Entri kali ni Hariz nak kongsikan cara daftar atau melanggan pakej internet dari TM iaitu Unifi sewaktu PKP.
Entri ni lain dari entri yang Hariz kongsikan sebelum ni tapi Hariz rasa jika tak salah untuk dikongsi jika ia bermanfaat buat kawan-kawan diluar sana.
Jom kita lihat dulu pakej Unifi yang ditawarkan untuk rumah kediaman.
Pakej Internet Sahaja
RM89 – Kelajuan 30Mbps
RM129 – Kelajuan 100Mbps
Pakej Internet + TV Box
RM149 – Kelajuan 30Mbps
RM189 – Kelajuan 100Mbps
RM199 – Kelajuan 300Mbps
Pakej Internet + TV Box + Free Mesh Wifi
RM249 – Kelajuan 500Mbps
RM349 – Kelajuan 800Mbps
Ciri2 Unifi Plus TV box
- Dapat 70+ channels Unifi TV.
- Support 4K & HDR
- Akses ke Google Play Store jadi boleh install banyak apps
- Voice control guna remote
- Chromecast terbina – boleh cast dari telefon Android ke TV
Internet tanpa had (unlimited) untuk semua pakej. Harga di atas tidak termasuk 6% SST.
Kontrak
Seperti biasa untuk langganan internet Unifi ni tertakluk dengan terma dan syarat dia iaitu.
- Kontrak langganan minimum 24 bulan
- Free Standard Installation
- Free Modem
- Free Router
Cara Daftar
Hantarkan borang menerusi whatsap berserta dengan salinan IC depan belakang dan bil air/elektrik terkini kepada ejen korang.
Tempoh Pemasangan
Hariz apply pada 7 July. Kata ejen tu boleh letak date sesuka hati. Jadi Hariz pun letak keesokan hari iaitu 8 July.
Jadi pagi tadi technician unifi pun telefon Hariz. Katanya nak datang. Laju betul.
Bila borak dengan technician tu katanya disini technician Unifi ada ramai. Jadi tempoh pemasangan sangat pantas. Mungkin juga rezeki Hariz apply pada musim tak busy.
Korang juga boleh share tempoh pemasangan unifi korang diruangan komen kat bawah. Mana tahu boleh bantu kawan-kawan lain tahu dan estimate tarikh pemasangan di kawasan dia nanti.
Cara Bayaran Bil
Hariz ambik pakej paling basic iaitu Unifi RM89 – Kelajuan 30Mbps. Waktu Hariz apply tak perlu buat sebarang bayaran. Tapi lepas pemasangan wajib bayar deposit RM100. Jadi lekas-lekas Hariz bayar di kaunter TM berdekatan.
Dan lagi satu pastikan korang dapatkan no akaun bagi memudahkan korang bayar secara online akan datang.
Yelah, time PKP ni takkan setiap bulan nak keluar pergi bayar bil manual. Risiko pada kesihatan dan nyawa. So better bayar secara online sahaja. Lebih mudah dan cepat.
JomPAY Unifi
- Biller Code: 8888
- Ref-1: No Akaun
- Ref-2: Optional
Boleh juga buat cara bayaran lain seperti SMS, Walk in, Autopay, E-wallet dan sebagainya. Tapi macam Hariz lebih suka pakai JomPAY sebab mudah nak tracking.
Jika korang ada soalan berkenaan dengan Unifi atau lain-lain produk TM boleh hubungi ejen mereka atau terus ke cawangan berdekatan.
Tapi jika korang nak pasang penapis air Coway, penapis udara Coway dan tilam Coway korang wajib contact Hariz tau. 100% trusted agent.
So sampai disini sahaja sharing Hariz pada kali ini. Hariz minta pada korang semua untuk berikan sokongan diatas perkongsian ini dengan cara LIKE dan REVIEW di page FB Hariz.
Assalamualaikum dan berjumpa lagi pada sharing yang akan datang. Babai…
Everyone beware of unifi!!!! Some one use my ic to register unifi now they keep calling and disturbing me to pay for their outstanding bill…the story is like this I used to work for a company and they use my ic to register unifi and now the company closed down and they keep harassing me to pay for their outstanding bill … The SSM and bank account “WAS” under my name but since I left the company I already change it to another person name… I DIDN’T EVEN KNOW THEY USED MY NAME AS A CONTACT… How can unifi accept a application with prove if the original ic is present??? Is that logical??? I’ve left the company for 5 years + since then the boss and company already disappear!!!