Menu Close

CARA BATALKAN KONTRAK COWAY

Ramai yang komen, pm di page fb malah sampai call dan wasap Hariz mintak batalkan atau tamatkan kontrak penapis Coway mereka atas pelbagai alasan dan ia bukanlah sesuatu yang Hariz boleh tolong.

Setiap penulisan Hariz datangnya dari pengalaman selama 5 tahun Hariz bekerja di Coway. Jadi supportlah dengan LIKE dan REVIEW di page Facebook Hariz supaya entri yang akan datang dapat membantu lebih ramai lagi diluar sana.

Ketahui Kontrak Anda !

Coway mempunyai 2 tempoh kontrak iaitu minimum dan maximum kontrak. :-

1. Minimum Kontrak

Tempoh minimum kontrak ini adalah tempoh yang wajib dipenuhi oleh Tuan/Puan bila melanggan mana-mana penapis Coway. Jika tempoh ini tidak dipenuhi maka Tuan/Puan akan dikenakan penalti kerana melanggar kontrak.

Tuan/Puan dibenarkan buat penukaran ke model lain ataupun termination/pemulangan produk tanpa sebarang penalti selepas tempoh ini.

Tempoh bagi kontrak biasa adalah 36 bulan. Tapi ini terkecuali bagi promosi yang ada pengurangan bayaran bulanan seperti Promosi WOW Plan, Promosi Take Me Home, Promosi V-Change dan Promosi Ex-Trade 5.

2. Maximum Kontrak

Maximum kontrak iaitu tempoh tamat bayaran dan tempoh tamat servis penapis Coway. Selain itu status hak milik produk juga telah berpindah secara automatik kepada Tuan/Puan tanpa apa-apa bayaran pindahan nama.

Selain dari pembatalan kontrak penapis Coway, Tuan/Puan juga boleh membuat penukaran nama kepada orang lain jika ada pihak ketiga yang ingin sambung bayar penapis Coway Tuan/Puan (Terms and Condition Apply).

Cara-cara Untuk Membatalkan Kontrak Penapis Coway

  1. Call Coway Careline (1800-888-111) dan tekan butang 4 untuk bercakap dengan Customer Service Coway.
  2. Bagitahu Customer Service  yang Tuan/Puan ingin menamatkan kontrak penapis Coway.
  3. Customer Service akan memeriksa tunggakan dan status akaun Coway Tuan/Puan.
  4. Jika terdapat tunggakan dan/atau penalti, Tuan/Puan akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum pembatalan akaun Coway dibuat.
  5. Seterusnya tunggu pihak Coway datang mengambil kembali unit mesin penapis Coway dari rumah kediaman Tuan/Puan.

p.s: Hanya owner sahaja yang dibenarkan membuat pembatalan kontrak Coway. Tiada sebarang refund atau ganti rugi yang Coway akan bayar bagi pihak Tuan/Puan.

Sekian...

Jika sharing Hariz ni membantu dan memudahkan urusan Tuan/Puan sila LIKE dan REVIEW page Hariz dengan menekan gambar dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK SUPPORT

Jika ada soalan sila hubungi Coway Careline di talian 1800-888-111 atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.

179 Comments

  1. Adree

    Jika coway belum datang pasang penapis air, hanya baru potong bayaran pertama. Jika pembatalan perlu bayar denda juga ke?

    • harizcoway

      Adree yang tanya saya di facebook tadi kan? Jawapan dia tiada denda. Boleh buat pembatalan sebab produk belum pasang.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

      • Hasni

        Hi assalam harezcoway . Nak tanya , kalau Coway tu atas nama ayah tapi nak buat pembatalan kontrak , tapi ayah sakit baru lepas operation, tak boleh bercakap tak boleh bergerak . Mcm mana ye

    • Wan Azmi

      Sy beli Coway dan tak berjaya utk pembayaran auto debit. Pihak Coway yg sy msk kata tak akan ada cas kalau byr pada tarikh yg di tetapkan melalui akaunnya dan dia transfer pada Coway. 1 lg kalau byr advance sebulan pon x ada cas. Tp bila sy byr ikut tarikh yg d beritahu masih lg kena cas rm10 dan 2 barang jadi rm20. Sblm ni sy tidak diberitahu tentang cas, selepas bayaran pertama dan kedua timbul pula pasal cas tambahan rm10 tu kalau x berjaya buat pembayaran dgn auto debit. Skrg pon masih x berjaya dgn bayaran cara auto debit dan cas masih lg dikenakan ke atas sy. Minta penjelasan mcamana tu tuan

      • harizcoway

        Cara bayaran Coway memang wajib autodebit. Jika tidak memang En akan dikenakan handling fee RM10 setiap bulan untuk setiap produk. Sila rujuk dengan ejen Encik dan minta dia bertanggungjawab untuk isu ini.

        • Farah

          Nak tanya kalo saya nak batal kan kontrak coway .. belomm lagi 3tahun .. bolh ke?? Sebab sya pasang coway untuk kmudahan mak saya sakit .. sekarang mak saya dah mninggal … tapi coway tu atas nma akk sya…sbb dye dduk dngan arwah mak sya …bolh ke ??

      • Ashraqi Bin Hj Mahbob

        Assalamualaikum haris.. Nak tanya. Saya ada amek tilam dgn coway.. Lepas tu saya ada tertunggak dalam 5/6 bulan sebab masa tu saya di berhentikan kerja… Boleh tak saya nak rescheduled balik jadual pembayaran tu semula… Macam mana ye.. Ada idea tak

        • harizcoway

          Waalaikummussalam. Untuk reschedule tu tiada. Dia akan jadi tunggakan. Saya rekemen Tuan buat bayaran lebih setiap bulan contohnya 2 bulan bayaran setiap bulan untuk keep track semula bayaran bulanan coway tuan.

  2. Rai

    Salam nk tny la.. mcmn prosedur nk tukar name produk penapis air kepada org ketiga ? Kena tgk kontrak ke? Kena tgk produk ke?. Dan sekiranya org ketiga tu nk ambil sendiri brg dan dihantar ke alamat baru..perlu isi ape2 borang atau hanya telepon Coway bg tahu..

    • harizcoway

      Salam. Hi, ye betul nak tukar nama kena tengok kontrak. Sebab sesetengah promo tak benarkan penukaran nama selagi tak jadi hak milik. Untuk pemasangan jika owner nak pindah ke alamat pihak ketiga tu tiada masalah. Hanya call customer service atau ejen Coway Rai sendiri.

      p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ

    • HP picasso

      Saya dah key in produk untuk kontrak 7 tahun.. macamana cara untuk saya tukar kepada kontrak 5 tahun pula sebab saya key in secara manual dgn kerani ofis.

        • Pipah

          Salam.. kalau kita nk downgrade model penapis air boleh ke? Contohnya saya ambil penapis air+filter monthly lebih kurang RM200++ .. Lepas tu saya nk tukar ke penapis air yg RM77 or RM66 sebulan. Contract saya belum cukup 36 bulan. Baru pakai lebih kurang 12 bulan

      • zihan

        salam.sy nak return tilam coway dan nak terminate contract. lepas beberapa bulan guna tilam coway tiba2 pinggul dan pinggang sy mula sakit2. sy dah buat report dan ade team coway dtg buat pemeriksaan tilam tapi mereka bgtau tilam xde ape2 masalah. tapi sy tak puas hati dgn jawapqn mereka dan sy mau juga tamatkan kontrak.bagaimana caranya?

    • azhar

      Assalamualaikum nak tanya boleh ke nak downgrade jenis penapis air sebabnya dulu ambil jenis CORE dengan alasan tak ada table top la ni boleh tak nak tuka yang biasa kecik tu??

    • Muhammad zulkarnain

      Saya ada tunggakan 4 bulan ..coway service kata nanti ada orang datang kutip barang coway tu ..benarkah coway akan ambil atau sita barang tersebut ?

    • Bella Siron

      Salam..mahu tanya adik saya ada ambil 2 barang cuckoo..dalam beberapa bln ini ada tungkakan..kmi sdh byar itu tungkakan tapi knpa masih ada lagi mhu bayar sedang kan itu tungkakan sdh hbis di bayar..mohon minta penjelasan

    • lyn

      salam, mcm mane nk berhenti langgan coway? call care line byk kali x diangkat, tnye kat agent pon suruh kol careline. mcm mane nak buat?

    • Mohd Said

      Salam. Saudara sy ada guna WF coway. Baru guna 2 thn & dia meninggal.Kami mmg tak tahu nak kena repot atau nak return dlm tempoh brpa lama.
      Sy ada kontek coway HQ lps 6 bln arwah meninggal tapi pihak coway tetap nak kami byr penalti $1700 atas alasan langgar kontrak.
      Kontrak antara arwah & coway. Kami tak ada kena mengena dgn kontrak.
      Kami cuma kontek coway utk return WF tu.
      HQ kata sapa yg buat urusan utk return..dia yg kena byr penalti. Pulak dah..
      Mcm mna sy nk buat? Sy cuma nk coway ambik blk brg & sy yg x ada kena mengena dgn kontrak, tak perlu byr spa2.

      • harizcoway

        W’salam. Kalau penama Coway meninggal sebelum habis kontrak. Waris boleh terminate tanpa penalti dengan syarat maklumkan dalam bulan yang sama. Ni dah 6 bulan. Sebab tu waris kena sambung kontrak.

  3. Aisyah

    Salam.. nk tnya, kalau guna penapis udara tu dlm 3 bulan cmtu, pstu nk terminate. Kena bayar penalti jugak lah ye?

  4. Amelya Ulfah

    Salam, nk tiny
    Sy baru je pakai tilam coway, kalau misal sy dah taknak pakai produk coway ni sy kne penalti jg ke? Sbb Tak sanggup nak byr sbb sy nak buat loan beli rumah, apakah Nama sy kne blacklist pihak bank ke? Apakah sy jadi Tak blh buat loan sbb kne blacklist?

    • harizcoway

      Wsalam. Amelya boleh terus buat loan rumah sebab Coway ni tak dikira komitmen pada bank. Dan jika Amelya ingin buat termination, just call 1800-888-111 dan nanti buat bayaran penalti. Jika bayaran dibuat maka tiada tindakan blacklist diambil.

    • Hawa

      Hai sy nak tanya, sy faham mengenai formula bayaran penalti coway.. jika nk bayar sikit² okay ke? Dan jika xnk bayar kena ctos ke

  5. Imran musa

    Assalamualaikum..saya berhajat utk menamatkan kontrak penapis udara coway saya, ini disebabkan pendapatan yg agak terhad sepanjang tempoh pkp ini. Apa yg perlu saya buat? Adakah sy perlu call servis centre 1800888111 untuk berbuat demikian? Sekian terima kasih

    • harizcoway

      Imran boleh call customer service Coway berkenaan termination ini. Nanti mereka akan bagi cadangan berdasarkan kontrak Imran. Jika ingin proceed termination, Boleh maklumkan terus pada mereka.

      • harizcoway

        Waalaikummussalam. Akaun coway dengan akaun bank adalah akaun yang berasingan. Jika akaun Coway dibekukan, ia tiada kaitan dengan akaun bank semasa.

    • Rabiatul Afifah

      Hi, saya pakai tilam coway dalam beberapa bulan nak tanya kalau nak terminated tilam coway mcm mana ya ? Saya nak berpindah ke sarawak , berapa harga kalau untuk terminated

  6. Syafinaz

    Hai assalamualaikum. Saya baru sahaja beli lombok 3. Sudah pon diluluskan tapi tak buat pemasangan lagi. Sebenarnya saya nak ambil penapis air tapi agent coway saya cakap penapis air tak boleh pasang lagi. Tup2 lepas 4 jam saya submit order lombok 3 saya, saya agent saya maklumkan dekat saya yang penapis air dah boleh pasang sebab HQ baru bagitahu mereka. Boleh ke saya batalkan lombok 3 saya tu? Sebab tak buat pemasangan lagi. Mohon penjelasan.

    • harizcoway

      Waalaikummussalam, boleh batalkan jika belum pasang. Dan untuk PKP ni belum ada approval MITI lagi untuk pemasangan penapis air. Hanya penapis udara sahaja.

  7. Azman

    Salam. Ada tak cara lagi untuk tukar jenis penapis air sebab saya tak berpuas hati dengan kualiti air coway neo. Airnya berbau agak busuk, tidak sanggup untuk minum dikhuatiri berbahaya. Sudah 3 ke 4 kali report & baiki tetapi masalah masih berulang. Bayar rm85 setiap bulan tapi tak berani minum air dari penapis. Nak tukar atau tamat kontrak tak boleh sbb kontrak 60 bulan. Ada separuh lagi. Kalau tanya mmg tak ada jalan lain untuk peyyelesaian. Adakah coway tak ada jaminan jika gagal bekalkan air bersih & selamat. Jika tak ada jalan, boleh mengadu pada tribunal pengguna kerana kontrak yang agak tidak adil kepada pengguna jika air yang dikeluarkan dari penapis berbau dan tidak selamat.

    • harizcoway

      Wsalam. Model neo ni adalah air mineral. Jadual penukaran dia 4 bulan sekali. Jadi mungkin waktu penukaran tu adalah waktu di mana kita satu Malaysia tengah PKP3.0 jadi segala servis dihentikan atas arahan kerajaan. Jadi apa yang Azman perlu buat ialah call ejen yang uruskan pembelian Coway Azman dan mintak dia reportkan kes Azman ni beserta tindakan.

    • Nurul

      Saya juga alami nasib yg sama..bila report test depa kata xda masalah berbau semua..tp tiap hari kita yg minum air tersebut..test sudah 4 ke 5..tp kalo minum mmg air tu berbau plastik.. macam mama nk bayan dgn service yg mcmni.. padahal sy pguna coway penapis air lebih 8 tahun..bila tukar ke model baru sbb dpujuk oleh seller coway sendiri coway yg lama dlm dah rosak Dan xelok semua..tukar penapis baru trus air berbau plastik Dr bulan august 2022 sehingga sekarangnpv 2022..mana hak kita sebagai pengguna.. xakan kita yg nak tanggung masalah tersebut sebab khuatir akan datang effect masalah kesihatan

  8. PALMER

    Assalamualaikum, saya dah guna air purifier Lombok 2 dah 3 tahun 3 bulan, tapi masih kena bayar amaun yg sama. Jika saya terminate service Coway, adakah Lombok saya akan diambil semula oleh pihak Coway? kerana saya difahamkan masa awal install dahulu, selepas 3 tahun bayaran, barang akan jadi kepunyaan pemilik. MOhon pencerahan. terima kasih

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. FYI kontrak sewa beli penapis Coway semuanya 5 tahun. Mungkin waktu pembelian dulu cik dapat ejen yang tak jujur/transparent dan sembunyikan terms and condition supaya mudah untuk dia dapat jualan.

  9. Aja ishak

    Assalamualaikum. Saya ada call servis coway utk buat pembatalan khidmat coway. Sbb saya dah 3 tahun. Tapi coway cakap saya punya servis memang kena habiskan sampai 5tahun. Tak boleh tunggu 3 tahun. Betul ke ada macam tu ya en hafiz? Tq sudi jawab. Sebab sy tak tahu nak mintak tolong sape dah

  10. Muhammad hanafi

    Saya baru guna sehari guna pelan neo plus 65 ringgit. Kalau saya nak batal kan ada kah saya perlu bayar penalti? Alasan nak batal sebab pembaziran air yang tinggi bapa saya xsuka. Minta pencerahan

      • Bonney

        Salam. Jika saya guna coway ni angaran selama 1 tahun macam tu boleh ke kalau saya nak batalkan kontrak coway ni , alasan takut tak mampu membuat bayaran

        • harizcoway

          Salam sejahtera. Untuk pembatalan boleh je buat bila-bila masa. Dalam kontrak juga dah nyatakan syarat pembatalan. Jika ada kemushkilan. boleh rujuk dengan ejan yang uruskan pembelian Coway bonney untuk penerangan lebih lanjut.

  11. Noor atika

    Salam. Saya nak buat termination of contrak penapis air. Tapi saya bukan owner. Owner sekarang berada dalam penjara. Macam mana caranya ye?

  12. Julainq binti md yasin

    Salam.sy guna produk Lily.br guna dlm brp bln, garam.larut cantik.dan tambah.selps beberp bln.gatan tak larut.berkotak2 sy buang.setiap kl staf coway dtg servis, adavakan bgtu.nanti ada org bhgin repair akan dtg.skrg gatam dah tak larur lbh kurang 6/5 bln.mungkin lbh.sy dah 4 bln tak byr.sy nak pulang kan blk brg tu.pihak coway ada talipan tanta tinggakkan bil.itu yg .dikisahkan.drpd apa yg pelanggan dpt.sy tidak akan byr..

    • harizcoway

      W’salam. Maaf saya tak berapa faham. Untuk pengetahuan puan, Lily ada cara guna dia. Jadi sila pastikan puan guna dengan cara yang betul barulah garam tu akan larut. Jika rosak sila maklumkan pada Coway untuk repair ataupun tukar. Dan untuk pengetahuan Puan jika puan tak buat bayaran itu terpulang pada puan. Ejen pasti dah maklumkan kontrak Coway dengan jelas. Jika ada soalan sila call 1800-888-111.

    • Ayu

      Assalamualaikum En. HARIZ..
      Berkaitan dengan Coway saya.. Saya nak batalkan contract lebih awal sbb service dari Coway tersangatlah teruk.. Tp agent yang uruskan xnak layan permintaan saya.. Apa yang perlu saya buat ye?

      • harizcoway

        Waalaikummussalam ayu. Service yang teruk boleh report pada careline. Tak perlu terminate barang. Nanti cody akan datang ke rumah untuk buat service. Berkenaan ejen pula saya tak boleh nak kata apa sebab tu pilihan ayu. Ayu yang beli dengan dia. Jika ejen tu taknak beri servis yang sepatutnya, maka ayu kenalah berurusan dengan coway careline di 1800-888-111.

      • Kashi

        Assalamualaikum cik haris…sy nak bgth yg service coway sgt lembab dan masalah yg sama berulang kepada penapis air yg sy gunakan skrg..boleh kata tiap2 bulan air dari penapis air x boleh keluar dan tersumbat..bila nak terminated kena bayar penalti yg mahal padahal brg itu pihak coway ambik smula..apakah kontrak yg coway buat ini lebih kepada penganiayaan kami pihak pengguna..

        • harizcoway

          Waalaikummussalam. Kontrak sewa beli ni sebenarnya memberi kelebihan pada customer dan jaminan kepada syarikat. Jika ada masalah report sahaja kepada Coway Careline 1800-888-111. Coway akan repair sampai elok sepertimana yang dijanjikan mengikut kontrak.

          • Izzaty

            Salam en haris..berkenaan dengan jika ada masalah report kod careline.

            Saya dah pakai coway selama 3tahun. Setahun pertama takde masalah,tahun kedua bermula masalah air bocor, sy telefon staff yg incaj servis dan dia report tp masalah berulang hingga kini.. dah dua kali mekanik coway bw pulang coway sy utk dibaiki..tp masalah yg sama masih berlaku.. mekanik inform mungkin disebabkan oleh cr staff yg servis kurang betul sbb tu rosak. Jd saya call careline utk tukar staff lain utk service.. boleh pulak careline suruh sy ckp sendiri dengan staff servis tu utk tukar org lain.sangat tak profesional.

            Sy takde pilihan lain tuk menamatkan kontrak ni. Sy langgan servis coway utk memudahkan bukan utk menyusahkan.jadi sy rasa tak adil bila dikenakan penalti jika sy nk tamat kontrak atas masalah pihak coway sendiri.

            Harap dapat memberi solusi yg lebih baik.

  13. Mohd azren bin abd razak

    Salam…saya order produk coway storm pada 12/11/2021 ..boleh ke saya cancel order en.
    Barang pun belum sampai …

    • Wan Marjana

      Assalamualaikum..sy dah pakai storm selama setahun…sy jgk ada lombok 2. So semasa setahun tu sy tak rasa yg storm xmembantu. Bila lombok 2 sy rosak… technician ambk repair utk seminggu…baru saya dpt rasa yg storm tak membantu habuk n bulu kucing di rumah. Skrg kontrak storm masih ada 2 tahun .so blh ke sy upgrade ke lombok 3 ? Atau kena habiskan lg 2 tahun utk upgrade? Sy betul2 tak puas hati dgn Storm.

      • harizcoway

        Waalaikummussalam. Boleh terminate awal tapi ada penalti. Penapis udara Lombok memang lagi bagus untuk masalah bau dan bulu kucing. Ejen coway Wan Marjana ada consult tentang produk ni tak sewaktu pembelian?

  14. Wawa

    Assalamualaikum en.sy nk tanya sy akn berpindah blk kg halaman ..tp rmh yg bakal sy duduk air boring …sy dah tanya servis Coway dia kata Coway x boleh pasang dekat air boring …klu mcm tu sy nk tamatkan contrak boleh Ker ..sy pakai coway baru thn lps slps pkp

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. kalau ikutkan memang tak boleh pasang sebab air boreng. Untuk termination dan lain-lain cuba rujuk dengan ejen Coway yang uruskan pembelian Coway wawa tu.

  15. Siti Suraya

    Assalamualaikum encik sy ingin bertanya hari Ahad 12.12.2021 haritu ad org datang rumah sanitize rumah secara percuma selepas itu dia ad tawarkan mk saya untuk pasang penapis air Coway selepas itu mk saya daftar la tanpa berbincang dengan ayah saya..selepas itu mk sy bincang dengan ayah saya ayah saya tidak bersetuju untuk memasang penapis air Coway tersebut..bole ke mk saya batalkan..selepas itu ad org wasap sy di ckp dia dari Coway hq KL dia cakap tak bole batalkan…padalhal belom pasang lagi penapis air Coway tu..bole ke mk saya nk batalkan

  16. Mastura

    Assalammualaikum
    Nk tny kalau owner dh meninggal boleh return produk kn.. Jdi sy dh call careline utk terminate, jdi dia bg no utk whatapps sijil kematian dan beberapa maklumat lain.. Tp smpai skrg xde feedback.. Hanya bluetick..so mcm mne ye, sy xnk coway charge sy utk bulan depan.. Sbb sy dh inform suruh collect awal..ade cdgan x.. Tq

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Follow apa yang careline mintak. Feedback mungkin lambat sikit dengan situasi banjir yang melanda negara sekarang. Asalkan dah buat report dan dah hantar supporting dokumen InshaAllah bulan berikutnya bil tidak dikira walaupun proses pungutan tu lewat.

  17. Rusni abdullah

    Sy baru pakai seminggu penapis udara lombok 3…sekarang ni rase menyesal lah pulok…boleh tak nk batalkn contrak

      • Lala

        Encik hariz, saya baru lagi dalam coway, baru bagi maklumat Diri dekat ejen tapi bayaran X byr apa lagi dan mesin Pon x pasang lagi. Saya nak cancel boleh tak? Saya ada tanya ejen, nk cncel boleh tak,dia cakap tak boleh sebab dah lulus. Setahu saya boleh cancel.

  18. Ida

    Assalamualaikum nqk tanya ..mcm mne nak tamatkan kontrak coway..sy ada tggakan dgn coway hampir setahun..andai sy tamatkan kontrak ni..adakan saya kena bayar tunggakan tu sekali gus

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Boleh hubungi Coway Careline 1800-888-111 untuk termination. Nanti sewaktu termination customer service Coway akan suggest kan cara bayaran mengikut status akaun Ida.

  19. Nia

    Assalamualaikum encik, saya nak tanya boleh ke saya nak batalkan order untuk air purifier? Mostly soalan yg ditanya tentang penapis air. Jadi kalau untuk air purifier boleh saya cancel order juga ke sbb barang belum lagi sampai dekat rumah. Saya contact agent, dia cakap dah submit order jadi tak boleh cancel. If saya tetap nak cancelkan ada bayaran penalty ke yg perlu saya bayar? Mohon pencerahan. Terima kasih

  20. Hanna lee

    assalamualaikum sy nak tanya.tahun lepas pkp pendapatan sy terjejas so dh xdpt bayar dlm almost 2 tahun mcm tu..if sy nk bayaq balik tiap bulan mcm biasa.sy kena byaq amount tertunggak tu balik semua ker..

  21. Waheeda

    Assalamualaikum en Hafiz, nak tanya… Saya nak terminate akaun penapis air dan udara saya… Sebabnya seller sy ni dia org yg sama servis… Dia jenis kalau kita lewat bayar sikit dia datang jerit2 dekat rumah dah macam ahlong… Pastu dia jenis main ugut2 dan bawa cerita kat jiran2 sy

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Ini bukan cara yang betul lah. Cara yang paling mudah ialah call Coway Careline 1800-888-111 dan complain pasal attitude staff tersebut. Itu sahaja. Dan lagi satu Hariz sangat tekankan beli lah produk Coway dengan ejen yang berkredibiliti.

  22. Nur Nia

    Salam, saya diberitahu 21hb HQ Coway ditutup setiap bulan. Betul ke mcm tu? Sebab saya register & submit documents pada 20hb. Pemasangan lambat, katanya seminggu dan agent bagi alasan HQ tutup 21hb -24hb. Agent tak beritahu awal, hanya selepas submit documents baru saya dimaklumkan.

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Coway tutup semasa public holiday dan weekend sahaja. Berkenaan pengendalian order tu adalah kelewatan pada ejen tersebut. Mengikut apa yang Nur terangkan, 20hb tu masih lagi boleh dapat pemasangan dalam bulan ni juga.

  23. bieeqiess

    Salam.. sy nk tnye lah.. sakit hati jgak ngan coway ni.. sy mangsa banjir.. dh sebulan lebih sy tggu technition coway dtg tkar penapis udara storm sy .. tp masih x dtg.. duit ttp tolak.. sy telefon careline die kte amik masa 3 mggu shj.. rasa nk batal kn je coway ni.. ape prlu sy buat..

    • harizcoway

      W’salam. Sepatutnya kes banjir ni dah setel dah. Bieeqiess kena contact ejen Coway yang uruskan pembelian dulu untuk buat semakan dan tindakan.

  24. Sham

    Salam En Hariz. Nak sy baru pasang Mate rm77/7 tahun, dlm 2 minggu. Baru2 ni sy nmpk promo Neo rm65. Boleh ke sy tukar dari Mate ke Neo?

  25. Puan R

    Salam tuan saya ada soalan berkenaan tunggakan bayaran. Saya peniaga online ada SSM, jd setiap bulan coway akan auto debit bulanan dari akaun niaga saya. Selepas terkesan pkp lepas, bisnes saya drop dan coway tak dapat dibayar sekarang akaun bank niaga pun sudah ditutup. Jadi sekarang pihak coway call suruh bayar sekali gus tunggakan dekat rm1k. Saya tak mampu dan pihak yang call kata nak datang rumah bagi borang legal dan nak batalkan SSM saya beserta beku kan semua akaun bank saya. Betulkah pihak coway boleh bekukan semua akaun bank saya? Dan apa perlu saya buat sekarang. Memang kami sekeluarga tak mampu untuk teruskan bayar.

    • harizcoway

      W’salam. Tiada tindakan pembekuan akaun bank dilakukan. Suggestion saya puan call Coway Careline 1800-888-111 dan batalkan kontrak. Nanti just bayar penalti (jika ada) dan tunggakan sahaja.

  26. Shameer fadzillah

    Salam sy langgan tilam coway..lpas tu sy nk tamat kan kontrak disebabkan ekonomi xstabil dan komitment..sy call customer service dia ckp sy xbole terminate..ap yg sy perlu buat ya?

  27. amirrul

    Assalamualaikum En.Hariz,

    saya nak tamatkan kontrak penapis air coway. tempoh dah lebih 3 tahun guna. tapi saya ada tunggakkan.
    saya nak jelaskan tunggakkan itu. bagaimana ya?adakah bil masih berjalan semasa saya jelaskan tunggakkan sekiranya kontrak dah tamat?

  28. Mila

    Semalam sy nk pasang coway neo(bayar ansuran) di rumah saya..ini adalah penapis air yg kedua dlm rumah ini memandangkan abang sy sudah membelinya(bayar ansuran) hampir dua tahun dan belum habis bayar lagi..masalahnya sekarang ini..permohonan sy sudah diluluskan oleh pihak coway untuk pemasangan menggunakan alamat yg sama tapi bila technician dtg,dia xboleh nk install sy punya coway sbb tech bagitahu dlm satu rumah hnya 1 coway(bayar ansuran) shja yg dibenarkan..jika sy nk pasang jugak sy kena bayar cash..betul ker ada rule yg mcm ni?kenapa ejen tak aware dgn rule ini sedangkan die dah keje lama sbgai ejen coway?duit dah tolak tuk bulan yg pertama..tiba masa tuk install xbole..sngt mengecewakan..

    • harizcoway

      Memang ada rules tu. Dah lama dah. Berkenaan ejen tak aware tu saya no komen. Sebab tu kerap saya nasihatkan orang untuk cari ejen yang bagus dan berpengalaman.

  29. Faridah Binti Muslim

    Bole tahu..skrg coway ade melantik agen dh mcm ahlomg sya tngkkn sehingga merimaskn..baru smnggu buat payment masih ade lagi baki trtunggak sehari smpai 10x call berlainan no.dan org..bole kite buat report merimaskn

  30. qayyum ezwan

    assalam tuan, boleh ke nak tamatkan kontrak disebabkan ejen coway(kenalan) menipu saya dengan mengatakan dia yang bayar semua tapi duit saya tetap tolak bulan bulan ? barangnya tak pakai lagi dan sudah 3 bulan dekat saya

  31. Lia

    Salam..sy bru je trade in coway saya sb dh hbis byar n then sy nak batal balik ade cara ke tuan? Sb coway dah dtg pasang smlm cuma tiada perstujuan dr sblh pihak lagi tuk penukaran..kalau blh sy nk balik coway lme sy

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Sepatutnya ejen dah terangkan terms n condition trade in. Sila rujuk dengan ejen Coway yang uruskan trade in Lia untuk lebih detail.

  32. Nurifa

    Salam en Hariz. Merujuk pertanyaan di atas, maksudnya kalau baru pakai penapis air dalam sehari dua kemudian nak buat pembatalan, adakah kena bayar penalti juga?

  33. Nurfarahin binti abu bakar

    Salam ,, saya nak tanya … kalo saya nak cancel kan outo debit dekat bank macam mne ye ..

  34. AY

    Hi salam, nak tanya. Saya dah lulus untuk pemasangan coway, tp saya nak cancel untuk pemasangn coway tu. Coway tu belum install lagi kt rumah saya, boleh ke saya cancel ?

  35. Liyana Oshman

    Salam nk tnya saya dah setahun pakai tilam Coway tapi sy dh x nk pakai lagi boleh tahu sy kene penalti jgk ke

  36. fatimah bt abd.rani

    Macam mana saya nak batalkan kontrak saya sebagai hp di coway?saya pernah mndaftar online tapi xpernah buat?

  37. Yin

    Encik sy ada tunggakan tilam coway lebih kurang 4 bulan . Saya dpt whatsapp diberitahu diaorg akan tamatkan contract, maksdnya ? tilam akan ditarik smula oleh pihak coway ke?

      • Nur

        Assalam en, saya nak tanya. Jika saya nak terminate contract penapis air neo promosi yg 7 tahun bole ke? Jika dikenakan penalti jadi bayaran saya berdasarkan 7 tahun betul ke? Atau bole tamatkan selepas 3 tahun? Sebab agent saya ada bagitau tentang contract 3 + 2 tahun , kemudian tuk jadi hak milik sepenuh nya perlu lepas 7 tahun.

  38. aloya mantapi

    Tak paham la aku semua yang dok beli produk coway ni, korang dah awal2 bersetuju beli secara ansuran apasal, tetiba bila sesak nak stop

    tahu tak kalo satu produk tu harga 3000, ko baru bayar separuh, korang kena bayar penalti the remaining atau baki yg tinggal dan produk akan diambil semula oleh coway

  39. Nur

    Assalam en, saya nak tanya. Jika saya nak terminate contract penapis air neo promosi yg 7 tahun bole ke? Jika dikenakan penalti jadi bayaran saya berdasarkan 7 tahun betul ke? Atau bole tamatkan selepas 3 tahun? Sebab agent saya ada bagitau tentang contract 3 + 2 tahun , kemudian tuk jadi hak milik sepenuh nya perlu lepas 7 tahun.

  40. Rohanifa

    Maaf encik saya punya auto debit dah di batal kn sebab tunggak kan aritu..saya nak hubung hq tapi x tahu cara

  41. Sherry

    Assalamualaikum encik. Sy nk ty sy ada tunggakan 2 bulan (card expired) dan ada orang dari pihak Coway datang ke rumah untuk meminta bayaran. Soalan saya adakah ini mengikut prosedur Coway? Bukan ke mereka akan menelefon pelanggan terlebih dahulu untuk memberi peringatan? Saya adalah pelanggan auto debit.

    • harizcoway

      Waalaikummussalam. Jika ada yang datang ke rumah meminta bayaran tu mungkin cody. Untuk pengaktifan kad bank yang baru boleh call careline 1800-888-111.

  42. Suryani Abdul Ghani

    Saya mempunyai masaalah kewangan dan mempunyai tunggakkan dengan instalment coway. Boleh ker saya membatalkan contrak

  43. Najmi

    Salam, untuk subsribe produk coway, adakah ada untuk sign apa2 agreement, dalam kes tiada agreement diperlukan? Btol ke?

  44. Suzana

    Assalamualaikum, saya baru pasang Coway Neo Plus pd hari Selasa 28 Mac 2023. Saya tak berpuas hati melihat air yang terbuang sbb dikatakan air tidak elok. Air yang dibuang sama banyak dengan air masuk tank. Ini merupakan pembaziran. And saya rasa sangat sedih mengenangkan tempat lain ada mengalami krisis air sedangkan rumah saya airnya dibuang begitu shj.

    Saya call Customer Service kata boleh terminate tanpa penalti jika kurang dari 10 hari bekerja dari tarikh pemasangan. Di manakah bukti saya request termination kerana di website selfcare tiada apa2 status termination. Dan dimanakah terma & syarat terminate. Saya tak jumpa dalam borang installation note rental. Mohon pencerahan. Terima kasih…

        • Seriwati binti zainal abidin

          Hai en. Saya nk tya berkenaan penapis udara storm. Saya nk batalkan kontrak bulan ni dan bulan ni yg terakhir saya bole bayar. Saya tidak berkerja dan pesakit kronik. Tiada bantuan yg dpt utk melunaskan baki pembayaran selanjutnya. Bole ke kontrak tu dibatalkan memandangkan saya akan menjalani pembedahan kaki.

  45. Azman

    Saya pakai penapis air untuk kedai makan saya. Minimum kontrak tak cukuplagi. Tapi kedai terpaksa tutup sebab perniagaan merosot. Boleh terminate dan adakah kena penalti. Tapi nak bayar bulan-bulan pun tak lepas sebab tak mampu setelah kedai makan tutup. Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

  46. Aima

    saya nak buat pembatalan coway kerana tidak mampu untuk buat bayaran, bila sy call coway, mereka kata tidak boleh buat pembatalan dan perlu jelaskan bayaran penuh harga coway… klau sy mampu buat bayaran penuh, buat apa saya nk batalkan.. sedih betul dgn coway.. smpai sekarang saya belum buat bayaran, dan masih tertungak.. tungakan dalam 3 bulan.. penapis udara dah guna dalam 2 tahun..

  47. Liya

    hye encik hariz. sy bru nk psg ekon coway sy dh bg ic dan kad bank bulan lps then balance dlm bank x ckup jd sy mntk hold ke bulan yg sy akn maklumkan sbb bulan terdekat byk komitmen. ejen kata kene resubmit request blk tp suddenly pihak coway trus tarik je tanpa inform blh ke mcm tu? sdgkan sy x ready lg utk pemasangan bln ni. blh batalkan dan dapatkan blk duit ke ?

  48. Nad

    Salam, nk tanya. Kalau sy baru je pasang lombok 3 utk pakej rent 5 tahun, kalau sy nk ubah fikiran utk beli terus lombok 3 tu boleh ke? Nk cancel dah x boleh sbb baru je install.

  49. Helmy

    Assalammualaikum Hariz..
    Soalan saya : Setelah habis bayaran 5 tahun…bagaimana pula untuk meneruskan servis setiap 2 bulan untuk penapis air dan udara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *