Dari dulu lagi bermacam-macam spekulasi yang telah di keluarkan oleh pesaing Coway semata mata untuk menakutkan orang ramai. Selain itu ada juga ejen tidak bertanggungjawab tidak menerangkan tentang kontrak Coway ini.
Entri kali ni Hariz nak share tentang tempoh kontrak penapis air dan penapis udara Coway, cara tamatkan kontrak penapis Coway (early termination) dan juga penalti jika melanggar kontrak sewa beli penapis Coway.
Hariz harap perkongsian ini dapat membantu Tuan/Puan supaya lebih jelas dan faham tentang kontrak sewa beli penapis Coway ini.
Sebelum Tuan/Puan meneruskan bacaan, Hariz mohon sokongan Tuan/Puan untuk support penulisan Hariz dengan like page fb Hariz. Semoga dengan sokongan Tuan/Puan dapat menyemarakkan semangat Hariz untuk membantu lebih ramai lagi pengguna Coway diluar sana.
TEMPOH KONTRAK COWAY
Coway mempunyai 2 tempoh kontrak iaitu minimum dan maximum kontrak :-
1. Minimum Kontrak
Tempoh minimum kontrak ini adalah tempoh yang wajib dipenuhi oleh Tuan/Puan bila melanggan mana-mana penapis Coway. Jika tempoh ini tidak dipenuhi maka Tuan/Puan akan dikenakan penalti kerana melanggar kontrak.
Tuan/Puan dibenarkan buat penukaran ke model lain ataupun termination/pemulangan produk tanpa sebarang penalti selepas tempoh ini.
Tempoh bagi kontrak biasa adalah 36 bulan. Tapi ini terkecuali bagi promosi yang ada potongan bayaran bulanan seperti Promosi WOW Plan, Promosi Take Me Home, Promosi V-Change dan Promosi Ex-Trade 5.
2. Maximum Kontrak
Maximum kontrak iaitu tempoh tamat bayaran dan tempoh tamat servis penapis Coway. Selain itu status hak milik produk juga telah berpindah secara automatik kepada Tuan/Puan tanpa apa-apa bayaran pindahan nama.
CARA TAMATKAN KONTRAK COWAY (EARLY TERMINATION)
Seperti syarikat yang menawarkan servis perhidmatan yang lain, early termination/pemulangan penapis Coway adalah dibenarkan dengan syarat tiada tunggakan dan perlu membayar caj penalti kerana melanggar kontrak Coway (jika ada).
Cara mudah bagi pemulangan penapis Coway yang masih didalam tempoh kontrak adalah dengan menelefon Coway Careline 1800-888-111 sahaja.
Pengesahan akan dibuat berdasarkan perbualan telefon yang dirakam bagi tujuan pemulangan semula penapis Coway.
BERAPAKAH BAYARAN PENALTI COWAY?
Bila Tuan/Puan terminate produk Coway sebenarnya itu satu kerugian besar buat Coway. Sebab Coway takkan jual barang secondhand. Jadi barang yang dah dipakai oleh Tuan/Puan hanya terpaksa disimpan dan tidak boleh digunakan.
Oleh sebab itu penalti ini dikenakan bagi mengurangkan kos kerugian pada Coway.
Untungnya Tuan/Puan, hanya Coway sahaja ada diskaun penalti sebanyak 50% berbanding syarikat lain diluar sana.
Kiraan penalti Coway sangat mudah. Mula-mula dapatkan info tempoh minimum kontrak, berapa bulan dah pakai dan bayaran bulanan.
Formula:
[(Tempoh minimum kontrak – tempoh pakai) x bayaran sewa bulanan] – 50% diskaun = penalti
Contoh pengiraan:
Tempoh minimum kontrak : 36 bulan
Berapa bulan dah pakai : 24 bulan
Bayaran bulanan : Villaem 2 RM120
Step 1 : 36 bulan – 24 bulan = 12
Step 2 : 12 x RM120 = RM 1,440
Step 3 : RM1,440 – 50% = RM720
Jadi RM720 itu adalah bayaran penalti yang dikenakan kepada Tuan/Puan.
Bayaran dan termination juga boleh dibuat di mana-mana kaunter Coway terdekat. Untuk info lokasi Coway Sales Office berdekatan dengan Tuan/Puan boleh Klik sini.
Assalamualaikum… Saya merupakan newbie hp coway… Saya meminta izin dan kebenaran utk mengambil maklumat yg terkandung didalam page ini untuk pengetahuan saya dan customer saya… Saya mohon jasa baik encik membenarkan.. semoga saya dan encik diberi rezeki yang luas.. amin
Waalaikummussalam. Copy and paste tak dibenarkan. Nak share link url dibenarkan. TQ
Sya dh pakai coway hampir 4 tahun 11 bulan… Bulan 5 ini habis contract.. Soalan saya… Kalau habis contract ini.. Coway ini milik saya ke atau kena pulang balik?
Jadi hak milik Yogesh. Untuk renew service nanti boleh call saya 017-729 9276.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Bagaimana mahu check agreement drp coway
Contact ejen Coway cik semula
Saya baru sahaja mendaftar air filter coway.. Tetapi nak cancel.. Rasa tak mampu. Ada kah saya akan di kenakan caj? Brg coway belum sampai d rumah saya
Tidak dikenakan caj. Boleh contact balik ejen yang menguruskan tempahan Coway Noruliza tu untuk process cancellation.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Kalau baru guna 1 bulan, tapi nak terminate mcm mana pulak tu? Kiraan sama seperti yg 2 tahun tadi ya?
Formula dia sama dengan apa yang saya kongsikan kat sini. Beza dia kontrak dan harga bulanan sahaja. Dia ikut produk dan promosi yang Hayati ambik.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Pada awalnya sy order tuk bayaran 65 sebulan..tetapi kawan sy agent mtk sy minta buat yg 85. Skgni sy rasa terbeban sebab sy jarang berada dirumah sy..bila sy kol centre untuk terminate..dia minta sy byr penalti sebanyak 2000++ dan mesin kena pulangkan .dan bila sy buat kiraan.. jika sy byr lamsam kepada Coway..itu ibarat sy byr kesemua jumlah hutang sy yg masih ada ( kontrak 5 thn) dgn Coway dan mesin air dipulangkan..ibarat sy byr jumlah yg sepatutnya sy bayar ( sama spt abis byr) ..dan hantar mesin… Nak tak nak kena kalo terminate byr full mesin ambek..dan Kolo guna pun byr sama..
Contact balik kawan Norhafiza tu. Refer balik kontrak sewa beli Coway.
dpt mesej dri coway.. hurmm.. betul ke.??
RM0 NOTIS: MINAH ALI ,DIBAWAH AKTA PEMIUTANG 1950 SEKSYEN(356),SURAT PERINTAH PENGHAKIMAN ENGKAR BESERTA MELANGGARI AKTA SEWA BELI.NOTIS DIBAWAH AKTA KONTRAK 1950 UNDANG-UNDANG SIVIL AKAN DIBUAT ,PENDAFTARAN NAMA DIBAHAGIAN UNIT A4-PENDAFTARAN CITOS JUGA AKAN DIJALANKAN SERTA MERTA.HUBUNGI 0340273203.
Ni dah prosedur debt collector. Diluar pengetahuan saya. Kalau prosedur Coway saya boleh terangkan dengan jelas.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Assalamualaikum…sy nak tanye..kalau pembayaran melalui auto debit tp sy da setahun x bayar sbb ade masalah kewangan and coway da anta mesej untuk mengambil tindakan mahkamah..adekah coway akan buat autodebit jugak jika ade duit dalam akaun bank walaupon selepas dimaklomkan nama telah dihantar ke bank negara untuk ctos??terima kasih
Waalaikummussalam. Taha boleh rujuk link ni. https://www.harizcoway.com/nama-blacklist-sebab-penapis-coway/
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Sy amik promosi combo water filter villaem II + air filter lombok pd bulan 3/2021. Tp jika sy nk terminate waktu terdekat ini, adakah dikenakan apa2 cas?
Akan dikenakan caj penalti sebab produk baru pakai 3 bulan sahaja.
saya baru guna produk air purifier storm selama 1 bulan (baru bayar deposit, belum start bayar bulanan) tapi saya nak terminate sbb rasa mcm produk ni hanya berfungsi sebagai kipas .. macamana saya nak proceed ye ..
Izzat kena hubungi balik ejen yang uruskan pembelian penapis udara storm tu.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Kakak kwn sy agent coway. Mintak tlg nk guna nama sy utk register customer utk produk storm sb nk guna nama dia sbg pembeli dh tak lepas.. Dia berjanji utk bayar setiap bulan. Atas dasar kasihan dan sebab dia bersungguh2 belanja sy pn setuju. Masa bayaran pertama sebelum produk sampai memang berul dia bayar.. Bila masuk bayaran bulanan dia dah tak bayar dan buat senyap… Sy tak mahu pun pakai benda ni sb sy tak mampu tapi dia macam dh aniaya sy pulak.. Mcm mn cara sy nk selesaikn masalah ni.. Sy tak mahu pakai lagi
Benda ni bukan pertama kali saya jumpa. Tapi ini adalah perjanjian Salmah dengan kakak kawan tu dan diluar perjanjian Coway.
Bagi pihak Coway memang tak boleh nak buat apa sebab maklumat tempahan diberi oleh customer dengan cara yang sah, dan waktu pemasangan pun customer ada terima produk dan sign borang delivery order.
Jika Salmah tidak berpuas hati dengan ejen tersebut, Salmah boleh buat aduan dengan menghubungi Coway Careline 1800-888-111. Sediakan sekali bukti yang ada contohnya conversation whatsapp. Jika didapati bersalah, pihak Coway akan kenakan tindakan yang sewajarnya.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
assalammulaikum tuan cm mna klu pemohon nk psg penapis air coway berumur 65 adakh tdk layak
Waalaikummussalam. Layak. Syazwani boleh contact saya di 017-729 9276 untuk tempahan dan pemasangan produk.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Saya nak tanya la saya baru nak pasang penapis air. Da approve tapi barang belum pasang. Saya rasa saya tak mampu pulak nak bayar. Boleh ke cancel balik ye
Boleh. Contact balik ejen tu untuk buat cancellation.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Nak tanya kontrak penapis udara storm berapa tahun ye?
Kontrak bergantung atas promosi apa yang Esha ambik. Lain promosi lain kontrak dia, Esha kena tanya ejen Coway yang uruskan pembelian Esha. Kalau baru nak order boleh hubungi Hariz di 017-7299276 untuk tempahan.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Saya baru 3 hari pasang penapis udara coway lombok 3. Tp saya nk terminate, bagaimana prosedur?
Contact balik ejen yang uruskan pembelian Coway Ida tu.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
sy ada menerima Whatsapp 012-8195492 utk proses byrn hutang yg tertunggak lebih kurang 18 bln & sekiranya gagal saman mahkamah akan dikeluarkan dalam tempoh 72 jam… ia dulu kurang cerdik Alhamdulillah setelah perolehi info dr Tuan perkara ini dianggap selesai..
1. Call Coway Careline 1800888111
bhgn bil/hutang – nak pastikan info detail total hutang & Customer Service – terminated (byr penalti sebab ada baki 3 bln kontrak & jimat separuh harga)
2.Bayaran ansuran mengikut kemampuan serendah RM50 sehingga habis tp still nama kt CTOS ada lg selagi x byr habis hutang tp nama tak blacklist cuma bermasalah bila mana nk buat pinjaman apa2 di bank…kalau da byr abis nama akan clear kat CTOS dalam masa 7 hari bekerja…jika nk cepat abis byr lebih
* bayaran boleh dibuat secara online JomPay masukkan No Bill Code & No Ref 1…camna nk dpt nie semua masa deal ngn operator dia akan bg sekali kalau x bagi boleh minta
3.Terminated boleh buat masa tu gak dia org akan tolong kirakan sekali …brg2 dia org akan call utk dtg collect kt alamat brg tu berada…Plz update alamat terkini jika berpindah
ok tu jer nk sharing …
Nasihat aku bertindak skrg jgn lari dari hutang ia x kan menyelesaikan masalah …hutang tetap hutang…biar rugi sikit jgn rugi byk…jgn buat bodoh yg bodoh itu akan menyusahkan kelak
Selamat Berpuasa
boleh saya tahu? saya pakai dah 3bulan or 4bulan mcm tu. kalau saya nak cancel contract mcm mana?
Boleh call careline dan buat termination. Nanti customer service akan explain tentang caj penalti dan tunggakan yang perlu dibayar (jika ada).
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Salam.. Saya nak tanye.. Kalau saya dah bayar sehingga minimum kontrak 36 bulan.. Lepas tu saya nak terminate, adakah produk tu saya dapat atau coway ambil balik.. Tq..
W’salam. produk tu masih hak milik Coway. Belum jadi hak milik Hanis. Jadi bila buat termination, produk kena pulangkan pada Coway.
Jom LIKE dan REVIEW page FB Hariz https://www.facebook.com/HarizCowayShop/
Saya ada ambik coway combo (ombak+lombok), selepas 3 tahun boleh ke saya nak buat termination.. atau nak tukar dengan produk coway yg lain?
Tengok atas kontrak. Jika minimum kontrak 36 bulan boleh buat termination selepas itu. Nak tukar ke produk lain juga kena tengok pada kontrak. Nanti Mohd boleh pm saya personal bila nak upgrade nanti. Saya akan cek kontrak Mohd.
Jom LIKE dan REVIEW page FB Hariz https://www.facebook.com/HarizCowayShop/
Saya baru menggunakan penapis udara selama 2 bulan tapi sedang mengalami masalah kewangan boleh kah saya membatalkan kontrak tersebut
Boleh tapi ada caj penalti. Boleh rujuk ejen yang uruskan pembelian Coway Nabila.
Sebenarnya berapa lama maksimum bulan kena bayar untuk coway tu jadi milik kita speenuhnya? Minimum 36 bulan lps dh habis byr 36 bulan tu, bulan ke 37 pun kena bayar ke?
Maksimum pembayaran mengikut kontrak. Jika kontrak Myra 5 tahun, maka 60 bulan sahaja maximum monthly payment. Jika kontrak 7 tahun maka 84 bulan lah maximum monthly payment. Untuk keterangan lebih lanjut boleh refer dengan ejen Coway Myra.
Salqm.sy dh pakai penapis air coway 2 tahun.,pindah rumah baru..tech coway kata x blh pasang dirumah ni sebab build in kabinet dan x blh tebuk sbb simen tebal..owner lama guna cuckko single pipe..bila coway smbung single pipe xd drainage, melimpah..so ape solutionnya ya..kalau terminate sy kene penalti ke coway yg xboleh psg,bukn saalah sy.
W’salam. Option pertama boleh cari kontraktor luar untuk tebuk kabinet. Option kedua boleh je pasang tapi tak boleh sorok piping. Kena lalu atas table top lah.
Salam. Jika ambil plan coway penapis air dengan air purifier, bolehkah saya terminate plan tersebut sekarang? Agent mengatakan hanya boleh terminate penapis air dan bukannya air purifier
Julianan ada wasap saya kan. Penapis air tu belum pasang jadi boleh buat termination. Untuk penapis udara pula tak boleh terminate sebab dah pasang.
Assamualaikum.. saya nk tanya.. tempoh kontrak untuk penapis udara storm berapa tahun ye??.. saya apply masa ada promosi yang setiap bulan bayaran rm70 sahaja
W’salam. Kontrak 5 tahun.
Minimum kontrak Neo WOW PLAN berapa lama untuk terminate? Tq
Tiada minimum kontrak. Refer balik contract terms dengan ejen Coway Ima.
Apa bezza contract 3+2 tahun dan 5 tahun
Beza dia pada minimum kontrak. Sila rujuk ejen Coway Kumar untuk penerangan penuh berkenaan kontrak Coway.
saya nak tanya,boleh ke kalau saya nk tukar penapis udara coway kepada penapis air ?sekarang saya ada pakai penapis udara lombok baru pakai 7 bulan.
Tak boleh tukar. Kena terminate produk lama dan order baru penapis air. Baru boleh.
Saya nak tanya, kontrak coway saya 7 tahun utk penapis air. Tapi saya pakai da 3 tahun lebih. Boleh ke kalau saya nak terminate?
Boleh terminate. Cuma ada penalti sikit sebab langgar kontrak.
Hi.. saya nak tanya.. saya dah guna coway selama 4 tahun 8 bulan… bila cukup 5 tahun..barang akan jadi milik saya ke? dan saya boleh tamatakan kontrak tanpa membayar .penalti.
Ye betul. Barang akan jadi hak milik jijie lepas tamat kontrak. Untuk termination boleh buat bila-bila masa. Just call customer service 1800-888-111.
Salam tuan.. Bole ke coway amik tndakan untuk menyekat akaun bank peribadi atau bank gaji.
W’salam. Boleh rujuk link ni https://www.harizcoway.com/nama-blacklist-sebab-penapis-coway/
Salam,
Sy nak tny, pada awal sy guna lombok 111, dia xberfungsi dgn baik. Bacaan hanya 1 smpi 5 sahaja. Kemudian technician ada dtg tukar sensor baru bacaan selalu naik tinggi. Atas nasihat technician utk letak di mode auto je jadi sy ikut. Selepas seminggu, tanpa ubah, tiba2 bertukar mode silent dan semua light terpadam. Mcm mane ye?
Call Coway Careline dan buat report kerosakan.
Salam sy nk tnya.. sy ade cancel coway..tp brg xde sampai lagi..berapa lama masa di ambik utk agen sy cancel ye.. sbb 10/2/22 sy suruh agen sy cancel..11/2/22 sy email coway..die ckp agen sy blm lagi laksanakan pembatalan coway.. agen sy diam plk..
W’salam. Cancel sekejap sahaja. Kalau ada proses refund normally bawah 30 hari dari tarikh cancellation tersebut.
salam encik hariz , saya nak bertanya macam mana ye kalau staf coway ni gunakan nama saya untuk pembelian penapis udara sebab namanya tidak boleh digunakan untuk pembelian . saya bantu atas dasar mahu menolong kawan dan untuk pendaftaran tu dia yang bayar , monthly payment belum start potong dan saya tak gunakan pon , macam mana ye kalau saya taknak penapis udara ni ?
Wsalam. Boleh batalkan tempahan. Nasihat saya, jangan mudah bagi orang lain guna nama kita untuk elakkan masalah di kemudian hari.
Salam.saya sudah gunakan produk kecil tiga bulan tapi ada masalah, saya hendak tukar ke neo boleh?
W’salam. Tidak boleh tukar produk. Kalau ada masalah teknikal, technician akan baiki secara percuma. Rafizi hanya perlu report sahaja.
Hi sy nk tanya, berapakah tempoh bayaran bulanan utk produk coway lombok 2?
Sewa beli 60 bulan
Salam.. kalau sy nak hbiskan bayaran penapis udara blh ke? Kalau baru pakai setahun.. nk settle kan semua byran xnak bayar bulanan
W’salam. Boleh je nak buat full settlement.
Salam. Saya nak terminate coway kerana sudah tidak mampu. Saya call hotline takdapat2. Ade cara lain tak nk terminate coway ni?
W’salam. Untuk termination memang kena call hotline coway 1800-888-111.
Sy nak tanya. Sy dah pakai penapis udara storm 3tahun. Tapi ada lagi 2 bulan sy tertunggak untuk habiskan contract. Staff yg slalu datang service cakap nama sy nak kena ctos. Dia ada bagitau kalau nak teruskan kena habiskan bayar sampai 2024 baru sy dapat terus coway storm tu. So maknanya kalau nak barang coway ni nak kena tambah lagi 4 tahun ke baru dapat?
Untuk storm kontrak hak milik dia 5 tahun. kalau dah pakai 3 tahun maknanya balance ada lagi 2 tahun untuk jadi hak milik.
Salam nak tanya kalau saya ambil Coway kecil rm115 3 tahun habis kontrak ada selepas tu jadi milik saya atau Coway ambil balik
W’salam. Belum jadi hak milik lagi. Jika Rositah masih belum mempunyai ejen lagi. Boleh hubungi saya untuk penjelasan penuh dan juga tempahan. Terima kasih.
Assalamuallaikum sy nk tanya sblm ni sy ade apply tilam set coway tu tp coway blm potong lg duit sbb sy blm mskn duit dlm account Tu dan coway pun blm buat ape2 pemasangan. Klu sy nk cancel , coway ade denda kite x ? Sbb xsangka bln nii mmg susah sikit nk simpan duit ade je nk kena topup utk belanja harian
Hi sy nak ty.. boleh ke setelah tamat kontrak coway .. kita sebagai pengguna claim dri coway .. registration fee (RM200) dan advance monthly rental masa kita bayr2 awal2 dulu..?
Tak boleh. Ejen Anne patut dah explain caj tu untuk apa sewaktu pendaftaran dulu.
Tuan. Maaf nak tanya, sy ada amek storm penapis udara. Dah nk masuk 24 bulan guna. Contract sy 5 tahun sebab bulanan sy promo rm70/bulan. Berapa ya minimun contract sy utk terminate sbb sy rasa sy dh tak perlu dan tak guna lg. Adakah minimun kontrak sy 3 tahun? Atau sy kena sampai 5 tahun jugak?
Kontrak tetap 5 tahun. Tuan pun dah aware dengan konrak. Jadi untuk terminate tuan perlu bayar penalti remaining month yang ada.
Assalamualaikum tuan macm saya nk termination brng penapis udara ni tpi chrge amount dia rm1485 saya dh pakai tm smpai 5 bulan lgi mcm tu still ade tolak 50%
Waalaikummussalam. Kalau dah buat semakan dengan ejen atau customer service Coway. Maka betullah amount tu.
Hai saya nak tanyA pasal nie betul ke sebab saya cuba call banyak kali tapi tak pernah angkat . NOTIS UNTUK MENGELAK KES DIBAWAH AKTA SEWA BELI 1967 MUNGKIN DIFAILKAN KEATAS EN/PN SILA HUBUNGI CIK NADIA / ZARINA BG PIHAK COWAY .
Sila buat semakan dengan Customer Service Coway 1800-888-111
Assalam encik, saya nak tanya bagaimana pula pengiraan penalti bagi kontrak neo plus untuk 7 tahun ?
W’salam. Ubah minimum kontrak dari 36 bulan kepada 84 bulan. kemudia guna formula di atas.