Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan-tuan dan Puan-puan. Jika Tuan/Puan telah sampai ke sini pasti Tuan/Puan tercari-cari penapis air yang terbaik untuk family Tuan/Puan betul?
TAHNIAH! Sebab Tuan/Puan telah sampai ke tempat yang betul. Carta di bawah menunjukkan perbezaan diantara 3 jenama dari Korea yang popular di Malaysia.
Tidak dinafikan setiap produk mempunyai kelebihan masing-masing. Disini saya cuba bantu Tuan/Puan lihat beberapa aspek penting pemilihan penapis air.
1. TANGKI BESAR
Jika terdapat catuan, tekanan air rendah ataupun tetamu yang ramai datang pun tiada masalah. Tangki Coway Neo berkapasiti 5.8 liter paling besar berbanding model lain.
2. TEKNOLOGI TAPISAN
Untuk kesemua model diatas ni menggunakan teknologi nano. ini bagi mengekalkan mineral dalam air. Untuk teknologi tapisan Coway Nanotrap adalah paling halus iaitu 0.01 micron. Untuk jenama lain tiada info yang diberikan walaupun pada website syarikat sendiri. (boleh rujuk url pada gambar).
3. KEKERAPAN SERVIS
Semua jenama diatas menawarkan pakej servis PERCUMA. Dari carta ini hanya Coway sahaja yang menawarkan servis PERCUMA paling kerap iaitu setiap 2 bulan berbanding jenama lain setiap 4 bulan.
4. KEKERAPAN TUKAR PENAPIS (FILTER)
Untuk kesemua jenama/brand, jadual penukaran penapis (filter) adalah sama iaitu setiap 4 bulan.
5. WHO (World Health Organization)
Untuk pengetahuan WHO adalah badan yang membuat penyelidikan kesihatan. Bukan memeriksa kualiti penapis air yang dijual di pasaran.
“The WHO is responsible for the World Health Report, the worldwide World Health Survey, and World Health Day“ Klik >sini< untuk wiki berkenaan WHO.
6. WQA (Water Quality Association)
WQA adalah organisasi dunia yang membuat endorsement kepada penapis air yang ingin dipasarkan di pasaran. WQA ni ibarat PUSPAKOM yang buat semakan sebelum kenderaan dibolehkan berada diatas jalan raya.
“WQA’s Certified Product Listings are available to help connect consumers with water treatment products that have been tested and certified to industry standards.”
Klik >sini< untuk semak penapis air anda dah diendorse ke belum.
7. SIRIM
Penapis air sekarang mempunyai komponen elektrik dan sistem ini menggunakan watt yang besar bagi memanaskan dan menyejukkan air.
Jika tiada pensijilan SIRIM Tuan/Puan akan terdedah kepada risiko kerosakan yang boleh menyebabkan kebakaran ataupun risiko yang lain.
8. ENERGY STAR
Energy star ni adalah penunjuk kepada aras kecekapan tenaga. Jika tiada pengiktirafan jimat elektrik dari pada Energy Star (Pensijilan Dunia). Cuba Tuan/Puan semak dengan Suruhanjaya Tenaga Malaysia (Pensijilan tempatan).
Jika tiada juga ini bermakna Tuan/Puan telah membeli produk yang kuat menggunakan elektrik dan akan merugikan Tuan/Puan kerana mesin ini sentiasa ON 24 jam.
9. HARGA BULANAN
Jika dilihat dari carta ni harga bulanan Coway Neo adalah no 2 termurah berbanding model lain.
Tetapi jika dilihat dari segi saiz tangki, kualiti dan servis yang diberikan ternyata Coway Neo adalah penapis air paling murah di pasaran tempatan.
BUKAN TANKLESS LAGI BAGUS ??
AD UV PROTECTION
AIR MINERAL YANG UNLIMITED
PENAPIS AIR YANG KECIK
Tankless pun bagus. jimat space. Tapi water pressure kena meet kritiria. kalau tak kesian nak tunggu air penuh satu cawan/jug sebab dia direct filtration.
Sebab tu model tankless Coway Kecil ni ada requirement tekanan air supaya customer tiada isu sepanjang kontrak/pakej.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
tak silap saya, sk magic servis 2 bulan sekali.. tuan salah info ni
Apa yang saya tulis ni berdasarkan info di website mereka dan dari ejen rasmi mereka. Cuba Tuan sahkan info Tuan dahulu. Jika ada kesilapan @ update saya akan betulkan penulisan saya.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Sk magic ada yang 2 bulan dan ada yang 4 bulan sekali untuk service depends on pelan bayaran monthly berapa ambil
Benar. Boleh kongsikan berapakah perbezaan harga untuk pakej 4 bulan servis dengan 2 bulan servis?
SK Magic ada kelulusan SIRIM dgn WQA lah
Maaf kalau saya tak update info terkini. Saya juga nak update info jika Tuan Farhan Adib boleh share fakta. Setakat hari ni saya tak jumpa lagi certified listing dari WQA (https://wqa.org/find-products#/) hasil carian menggunakan jenama sk magic/jiksoo dan model nama/kod produk. Dan untuk semakan SIRIM boleh kongsikan no SIRIM untuk saya cek menggunakan apps SIRIM?
Yg betul..
Coway filter micron 0.001 tapis semua metal & mineral..bagi RO water je..cuba check WHO page yg RO Water tidak sesuai utk kita..WHO dah ban RO WATER .. agent coway nk tipu customer boleh tapi jgn mainkan product2 yg lagi bagus drpd coway
SK magic filter micron 0.01.. still lepas mineral..lagi tank less…air tak berhenti seperti mesin coway…level suhu 5 choice…
Saya yakin Mohan adalah ejen SK Magic. Jadi sila bagi link yang WQA banned RO Water. Dan bagaimana pula air botol seamaster dan drinking bottle yang lain di pasaran. Adakah ia RO yang dibenarkan oleh WQA?
Berkenaan teknologi tapisan pula. Semakin halus tapisan semakin bersih air. Ia adalah sains. Bukan mengikut emosi atau pendapat penjual.
Lagi satu saya nak kongsikan. Sila rujuk penapis air anda diiktiraf ataupun tidak. Klik link ni -> https://wqa.org/find-products#/
Coway nye banyak buang air dan banyak guna elektrik event dia mention “energy star” memang rabak bil api air nya. ramai juga rakan-rakan saya yang guna coway komplen bab ini. saya sendiri merasai. rabakkkk.
pastu kena la nyatakan setiap model tu apa kelebihan dia, cam neo tu kan 3 suhu saja, main pulas pulas nak tukar air. cam sk macam hyper tu 7 suhu, just tekan dan siap ada sukatan air lagi… uishhh memang banyak mengelirukan orang ramai ni.. banyak info tak betul
Kalau nak dibandingkan elektrik Coway Neo hanya menggunakan elektrik sebanyak 300-380 watt manakala Jiksoo hyper menggunakan elektrik sebanyak 2,900 watt. Jika dibandingkan penggunaan air panas dan sejuk padar kadar (volume) yang sama. Coway Neo hanya menggunakan elektrik sebanyak 13% dari penggunaan elektrik Jiksoo Hyper.
Jika dibandingkan design pula tak dinafikan hyper lagi moden sebab Coway Neo direka lebih kepada user friendly design. Mudah bagi kanak-kanak dan orang tua.
Info tuan misleading ni.
Coway neo bertangki air panas 1 litre, akan sentiasa dipanaskan oleh electric 300 – 380 watt 24/7 tanpa henti kecuali kita tutup suis airpanas. Belum kira tangki air sejuk pula. Overall penapis air yg bertangki akan guna electric yg lebih dlm anggaran 3 kali ganda. Tak kira brand apa pun. Semua brand besar2 dunia juga telah bertukar arah ke penapis air tanpa tangki seperti LG, Skmagic, cuckoo etc, termasuk coway cuma coway lambat memanfaatkan technologi yg ada. Kalau kita lihat market Korea coway dah sangat kehadapan dengan tankless. Berlainan di sini.
Saya rasa En Khairul salah faham dengan penerangan saya. Saya menjawab kepada perbandingan yang diceritakan cik Aisyah tentang kadar penggunaan elektrik antara Neo dan hyper.
Berkenaan statement yang En Khairul katakan tu. Saya ada satu soalan, Jika model tankless ni lebih bagus dan SK Magic memang lagi maju daripada Coway dalam memanfaatkan teknologi yang ada. Kenapa SK Magic masih mengeluarkan model bertangki seperti Wiz R (Hot 3.5L | Cold 4.8L), Wiz S (Hot 3.5L | Cold 4.8L), Wiz C (Hot 1.65L | Cold 4.8L)?
Tengok message message Di atas, boleh lah nampak semua ini dari agent SK magic atau berkas coway. Agent kualiti Di 2 company ini memang teruk….produk hebat, budaya Dan kualiti agent teruk.
Boleh refer website rasmi company tersebut dan info dari ejen masing-masing untuk mengesahkan info diatas.