Menu Close

KEPENTINGAN, KELEBIHAN DAN CARA PILIH PENAPIS UDARA COWAY

Entri kali ni Hariz share soalan lazim tentang penapis udara Coway. Ada banyak soalan tapi Hariz share 3 soalan paling kerap ditanya iaitu :-

– pentingkah penapis udara ni?

– apa kelebihan penapis udara?

– penapis udara yang mana paling sesuai?

Kepentingan Penapis Udara

Seperti yang kita lihat zaman sekarang dah banyak berubah. Kita dah tak boleh nak samakan kehidupan datuk nenek moyang kita dengan kehidupan kita sekarang.

Pembinaan bangunan, asap kenderaan, asap rokok/vape, pembakaran terbuka, jerebu, bau dan bulu binatang peliharaan, penyakit berjangkit dan sebagainya yang menjurus kepada masalah kesihatan ada dimana-mana.

Pencemaran udara pada tahap kritikal boleh membawa kepada kematian dan tidak boleh diambil mudah. Jika dilihat hari ini pelbagai penyakit yang berpunca daripada pencemaran udara seperti sesak nafas, pneumonia, batuk kering (tuberkulosi), jangkitan kuman pada paru-paru, paru-paru berair, iritasi pada kulit dan mata serta pelbagai lagi.

Ini disokong dengan kajian WHO yang menyatakan udara didalam ruang tertutup seperti rumah, pejabat, klinik, hospital dan restoran 5 kali ganda lebih merbahaya daripada udara diluar rumah.

Kesemua virus dan bakteria ini tidak boleh dilihat oleh mata kasar. Oleh sebab itu langkah pencegahan perlu diambil sebelum terkena pada kita. Sebab itu penapis udara kini menjadi salah satu keperluan pada setiap rumah kediaman dan pejabat.

Video: How air pollution impacts your body

Kelebihan Penapis Udara Coway

Dengan teknologi tapisan udara yang ada pada penapis udara Coway ini. Selain dari menapis virus dah bakteria ia juga dapat :-

  • menapis habuk berterbangan
  • asap rokok, asap pembakaran
  • bau masakan, bau haiwan, bau racun perosak seperti ridsect
  • bulu haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing
  • mengurangkan kesan alergi seperti ekzema (disebabkan habuk) dan asma.

Testimoni: Feedback selepas menggunakan penapis udara Coway

Penapis Udara Coway Yang Mana Sesuai Dengan Anda?

Coway mempunyai 5 barisan penapis udara yang dipasarkan di Malaysia iaitu:-

  1. Coway Noble (Terbaru)
  2. Coway Breeze
  3. Coway Lombok 2 (Bestselling)
  4. Coway Storm (2-in-1)
  5. Coway Tuba (Untuk Office/ruang yang luas)

Kelima-lima model ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Model yang disyorkan:

Untuk pencinta kucing – Coway Lombok 3.

Untuk kegunaan dalam bilik tidur – Coway Breeze, Coway Storm, Coway Lombok 3.

Untuk kegunaan ruang tamu – Coway Storm, Coway Lombok 2, Coway Noble.

Untuk kegunaan pejabat – Coway Lombok 2, Coway Noble, Coway Tuba.

Untuk kegunaan klinik dan hospital – Coway Lombok 3, Coway Noble, Coway Tuba.

Untuk penghidap asma dan alergi – Coway Lombok 3.

Jika anda ingin tahu lagi model mana yang sesuai dengan keperluan anda dan buat pembelian boleh klik butang dibawah untuk berurusan dengan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *