Menu Close

CARA UPDATE MAKLUMAT PERIBADI UNTUK COWAY

Untuk setiap produk Coway yang dibeli wajib daftar no telefon, alamat dan juga kad bank. Tapi bagaimana pula jika kita buat pertukaran no telefon ataupun kad bank selepas pasang?

Jadi entry kali ni Hariz akan kongsikan beberapa isu yang kerap berlaku dan bagaimana cara nak update.

1. Tukar no telefon baru

No telefon ni adalah benda yang sangat penting. Ini kerana servis Coway adalah 2 bulan sekali. Jika tidak di update sudah pasti pihak Coway tidak dapat servis produk mengikut jadual.

2. Alamat rumah

Jika pindah ke rumah baru, produk hendaklah di pindahkan terlebih dahulu. Bila dah sedia, baru hubungi Coway untuk buat pemasangan semula.

3. Kad bank

Bagi kontrak sewa beli pemotongan bulanan wajib dipotong menerusi kad bank (debit ataupun kredit). Jika kad tersebut telah hilang ataupun telah tamat tempoh. Kad baru perlu diupdate kepada Coway bagi mengaktifkan pemotongan pada kad bank yang baru.

Jika gagal, tunggakan akan bertambah. Bila bertambah servis akan dihentikan. Bila servis dihentikan, sparepart dan filter juga akan digantung.

Cara Update

Call Coway Careline 1800-888-111 dan pilih option no 4.

Tekan 1 : Laporan kerosakkan
Tekan 2 : Jualan dan pertanyaan
Tekan 3 : Bill dan pembayaran
Tekan 4 : Khidmat pelanggan

Sila bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan kami. Mereka sedia membantu anda. Mudah kan.

Jika apa yang Hariz kongsikan disini membantu dan menjawab persoalan Tuan/Puan. Sila like page fb Hariz dengan klik butang dibawah sebagai tanda sokongan anda.

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *