Menu Close

CARA-CARA HENDAK PINDAHKAN PENAPIS AIR COWAY

cara pindah penapis air coway dan pemasangan oleh technician coway

Cara-cara hendak pindahkan Penapis Air Coway kerap ditanya oleh para pelanggan apabila mereka buat renovation ataupun berpindah ke tempat lain. Ada juga yang ingin pindahkan penapis air dirumah yang sama tapi di lokasi yang berbeza seperti dari dapur ke ruang makan.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, Coway menawarkan pemasangan semula secara PERCUMA SEKALI SETAHUN kepada semua para pelanggan Coway yang masih didalam pakej servis Coway.

Jika kontrak Tuan/Puan sudah pun tamat dan ingin dapatkan pemasangan semula boleh renew servis Coway sekali. Selain dapat servis dan penukaran filter, Tuan/Puan juga boleh dapatkan pemasangan semula satu kali setahun dalam pakej tersebut. 

Kami akan menghantar Coway Technician (CT) untuk membuat pemasangan semula tanpa apa-apa bayaran dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh laporan dibuat.

Cara pindah penapis air coway

JADI, BAGAIMANA CARA-CARANYA UNTUK PINDAHKAN PENAPIS AIR COWAY ?

LANGKAH 1

Hubungi Coway Careline atau maklumkan kepada ejen coway Tuan/Puan untuk mengemaskini alamat perpindahan yang baharu, tarikh pindah dan jenis model penapis air anda.

LANGKAH 2

Buka penapis air Tuan/Puan dan bawa pindah ke alamat rumah baru.

Cara-cara untuk membuka penapis air Coway

1. Tutup punca air di paip.
 
2. Tutup suis power plug (Sekiranya jenis fully electronic seperti model Petit, Inception, Ombak dan Lucy, terus ke langkah seterusnya)
 
3. Keluarkan air dari setiap tangki sehingga kosong (Sekiranya model Petit, Inception, Ombak dan Lucy, tutup suis power plug selepas keluarkan air dari tangki)
 
4. Cabut power plug dari soket.
 
5. Cabut atau potong wayar air berwarna biru dan oren (Biru sahaja jika Model Neo atau Harry) selepas sesiku paip L yang berdekatan dengan paip singki. AWAS! JANGAN POTONG WAYAR YANG KELUAR DARI MESIN PENAPIS AIR COWAY.”
 

LANGKAH 3

Bawa penapis air anda ke rumah baru.

LANGKAH 4

Anda akan menerima panggilan daripada Coway Technician (CT) yang akan membuat pemasangan Penapis Air anda. Pastikan di tempat baru ada menyediakan power plug point dan jarak ke sumber air jauhnya 15 kaki atau kurang. Selain dari anda pindahkan Penapis Air Coway anda, anda juga boleh menamatkan kontrak (sekiranya memenuhi syarat minimum kontrak) dan memasang produk penapis air yang baru di alamat terkini.

Sekian...

Jika sharing Hariz ni membantu dan memudahkan urusan Tuan/Puan sila LIKE dan REVIEW page Hariz dengan menekan gambar dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK SUPPORT

Jika ada soalan sila hubungi Coway Careline di talian 1800-888-111 atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.

6 Comments

    • harizcoway

      Maaf komen ni terpaksa di edit bagi melindungi maklumat peribadi Tuan. Untuk pemasangan semula Tuan kena call Customer Service Coway di 1800-888-111.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

  1. Maria Hadiey

    Salam..maaf tanya. Sy dh cukup 3 tahun utk penapis air neo. Sebelum ni, dh beberapa org agent@ cody sy tanya & cek, jawapan sama. Bulan 6 cukup 3 tahun & boleh pulang balik kalau x nak teruskan.

    Sy baru je call careline, lain plak jawapannya. Sy kena panelti sbb contract sy bukan 3+1. Lebih kurg 1500 sy kena byr kalau nk pulangkan. Jd sy x memehuni utk minimum contract juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *