Baru-baru ni Hariz di tanya oleh seorang pelanggan sekiranya dia meninggal dunia atau mati, apa akan terjadi pada penapis Coway yang dilanggan secara sewa beli dan adakah bayaran bulanan masih berjalan ?
Sebelum Tuan/Puan meneruskan bacaan, Hariz mohon sokongan Tuan/Puan untuk support penulisan Hariz dengan like page fb Hariz. Semoga dengan sokongan Tuan/Puan dapat menyemarakkan semangat Hariz untuk membantu lebih ramai lagi pengguna Coway diluar sana.
Situasi pertama.
Jika mesin penapis Coway yang didaftarkan pada nama si mati tu dah habis atau tamat kontrak.
Waris hanya perlu buat pertukaran nama sahaja. Ianya 100% PERCUMA.
Situasi kedua.
Jika mesin penapis Coway yang didaftarkan pada nama si mati tu belum habis atau belum tamat kontrak dan waris sanggup sambung bayar.
Waris perlu ikut langkah mudah seperti dibawah.
1. Sediakan dokumen si mati daripada JPN dan Hospital. Waris juga perlu sediakan salinan IC dan Kad Bank bahagian depan sahaja untuk penukaran nama.
2. Maklumkan pada pihak Coway. Pergi ke kaunter Coway berdekatan atau maklumkan pada Coway Lady (Cody) dengan dokumen yang lengkap.
3. Coway akan buat pertukaran nama dan caj advance 1 bulan sewa untuk verify kad bank waris (owner baru).
Situasi ketiga.
Jika mesin penapis Coway yang didaftarkan pada nama si mati tu belum habis atau belum tamat kontrak dan waris tidak mampu untuk sambung bayar.
Waris perlu ikut langkah mudah seperti dibawah.
1. Sediakan dokumen si mati daripada JPN dan Hospital.
2. Maklumkan pada pihak Coway. Pergi ke kaunter Coway berdekatan atau maklumkan pada Coway Lady (Cody) dengan dokumen yang lengkap.
3. Coway akan buat pembatalan kontrak dan mengambil kembali mesin penapis Coway. Jika ada tunggakan waris perlulah buat bayaran tunggakan sahaja. Tiada penalti dikenakan.
Jadi tak perlulah risau kalau tiba-tiba kita mati, siapa nak sambung bayar Coway ataupun adakah hutang kita akan dituntut di akhirat nanti.
Ayah saya dah meninggal dan saya nak terminate coway yang ade ni sbb tak mampu nak bayar untuk tukar nama sbb kne buat bayaran 3 bulan sbb deposit baru dan sebagainya.. tapi bila saya ikut cara tuan, coway call saya dan ckp ade dalam pjanjian dan perlu byr rm1000++ untuk terminate.. betul ke tuan?
Mungkin ada tunggakan tu. Cuba call customer service Coway 1800-888-111 dan buat semakan akaun.