“Maaf bro, aku dah tak buat Coway. Pape ko roger la ejen lain”
Pedih kan kalau time tu kita nakkan after sale service dari ejen Coway kita. Tapi tulah hakikat dia.
So entri kali ni agak kelakar bagi sesetengah orang tapi adakah Tuan/Puan tahu jika Tuan/Puan kehilangan contact number ejen yang menguruskan pembelian Coway Tuan/Puan, Tuan/Puan akan mengalami masalah after sale service.
Untuk pengetahuan Tuan/Puan, Coway dah asingkan 3 jabatan terbesar bagi memberikan after sale service 5 bintang kepada hampir 3 juta akaun pengguna Coway diluar sana.
Bahagian Jualan (Health Planner Coway)
- HP Coway atau lebih dikenali dengan nama sales agent Coway ni ditugaskan mencari customer dan menjaga (after sale service) customer masing-masing.
Bahagian Servis (Cody)
- Cody ditugaskan untuk datang service, rental collection jika ada tunggakan, dan service renewal.
Bahagian Pemasangan (Technician)
- Technician di Coway ditugaskan untuk memasang dan membaiki mesin sahaja.
Disini kita dapat lihat masing-masing dah ada peranan masing-masing. Dan mengikut AKTA PDPA 2010, ejen lain takkan boleh cek detail order ejen lain.
Maknanya customer saya, hanya saya sahaja yang boleh cek. Ejen lain tak boleh cek detail maklumat customer saya.
Jadi jika Tuan/Puan inginkan:
- Akaun ledger / Rekod pembayaran bulanan Coway.
- Kontrak
- Baki sewaan
- Termination dan penalti
- Pindah alamat Coway
- Contact number cody
- dan lain-lain lagi
Tuan/Puan hendaklah menghubungi customer service Coway. Jika bernasib baik terus dapat cakap dengan operator. Jika tak bernasib baik maka menunggulah sampai dapat tembus talian.