Menu Close

JENIS-JENIS PENAPIS AIR COWAY 2023

jenis penapis air coway

Tahniah Tuan/Puan telah sampai ke blog yang tepat untuk mendapatkan rujukan, panduan, khidmat nasihat serta harga penapis air coway yang tepat dari wakil jualan Coway TERBAIK di Malaysia. Jom kita lihat jenis-jenis penapis air Coway 2023 dan teknologi tapisan yang diguna pakai.

Jika apa yang Hariz kongsikan disini membantu dan menjawab persoalan Tuan/Puan. Sila like page fb Hariz dengan klik butang dibawah sebagai tanda sokongan anda.

Teknologi tapisan air Coway yang wajib anda tahu!

Jenis-jenis penapis air coway ada tiga, iaitu air mineral, alkali, dan air ro. Ramai lagi yang masih tak tahu yang Coway sebenarnya satu satunya syarikat penapisan air yang menawarkan ketiga-tiga teknologi tapisan air yang biasa digunakan di malaysia.

  1. Air Mineral
  2. Air Alkali
  3. Air Tulen (RO)

Ketiga-tiga teknologi tapisan air ini dibezakan dari kehalusan tapisan. Makin halus tapisan makin tulen/bersih air tu.

teknologi tapisan air coway

1. Air Mineral

Air Mineral Coway menggunakan teknologi tapisan Nanotrap sehalus 0.01 micron.

Tapisan Nanotrap ini direka bagi menapis logam berat, klorin dan mikroorganisma merbahaya disamping  mengekalkan mineral yang terkandung didalam air. 

2. Air Alkali

Model penapis air Alkali Coway menggunakan teknologi tapisan NF Membrane sehalus 0.001 micron. Tapisan ini lebih halus jika dibandingkan dengan tapisan air mineral.

Tapisan NF Membrane ini direka bagi menapis logam berat, klorin, mikroorganisma merbahaya dan hanya mengekalkan sebahagian mineral yang diperlukan untuk proses elektrolisis sahaja.

Selepas air ditapis bersih barulah di elektrolisis kan menjadi air alkali. Pilihan pH air alkali mesin Coway mengikut nilai pH yang ditetapkan oleh pakar pemakanan dunia sebagai air alkali minuman iaitu pH 8.5, pH 9.0 & pH 9.5.

3. Air Tulen

Air tulen Coway atau lebih dikenali dengan air reverse osmosis ini menggunakan teknologi tapisan Reverse Osmosis sehalus 0.0001 micron.

Tapisan Reverse Osmosis ini direka hanya membenarkan molekul H2O sahaja yang lepas. H2O inilah yang dipanggil air tulen. Dan kelebihan air tulen ialah ianya ringan dan tak perlu diproses oleh buah pinggang kita. Sebab itu pesakit buah pinggang digalakkan meminum air RO.

Memang benar air RO membuang mineral yang ada didalam air paip tersebut. Ini kerana air mineral paip tidak sama dengan air mineral bukit yang tak lalu paip besi dan tiada campuran klorin dan bahan kimia sewaktu proses pembersihan air.

Selain itu menurut pakar pemakanan, mineral yang diperlukan adalah dari sumber makanan dan mineral di dalam air putih terdapat campuran mineral yang bukan organik yang susah dicerna oleh badan. Oleh sebab itu tiada air putih didalam piramid makanan.

WQA Gold Seal Certified

Jaminan teknologi tapisan Coway ini adalah teknologi tapisan terbaik, kesemua teknologi tapisan air Coway diuji dan diiktiraf oleh Water Quality Association (WQA). WQA ini adalah organisasi terbesar dunia yang membuat ujikaji dan pengesahan pada penapis air semada ianya mengikuti piawaian yang ditetapkan ataupun tidak.

Lihat penapis air anda diuji selamat ataupun tidak disini –> WQA-Certified Water Treatment Products​

Model Penapis Air Mineral Coway

Model Penapis Air Alkali Coway

Model Penapis Air Tulen (RO) Coway

Jika anda ingin tahu lagi model mana yang sesuai dengan keperluan anda dan buat pembelian boleh klik butang dibawah untuk berurusan dengan saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *