Menu Close

KEPENTINGAN MEMINUM AIR YANG BERSIH

Air merupakan sumber minuman kepada manusia mahupun hidupan yang lain untuk meneruskan hidup. Apabila tubuh badan kekurangan air, ia akan menyebabkan badan menjadi letih dan tidak bermaya kesan dari dehidrasi.

Air dapat mengawal dan mengekalkan suhu badan di samping menghalang kekeringan dan kerosakan sel-sel badan.

Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan, sisa tidak dapat disingkirkan, kebanyakan organ dan proses dalam badan tidak akan berfungsi.

Kegunaan air yang bersih dalam kehidupan manusia juga adalah untuk membersihkan makanan seperti membersihkan sayur-sayuran dan buah buahan. 

Jika anak damit dan anak-anak kecil sering mengalami alahan dan batuk-batuk, salah satu puncanya juga adalah daripada air yang tidak bersih. – Gambar hiasan
Tubuh anda kehilangan banyak air apabila melakukan senaman yang kuat, berpeluh pada suhu tinggi dan terkena penyakit yang menyebabkan cirit-birit ataupun demam. Jika anda kehilangan air atas sebab-sebab ini, penting untuk anda meningkatkan pengambilan air yang bersih supaya anda dapat memulihkan tahap penghidratan semula jadi badan anda. – Gambar hiasan

Justeru, kita harus minum air yang bersih, sihat dan asli supaya proses penyingkiran bahan toksik dalam badan dapat berfungsi dengan tahap optimum atau ianya akan memburukkan lagi keadaan kesihatan anda.

Air yang bersih memainkan peranan yang amat penting sebagai penyuling dan pencuci yang terbaik terhadap toksin di dalam badan kita kerana ia dapat membantu membuang sisa beracun dan bahan kimia dalam badan.

Kepentingan air bersih terhadap kesihatan anda

Adakah anda tahu bahawa berat badan anda terdiri daripada kira-kira 60 peratus air?

Tubuh anda menggunakan air dalam menggerakkan dan memberi fungsi semua sel, organ dan tisu untuk mengawal suhu dan mengekalkan fungsi tubuh yang lain.

Air memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama badan. Ia merupakan elemen penting dalam tubuh kita. Oleh itu, menurut kajian yang pernah dilakukan University Of Edinburgh, kajian menyatakan “tanpa makanan, manusia mampu hidup selama lapan minggu tetapi tanpa air manusia akan mati dalam masa tiga hari.” Manusia tidak akan mampu bertahan hidup lebih lama tanpa air.

1. Membantu proses pencernaan

Air amatlah penting dalam proses pencernaan. Pencernaan bermula dengan air liur, asasnya adalah air. Pencernaan bergantung pada enzim yang didapati dalam air liur untuk membantu memecahkan makanan dan cecair serta membubarkan mineral dan nutrien lain.

Pencernaan yang betul menjadikan mineral dan nutrien lebih mudah dicapai oleh tubuh. Selain itu, air juga diperlukan untuk membantu anda mencerna serat larut.

Dengan bantuan air, serat ini mudah larut dan memberi manfaat kepada kesihatan usus anda dengan menghasilkan najis yang lembut. Ia dapat mengelakkan sembelit malah kalori akan mengalami proses pembakaran kalori yang juga berjalan dengan lancar.

2. Mengelakkan dehidrasi dan menyembuhkan penyakit

Tubuh anda kehilangan banyak air apabila melakukan senaman yang kuat, berpeluh pada suhu tinggi dan terkena penyakit yang menyebabkan cirit-birit ataupun demam.

Jika anda kehilangan air atas sebab-sebab ini, penting untuk anda meningkatkan pengambilan air yang bersih supaya anda dapat memulihkan tahap penghidratan semulajadi badan anda.

Sekiranya anda masih lagi tidak pulih atau masih lagi alami penyakit yang sama dalam tempoh yang lama, ia adalah kerana air yang anda gunakan selama ini bukanlah air bersih.

3. Mencegah kanser

Air yang bersih dapat membantu melindungi organ-organ penting terutamanya pundi kencing, dan tisu payudara yang dikhuatiri terdedah dengan kanser.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Klinik Onkologi mendedahkan bahawa pengambilan air berkait rapat dengan setiap jenis kanser.

Ini bermakna, lebih banyak air yang diminum seseorang lebih kurang cenderung mendapatkan kanser. Tetapi ramai juga pesakit kanser yang suka meminum air banyak, jelas bahawa kanser juga berlaku kerana air yang diminum adalah tidak bersih dan mempunyai pelbagai molekul di dalamnya.

Ini sangat penting bagi anda sekeluarga supaya meminum air yang bersih dan mengelakkan diri daripada penyakit kanser.

4.Mengelakkan penyakit batuk dan alahan kepada bayi dan kanak-kanak

Jika bayi dan kanak-kanak sering mengalami alahan dan batuk-batuk, salah satu puncanya juga adalah daripada air yang tidak bersih. Sama ada air untuk mandi atau minum, ia akan memberi kesan kepada anda sekeluarga terutamanya bayi dan kanak-kanak.

5. Mengurangkan migrain dan pening kepala

Migrain dan pening kepala juga boleh jadi kerana air yang diminum tidak bersih dan segar. Kebanyakan daripada anda yang mengalami migrain juga perlu menyemak semula sumber air dan makanan yang diambil setiap hari.

Air yang diminum akan dibawa ke seluruh tubuh termasuk otak, malah ia akan diserap untuk mendapatkan khasiat serta melancarkan perjalanan darah ke otak. Air yang kotor menjadikan anda sekeluarga berisiko terdedah dengan sakit migrain dan pening kepala.

6.Metabolisme dan tenaga untuk rutin harian

Air dapat mengurangkan kalori yang berlebihan di dalam badan. Dengan pengambilan air bersih, ia dapat membantu membakar lemak dengan meningkatkan metabolisme.

Proses ini dikenali sebagai ‘resting energy expenditure,’ di mana tubuh akan tetap membakar kalori walaupun tubuh anda tidak melakukan sebarang aktiviti.

Ini berlaku kerana proses metabolisme telah meningkat. Malah, dalam masa yang sama, anda sekeluarga memerlukan tenaga untuk menjalani rutin harian.

Jika apa yang Hariz kongsikan disini membantu dan menjawab persoalan Tuan/Puan. Sila like page fb Hariz dengan klik butang dibawah sebagai tanda sokongan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *