Sewaktu membuat tempahan ejen Coway Tuan/Puan pasti terangkan tentang spesifikasi produk, pakej coway yang sesuai dengan budget Tuan/Puan dan berapa lama pakej servis yang Tuan/Puan dapat selepas pemasangan penapis Coway Tuan/Puan betul?
Entri kali ini Hariz kongsikan tentang keselamatan dokumen sulit Tuan/Puan dan apa yang Tuan/Puan perlu tahu sebelum menandatangani borang tempahan mana-mana produk penapis Coway ni.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK TEMPAHAN COWAY
Selain dari nama, no telefon, alamat pemasangan, Tuan/Puan juga perlu berikan gambar bahagian hadapan IC (kad pengenalan diri) dan gambar hadapan kad bank (debit/kredit) sebagai dokumen sokongan untuk membuat tempahan penapis Coway ni.
Untuk makluman Tuan/Puan setiap ejen Coway yang berdaftar tertakluk dengan akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Sekiranya mana-mana ejen menyalahgunakan dokumen Tuan/Puan akan diberhentikan dan akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta PDPA 2010 ini. Jadi dokumen peribadi Tuan/Puan 100% dijamin selamat.
Cuma sebelum Tuan/Puan membuat tempahan pastikan ejen itu adalah ejen yang sah sahaja. Cara dia mudah sahaja.
Ejen Coway yang sah pasti mempunyai ID atau pengenalan diri dari Coway. Pastikan Tuan/Puan dapatkan 3 info ini. Contoh :-
- No ID : 546515
- Nama Penuh : Wan Hazwan Hariz
- No Telefon : 017-729 9276
Selepas itu Tuan Puan boleh buat pengesahan dengan Coway Careline di talian 1-800-888-111.
Kalau masih was-was nak beli penapis Coway dengan ejen tersebut, whatsapp lah saya. Saya Trusted Coway agent dari Coway HQ akan hantarkan technician yang berdekatan untuk buat pemasangan Coway Tuan/Puan secara PERCUMA.
Saya pernah order coway 2017. Baru2 ni saya dapat panggilan dari Coway kata saya ada order second produk. Padahal saya takde order apa2. Boleh tuan tolong saya?
Tu maknanya ada orang salah guna maklumat peribadi Tuan Fairus. Tuan boleh call Coway Careline 1800-888-111 dan buat aduan. Nanti internal department Coway akan batalkan order tu dan buat semakan keatas ejen tersebut.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
betul ke time register coway card bank kena bagi depan belakang serta ccv?
Tak betul. Anis wasap saya lah. Biar saya yang uruskan.
Maaf br skjp nie td org coway dtg… Selepas siap die ckp, die suh sy booking dlu..andai x jd pn dorg blh cancel order.. Dan slps tangkap gbr ic depan dan kad debit depan, die mnx nombor akaun utk die bank in duit katenye… Tp sy x bg lg nombor akaun sbb tkut scammer sje…
Ni modus operandi scammer / ejen tak bertauliah. Abaikan ataupun buat laporan polis dan Coway (1800-888-111) untuk siasatan pihak berwajib.
What are the condition to be home service Coway?
Need to contact nearby branch.
Perlukah bagi contoh signature untuk proses pendaftaran pembelian produk Coway?
Perlu. Dan pastikan tuan dapat softcopy borang tempahan selepas order approved.