Menu Close

JENAMA PENAPIS AIR LUAR RUMAH YANG TERBAIK UNTUK RUMAH ANDA

Ramai dikalangan kita inginkan penapis air luar rumah tetapi tak tahu cara nak pilih penapis yang macam mana sepatutnya kita beli.

Jadi entri kali ni Hariz kongsikan penapis air luar rumah yang macam mana Tuan/Puan patut pilih. Dan sekiranya Tuan/Puan ada cadangan selain dari yang Hariz kongsikan ini boleh tulis diruangan komen di bawah.

Kenapa Perlu Pasang Penapis Air Luar Rumah ?

Air yang dibekalkan kepada kita ni pada mulanya bersih mengikut standard yang ditetapkan (di logi rawatan) tetapi tidaklah sebersih yang boleh diminum terus seperti mana Tuan/Puan lihat didalam cerita orang putih.

Dan mengapa air bila tiba ke rumah kita air boleh jadi keruh, berkarat dan macam-macam lagi adalah disebabkan oleh sistem perpaipan kita yang sudah lama. Bukan itu sahaja, kesan daripada construction/pembaikian paip juga boleh menjadi sebab air yang dibekalkan itu menjadi keruh.

Ada sesetengah keadaan dimana orang beranggapan bahawa airnya bersih dan tidak memerlukan sebarang penapis air. Tapi pernah tak Tuan/Puan lihat mendapan kekuningan didalam bekas simpanan air tu?

Bukan itu sahaja, berapa kerap Tuan/Puan bersihkan kettle elektrik Tuan/Puan disebabkan dasar permukaan jadi kuning? Bila last cuci tangki air?

Saya Dah Ada Penapis Air Luar Rumah. Tapi Air Masih Kotor!

Kalau Tuan/Puan pakai penapis air jenis peluru macam ni cuba tengok apakah material yang digunakan. Ini kerana majoritinya adalah menggunakan pasir dan tidak dinyatakan saiz tapisan.

Model ni biasanya tidak didatangkan servis dan warranti dan boleh didapati dengan harga yang rendah. Dan semenjak syarikat penapis air ni tumbuh macam cendawan selepas hujan, banyak syarikat dan persendirian menawarakan servis menukar pasir tu dengan harga yang murah.

Dan bila murah janganlah Tuan/Puan bandingkan kualiti tapisan dengan yang mahal sebab material diguna pakai sudah pasti berbeza.

3 Tips Mudah Memilih Penapis Air Luar Rumah

  1. Cari penapis air yang mempunyai tapisan paling halus. Konsep dia mudah, makin halus tapisan makin bersih air.
  2. Cari yang ada controller. Controller ni memudahkan kita nak maintainance contohnya nak bypass jika filter rosak, nak backwash jika filter dah kotor dan sebagainya.
  3. Cari yang ada sparepart di pasaran sebab filter ni bukanlah boleh pakai selama-lamanya. Ia perlu diganti baru. 

Jenama Penapis Air Luar Yang Disyorkan

Ramai yang tertanya-tanya medium/teknik/teknologi tapisan apakah yang Coway Bamboo gunakan?

Ini kerana Coway Bamboo tidak menggunakan medium pasir, batu kasar dan arang sepertimana jenama lain. Ia menggunakan alpha micro filter membrane bagi menapis kotoran di dalam air, termasuk besi dan karat karat.

Alpha µF Membrane Coway ialah membrane pertama yang dihasilkan oleh Coway dengan 7-pora 3000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia.

Alpha µF Membrane Coway juga boleh bertahan dalam keadaan tahap pH yang pelbagai serta boleh bertahan pada suhu dan tekanan yang tinggi.

Perbezaan penapis air Coway dengan jenama lain
Sistem tapisan penapis air Coway Bamboo

Penapis air Coway Bamboo ni juga menggunakan All-In-One Controller. Coway Bamboo adalah satu-satunya penapis luaran di Malaysia yang dilengkapi dengan alat kawalan berguna yang membolehkan pertukaran mudah antara 4 mod – Bypass, Backwash, Rinse dan Filter.

Selain itu, Coway Bamboo juga dilengkapi dengan sistem Automatic Flush Timer. Dengan masa yang telah ditetapkan, penapis Coway Bamboo akan menyaring keluar kotoran (flushes) secara automatik.

Ini berfungsi untuk memastikan sistem penapisan sentiasa mengekalkan keberkesanan 99,99% dalam menapis virus dan bakteria. Dan untungnya sistem timer ni, anda tidak perlu lagi buat backwash/flush out secara manual lagi. Mudah sangat kan?

Kelebihan Menggunakan Penapis Air Luar Berkualiti

Penggunaan penapis air luar rumah sangat bagus untuk memberikan air bersih ke seluruh sistem air di rumah. Ia juga dapat melambatkan kerosakan paip air dalam rumah Tuan/Puan disebabkan kotoran dari luar.

Bagi orang yang alergi/ekzema disebabkan air memang disyorkan menggunakan penapis air luar rumah Coway Bamboo bagi mengurangkan keradangan.

Coway Bamboo juga dapat mencegah pakaian putih menjadi kekuningan akibat karat dan kotoran air paip.

Mampu Milik

Jika Tuan/Puan mahukan penapis air luar rumah yang berkualiti tinggi maka model Coway Bamboo ni lah model yang sangat sesuai dipasang.

Harga yang ditawarkan sangat murah kerana ianya lengkap dengan pakej servis dan waranti lengkap. Tuan/Puan hanya perlu pakai sahaja dan segala coverage dilindungi oleh pihak Coway.

Untuk tempahan dan pertanyaan pakej boleh hubungi saya dengan hanya menekan butang dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *