Menu Close

HUKUM SEWA BELI PENAPIS AIR

HUKUM SEWA BELI PENAPIS AIR

Assalamualaikum wbt. Entry kali ni Hariz nak berkongsi tentang hukum hakam sewa beli penapis Coway yang sering menjadi persoalan pada pelanggan-pelanggan saya.

Saya harap perkongsian pada kali ni sedikit sebanyak dapat membantu Tuan/Puan menyelesaikan kekeliruan tentang hukum hakam sewa beli penapis Coway.

Artikel ini Hariz ambik hasil jawapan dari mufti wilayah persekutuan sendiri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Saya ada ambil pakej sewa beli penapis air yang mana bayaran bulanannya RM 103 termasuk pakej servis tukar penapis air selama 5 tahun dengan jumlah keseluruhannya selama 5 tahun itu adalah RM 6180. Namun jika saya membeli secara tunai hanya RM 3342 dengan servis tukar penapis selama 2 tahun. Adakah jual beli melalui sistem ini termasuk riba?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Isu pertama ialah bagaimanakah bentuk kontrak transaksi itu. Jika ia melibatkan dua kontrak dalam satu transaksi maka ia akan mendatangkan masalah dalam keabsahan kontrak. Dalam erti kata lain, dua kontrak disebut dalam satu lafaz akad bagi waktu yang sama. Contohnya:

“Aku jual tanah ini dengan harga RM1000 tunai, dan dengan RM2000 secara ansuran atau selama setahun.”

Kemudian, pembeli bersetuju dengan kontrak itu sama ada secara tunai atau ansuran. Kontrak ini diharamkan Syarak dan dianggap terbatal kerana harga tidak ditentukan dalam suatu lafaz yang sama. Daripada Abu Hurairah RA:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعَتَيْنِ فِي بَيْعَةٍ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang daripada meletakkan dua (harga) akad dalam satu (sighah) akad.

Hadis riwayat Imam al-Nasaie (4632)

Namun begitu, jika ditawarkan dua harga kontrak dalam dua sighah akad berbeza bagi satu barang, sama ada secara tunai atau ansuran, maka hukum tawaran itu adalah harus dan sah jika pembeli memilih salah satu daripadanya. Contohnya;

“Aku tawarkan kau untuk membeli tanah ini dengan harga RM1000 tunai,” atau;

“Aku tawarkan kau untuk membeli tanah ini dengan harga RM2000 secara ansuran.”

Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (6/37)

Berhubung dengan soalan di atas, jika dua harga itu dalam kontrak yang sama maka batallah kontrak itu, manakala jika dua harga itu bagi dua kontrak yang berbeza maka dibenarkan dan sah salah satu kontrak tersebut.

Isu kedua ialah kontrak sewa beli tersebut hendaklah berlaku dalam dua kontrak yang berasingan. Haram dan terbatallah jika sewa beli itu dilakukan dalam kontrak yang sama. Kontrak itu boleh mengambil konsep al-Ijarah thumma al-Bay’ (AITAB) yang diguna pakai dalam fiqh muamalat moden.

Rujuk Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam (ms. 25-26)

Artikel asal klik sini -> http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1837-al-kafi-465-hukum-sewa-beli-penapis-air

PENJELASAN

Harga Penapis Air Terkini Coway Villaem 2

Jika dilihat pada kesemua pakej penapis Coway, Tuan/Puan hanya dapat melihat terdapat 2 kontrak sahaja.

Yang pertama adalah kontrak tunai, dalam kontrak tunai ni hanya ada satu harga sahaja dan didalam satu kontrak.

Yang kedua adalah kontrak sewa beli, dalam kontrak sewa beli ni hanya ada satu harga bulanan sahaja selama 5 tahun didalam satu kontrak. Tiada pengurangan atau kenaikan harga.

Jadi berdasarkan penerangan diatas secara hukumnya kontrak Coway ini dibenarkan dan sah mengikut hukum hakam Islam.

Sekian...

Jika sharing Hariz ni membantu dan memudahkan urusan Tuan/Puan sila LIKE dan REVIEW page Hariz dengan menekan gambar dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK SUPPORT

Jika ada soalan sila hubungi Coway Careline di talian 1800-888-111 atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.

11 Comments

    • harizcoway

      RM10 tu adalah handling fee bukanlah caj tunggakan. Ia dikenakan bila pelanggan melanggar kontrak bayaran yang dipersetujui sewaktu pembelian (rujuk kontrak). Untuk detail penuh sila hubungi ejen Coway Rosdee.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

    • harizcoway

      Perjanjian sewa beli ialah suatu perjanjian menyewa barang-barang dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran dibuat secara ansuran. Anda ialah penyewa dan syarikat yang memberi pinjaman ialah pemunya. Hakmilik akan hanya dipindah kepada penyewa setelah semua bayaran ansuran dijelaskan. Harap jelas.

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Lambat bayar tak dikira haram. Ia sama seperti kita makan dahulu bayar kemudian. Yang haramnya bila taknak bayar. Wallahu a’lam…

  1. Fariz Omar

    Seeloknya tuan admin dptkn pakar dlm muamalat utk memberi penjelasan berkaitan kontrak pada coway ini.

    Yg dimaksudkan dgn tuan mufti adalah kontrak yg ada dlm sewa beli itu sendiri perlu dipisahkan kpd 2 terma.

    • harizcoway

      Ini adalah jawapan dari mufti. Jika tuan adalah seorang yang arif, mungkin tuan boleh huraikan dengan lebih terperinci supaya semua pembaca jelas dengan maksud tuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *