitaorg nk pulangkan barang aku pulak yg kne bayar penalti sumpah procedur mengarut dan menindas pengguna

    • harizcoway

      Pembelian mana-mana penapis Coway adalah dengan persetujuan customer. Jika ada salah guna maklumat peribadi bagi tempahan yang tidak sah boleh buat aduan di 1800-888-111. Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada ejen tersebut.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

      • Nor Arissa Natasha Binti Azmi

        Salam. Sebelum ni pihak coway pun ada call bagitau nak masukkan nama dalam ctos. Kemudian kalau tak bayar nak Saman atas coway ni sbb tak bayar tunggakan. Jadi careline tu kata bayar rm1100 kemudian dia akan close acc saya. Sebab saya pun tak mampu dah nak teruskan bayar .. bila settle bayar acc saya tetap berjalan mcmne eh???? Dah call pun tetap suruh bayar je mcm biasa. Eh peliklah… Tiap Kali call pun kdg2 orang lain urus pening susah lah .

        • harizcoway

          W’salam. Berkenaan bayaran refer pada careline lebih mudah. Memang sah-sah Coway. Nak buat termination ke apa boleh consult terus. Atau cara lain ialah Contact balik ejen Coway yang uruskan pembelian Coway Arissa. TQ

      • Nooraini

        Saya ad me dapat 1 surt y dihantar melalui ws..menyatakan saya diberi masa selama 3 hari untuk membayar hutang jika gagal AKAN MEMFAILKAN UNDANG2 (TIDAK TERHAD KEPADA TINDAKAN SITA&LELONG /SAMAN PENGHAKIMAN untuk mendapatkan semula jumlah..

        Jd persoalan nya adakah Surat itu betul?

  14. Mimie

    Salam.
    Ada tak sapa2 kat sini.. Beli penapis udara tp dihantar kepada pembeli tanpa kotak. Maksud sy.. Hantar penapis je.. Macam beli barang terpakai, Bila ditanya.. Agent jg jual coway jawap.. Cik nak buat apa dengan kotak, kotak je pun.. Bukannye penting.. Sy rasa tak puas hati sangat.. Sebab takut barang yg sy beli tu sudah di guna atau display kat shoping ke.. Sy ada hubungi pihak coway banyak kali.. Tp masing2 jawap memang kotak dibukak sebelum dihantar kepada custmer untuk senangkan kerja mereka.. Ada yg ckp Sebab van kecik.. Pelik jugak.. Nie malaysia kot.. Jalan raya tau2 je lah.. Kalau semua dhantar tanpa kotak.. Tak takut penapis udara tu rosak ke.. Bila sy minta kerja sama cara seleaikan isu nie.. Semua tak layan.. Bila tak bayar.. Macam2 manusia call mintak suruh bayar.. Macamana sy nk bayar kalau dpat barang macam tu.. Sy beli barang made in china kat shopee, siap ada kotak, Dibungkus cantik2 sebelum dikirim ke custmer..terbalik pulak dengan beli barang dgn coway.. Harga ribu ribu.. Hantar toge gitu je kt custmer..

    • harizcoway

      W’salam. Untuk pengetahuan Mimie produk Coway akan dihantar sekali dengan kotak dan kotak tu akan dibuka di rumah customer sebelum pemasangan. Ianya 100% baru dari Korea. Jika Mimie dapat barang terpakai mungkin ejen tu bukanlah ejen Coway yang sah.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  15. Norazura samat

    Saya dapat sms yang mengatakan waran tangkap telah dikeluarkan atas nme Sye…bole ke Coway keluarkan waran tangkap?dah lebih setahun Sye tertunggak penapis air nie.

    • harizcoway

      Coway tak boleh keluarkan waran tangkap. Yang contact Puan tu adalah debt collector. Third party company yang diupah untuk buat pungutan hutang Dan prosedur debt collector ni diluar pengetahuan saya. Setahu saya sepanjang 4 tahun di Coway ni tiada tangkapan dibuat. Tetapi rekod kredit Puan dah tak cantik dan akan disenarai hitamkan. Ni baru bab dunia. Akhirat belum lagi. Jadi bayarlah tunggakan walaupun sedikit. Kalau dibiarkan nanti lagi susah nak bayar.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  16. Puan ika

    Assalamualaikum maaf Saya nak bertanya, Saya akui yang ada tangguh bayaran lps ambil barang pada bulan 8 tahun lps, dan bayar mungkin dalam 2 atau 3 kali sahaja, malang tak berbau, Saya berhenti kerja kerana Sarat mengandung, dan suami pula kerja kilang gaji 1200 tambahan lps tu pkp pula, Awal tahun ni Saya baru mula bekerja, gaji Sangat kecil, tapi Saya dan suami mula bayar balik, awal tahun kami bayar 100, start dari bulan 2 kami bayar 200 untuk cepat lunaskan hutang. Tapi coway call suruh kami bayar full settlement 1000, even dah diberi diskaun bayar 700 pon Saya belum mampu.(diberi masa hingga isnin ni 12/4/21) Jadi puan zura dari coway nak pakai lawyer berkenaan kes Saya. Kalau Saya hanya teruskan dengan membayar 200 setiap bulan hingga hutang Tunggakan Saya lunas, adakah masalah ini akan selesai?

    • harizcoway

      Waalaikummussalam Puan Ika. Boleh je bayar RM200 setiap bulan. Dan lebih bagus Puan bayar direct ke akaun Coway Puan bukannya ejen contohnya di sales office Coway, JomPAY atau CDM. Simpan segala resit yang ada bagi tujuan semakan sehingga kes tuntutan tunggakan Puan selesai.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  17. Z

    sy ada menerima Whatsapp 012-8195492 utk proses byrn hutang yg tertunggak lebih kurang 18 bln & sekiranya gagal saman mahkamah akan dikeluarkan dalam tempoh 72 jam… ia dulu kurang cerdik Alhamdulillah setelah perolehi info dr Tuan perkara ini dianggap selesai..

    JANGAN PENIK & TARIK NAFAS DALAM2

    HATI2 DENGAN SCAMMER

    1. Call terus Coway Careline 1800888111
    bhgn bil/hutang – nak pastikan info detail total hutang & Customer Service – terminated (byr penalti sebab ada baki 3 bln kontrak & jimat separuh harga)

    2.Bayaran ansuran mengikut kemampuan serendah RM50 sehingga habis tp still nama kt CTOS ada lg selagi x byr habis hutang tp nama tak blacklist cuma bermasalah bila mana nk buat pinjaman apa2 di bank…kalau da byr abis nama akan clear kat CTOS dalam masa 7 hari bekerja…jika nk cepat abis byr lebih
    * bayaran boleh dibuat secara online JomPay masukkan No Bill Code & No Ref 1…camna nk dpt nie semua masa deal ngn operator dia akan bg sekali kalau x bagi boleh minta

    3.Terminated boleh buat masa tu gak dia org akan tolong kirakan sekali …brg2 dia org akan call utk dtg collect kt alamat brg tu berada…Plz update alamat terkini jika berpindah

    ok tu jer nk sharing …

    Nasihat aku bertindak skrg jgn lari dari hutang ia x kan menyelesaikan masalah …hutang tetap hutang…biar rugi sikit jgn rugi byk…jgn buat bodoh yg bodoh itu akan menyusahkan kelak

    Selamat Berpuasa

  18. Izzati

    Hi assalam, pagi tadi pihak coway mengatakan mereka akan bekukan acc bank saya kerana saya tidak bayar tunggakkan . Bile saya baca disini hanya di ctoss . Mereka kata ada dalam agreement mereka boleh bekukan acc bank saya sedangkan semasa sebelum ambil mereka cakap hanya di ctoss sahaja . Boleh beri penjelasan yg penuh ? Saya sepatutnya akan bayar tunggakkan pada bulan ni menunggu suami gaji . Sebab yang pakai coway tu bukan saya . Org yg memakai tu ghaib tak tau hilang . Dia pakai nama saya sahaja .

    • harizcoway

      W’salam Izzati, penjelasan saya dah penuh kat sini. Untuk urusan debt collector tu diluar pengetahuan saya. Puan boleh call cuctomer service Coway untuk buat termination jika tak pakai. Dan nasihat dari saya, jangan bagi orang lain pakai nama puan lain kali. Kalau kena pada loan bank lagi teruk dari ni.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  19. Nurull

    En.hariz saya penguna penapis air coway…bayaran bulanan rm118 ikat 5tahun…bulan 5/2022 saya abis bayar..bererti ada 1thun lagi..boleh kah kita bayar secara lumsum…dan harga lumsum tetap sama ke yg selalu di byr tiap2 bulan(rm118x12bulan)..atau ada pengurangan klu byr lumsum..

  20. Curious person

    Acc sy suda tertungggak byaran slma 1 tahun, Sy bru dpt kol dr pihak pguam ptg td suruh kol mereka sbb nak failkn saman sbyk 21k bsok, adakah btul atau x ye?then sy ada kol agent coway trus brtya bole ke sy bt byaran ansuran start dr bulan depan?dya ckp ok bole so kes sy kira mcm mna ye?

  21. Maslina binti zulkifli

    asalamualaikum hai.. saya selalu dapat panggilan ramai sangat agent coway untuk pembayaran tunggakan.. sebelum ni setahun lebih tak bayar disebabkan saya kemalangan.. 7/5 saya dapat panggilan bahawa pihak elligal akan blacklist kan nama saya dan akan buat pembekuan akaun pada 10/5.. pihak polis dan pihak elligal akan datang ke rumah untuk buat lelongan barang atau penyitaan barang.. saya ada buat pembayaran tunggakan setiap bulan tanpa miss.. orang yang call saya tu bertukar tukar orang.. saya sendiri pening taktahu mana satu yang betul.. sebelum ni saya hanya transfer ke account coway lepas pada ramai sangat egent coway call saya buat pembayaran menggunakan jom pay sahaja.. adakah betul notis ni

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Macam saya kongsikan disini tiada sitaan barang. Untuk lebih mudah better Maslina hubungi Customer Service Coway di 1800-888-111 dan tanya baki tunggakan serta no ref-1 bagi pemabayaran secara JomPAY.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  22. Syasya

    Saya ada ambil coway tahun 2018 . Tapi saya tida mampu bayar saya suda kasi balik itu coway . Sekarang 2021 saya kena sms kena bagi notis pasal hutang coway padahal saya suda kasih balik itu coway . Dalam keadaan sekarang tengah susah begini tiba2 datang sms begitu .

    • harizcoway

      Jika dah buat pemulangan semula tu maknanya bayaran akhir yang sepatutnya dijelaskan sewaktu pemulangan. Call customer service Coway 1800-888-111 untuk pertanyaan lanjut.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  23. mieda

    Assalamualaiku, saya nak tnya. saya xada buat bayarn selama 3tahun.. sebb sya x mampu, sebb agent coway ad yg menipu proses.. saya dapt mesej mengatakan akan datang ke premis sebab gagal membayar tunggakan. betul atau tidak?

    • harizcoway

      Waalaikummussalam, tentang ejen penipu tu boleh buat laporan pada pihak compliance. Call 1800-888-111 untuk laporan. Tentang proses tu kalau masih ada bukti sila simpan untuk siasatan selepas laporan dibuat.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

    • harizcoway

      Waalaikummussalam, tentang ejen penipu tu boleh buat laporan pada pihak compliance. Call 1800-888-111 untuk laporan. Tentang proses tu kalau masih ada bukti sila simpan untuk siasatan selepas laporan dibuat.

  24. Nia

    Sy dh tak mampu bayar setahun sejak pkp tahun lepas. Dan die sms ugut akan sekat kwsp sy. Boleh ke mcm tu?

    • umi

      ASSALAMUALAIKUM . PAGI TADI SYE ADE TERIMA CALL DGN NO YG TAK DI KENALI .. DIA CKP SAYA TAK BAYAR COWAY SELAMA SETAUN LEBIH.. DAN DIA CKP KALAU TAK SELESAIKAN DGN CAKAP , SURAT MAKAMAH AKAN KELUAR AND DIA AKAN SITAA APE2 BRANG DEKAT RUMAH SYE .. APE BOLEH SYE BUAT YE CIK? ADAKAH ITU SCAMMER??

      • harizcoway

        Waalaikummussalam, Saya tak pasti. Ummi boleh call careline 1800-888-111 untuk buat semakan akaun terlebih dahulu. Jika outstanding amount dan cara bayaran sama dengan SOP Coway, maknanya Ummi memang ada hutang dengan Coway dan orang yang call tu bukanlah scammer.

  25. Norain

    Salam..nak tanya saya baru je pakai coway pasang bulan mac agent kata free 2 bulan start bayar balik bulan jun tapi coway dah tolak bulan mei call agent balik dia kata coway akan masuk kan balik duit start 20 mei sampai dah masuk jun tak da jugak call cust servis kata tak ada duit akan masuk..janji nak sanitize pun tak datang2 mcm2 alasan..so sy tak nak bayar laa sebab apa agent dah tipu sy..apa boleh sy buat..

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Saya ada share dalam blog saya terdahulu untuk berhati-hati dengan promosi yang terlalu banyak. Mungkin ada trick disitu. Jadi carilah ejen yang dipercayai. Walaupun nampak tak sehebat mana promo yang diberi, tapi itulah harga promosi yang sebenar. Jika Norain ada bukti hitam putih, Call Coway careline dan buat aduan.

  26. Amy

    Sy ad tunggakkan setahun lebih sebab pkp .. sy cuba nak bayar melalui Jompay tapi bila masukkan reference 1 (no acc 7 digit) nombor tak sah .. ad cara lain ke ? Bila nak bayar guna bill payment cimb tak jumpa pulak nama coway .. cosway ada la ..

  27. NoorAzleen

    saya dpat msj yang account simpanan dan semasa saya akan dibekukan betul ke?? maksudnya saya takboleh guna account bank saya ke? kesemua account bank ke dia bekukan?

    • harizcoway

      Coway takkan bekukan akaun bank customer. Urusan debt collector pula diluar Coway sebab dia ni 3rd party company. Tapi segala prosedur yang diambil hanya yang dibenarkan oleh undang-undang. So far belum pernah saya jumpa kes yang akaun bank dibekukan lagi.

  28. Shira

    Sya ada masalah tekanan air bila bamboo dipasang air jd kecil sgt,bila tak pakai bamboo air besar, n sya nak return balik sya kne bayar rm2k utk buat return.. pemasangan baru dlm seminggu.. so sya bgthu ejen yg sya beli tu, dorg tgh fight utk sya, skg sya tgh tggu respon dri hq, So apa pendapat encik ye..

  29. Noor

    saya nk tanya saya baru dapat whatsapp dari coway tntang lelong dan sita adakah benar?.. boleh jelaskan tak??

  30. user

    boleh saya tanya kalau dapat sms kata peringatan terakhir dan minta bayar “amaun“ sebelum blacklist di ctos. Maksudnya saya masih boleh bayar bulanan seperti biasa? tetapi masih menangguh 5-6 bulan pembayaran

    • Ara

      Hi.. Sy ada ambil coway. Sebulan RM70 sy perlu bayar. Sy ada tunggakan dua bulan (sept n okt 2021) dan dh settle. Pastu next month lepas dua bulan x bayar tu, bill sy jdi 80 (sy tak bayar yg ni lgi).. Pastu ttiba dpt bill utk disember, tulis situ 80, dgn tunggakan 90 (total 170).. Jdi bil utk november sy dh jdi 90 ke?

      Adakah setiap bulan yg x bayar, akn naik 10 perbulan? Mksudnya jika bulan depan x bayar jugak, yg november jdi 100, yg disember 90 dan jan 80?

      • harizcoway

        Tu adalah caj handling fee. dia akan caj RM10 setiap bulan. Untuk batalkan caj tersebut, Ara kena update semula kad bank untuk proses autodebit.

  31. David

    Saya baru call dari 0389663049 bahawa dia dari peguam. Dia akan fail lsaman court pad saya jika saya dapat bayar pada jam 5 ptg nie.

  32. Nurul

    RM 0.00 : SATU WARAN TANGKAP AKAN DIKELUARKAN ATAS NAMA TUAN/PUAN NURUL OLEH SEBAB MENGABAIKAN PERINTAH MAHKAMAH YANG TELAH DIKELUARKAN SEBELUM INI. SEBARANG MAKLUMAT SILA HUBUNGI PEGUAM DENGAN KADAR SEGERA DI TALIAN 010 – 949 8606 / 03 – 7611 1309 / 03 – 7611 1308 (TUAN HJ. ZAINAL/ MADAM SHELLY) DARI 10.00 PAGI SEHINGGA 5.00 PETANG WAKTU BERKERJA SAHAJA. (Saya dpt messange ni dari no.016-2619054)

  33. amiryushdi bin ahmad

    sya nk tnya sya ada ambik barang coway xbuat bayar 2tahun lebih pasai wifi xkerja xmampu bayar ada call kata kena sita brang sekat akuan bank dngn akuan kwsp kali betul ke dan lepas hbis pkp dia akn hantar surat naik mahkamah betul ke

  34. Una

    Assalamualaikum nk tnya lowyer coway ada call saya betul ke sy boleh dikenakan tindakan mahkamah Dan semua acc sy dibekukan ??

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Saya dah jawab di dalam entry ni berkenaan pembekuan akaun bank. Berkenaan tindakan mahkamah ada banyak tindakan boleh dikenakan. Sila rujuk debt collector.

  35. Sufi

    Saya pun ada dapat mesej menyatakan saya perlu hadir ke mahkamah sivil. Kalau tak hadir waran tangkap akan dikeluarkan dan harta akan disita. Nama saya akan diiklankan dalam suratkhabar berbahasa Melayu dalam masa 5 hari, lebih kurang le ayat dia. Masalahnya, dia tak cakap dari mana, saya ada hutang apa. Kalau hutang cuckoo tu ada le tapi dia tak hutang apa. Kalau hutang kereta, bulan2 ada buat bayaran

  36. shahiful razi bin Ishak

    NOTICE COWAY : EN/PN XXXXXXXXXXX ACC NUM COWAY (XXXXXXX) PENDAFTARAN UNTUK TINDAKAN AKAN DIJALANKAN PADA 28.01.2021 .SEKIRANYA PIHAK COWAY MASIH TIDAK MENERIMA PEMBAYARAN WALAUPUN BERULANG KALI PERINGATAN DI BERI …SILA JELASKAN TUNGGAKAN SEBELUM 28.01.2021 BAGI MENGELAKAN TINDAKAN SUSULAN.SILA HUBUNGI PN LINDA – 03-27025823 UNTUK PERBINCANGAN. Apa tindakan selanjutnya itu tn??

  37. Afiq Haiqal

    Maaf tanya, kalau kita dah tak mampu bayar sebab masalah kewangan,,adakah nama kita kene blacklist dari semua segi? Macam bank, kereta , rumah? Atau kene blacklist untuk company penapis udara tu saja?

  38. johan

    saya dah tak bayar coway setahun lebih tertunggak dalam 1700 kalau tak bayar akan di ambil tindakan mahkamah atau barang kt rumah kene sita..betul ke? kalau saya tak layan debt collector tu saya bayar kt coway balik bulan2 mcm biasa bole ke?

    • harizcoway

      Nasihat saya dengar dahulu dan cuba tanya full settlement. Jika ada diskaun untung pada Johan. Pasal bayaran tak perlu risau. Debt collector pun akan bagi no akaun Coway bagi bayaran tunggakan.

  39. AbiYA

    Assalamualaikum wbt encik..

    Saya menpunyai tunggakan coway, boleh kah saya bayar secara ansuran coway tersebut, sebab saya terjejas dgn pekerjaan saya.. Jadi pendapatan berkurang.

    Apakah tindakan yg akan di kenakan dgn saya?

    Dan boleh ka saya bayar secara ansuran sahaja.. Kerana itu sahaja yg saya mampu.. Kerana tunggakan coway saya banyak..

  40. balqis

    saya ada tunggakan selama 5 bulan sebanyakk rm440 je. tapi org coway whatsapp saya jika tidak buat pembayaran harini dia akan ambik tindakan saman dan senarai hitamkan nama kita. betul ke ye

  41. Suria

    Salam sy nk tnya c0wey dn polis cal sy ckp rumah sy nak kena sita.btl ke mereka blh sita barang2 dirumah saya? Tnugakan rm1400

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Copyright protected by Hariz Coway