Hi dan Salam Sejahtera buat pengunjung blog HarizCoway.com. Kali ni Hariz nak share entri berkenaan kadar penggunaan elektrik penapis air Coway.
Cerita pasal bil elektrik ni memang ramai yang nak tahu. Tak kisah lah aircond, televisyen, kipas malah water heater pun ramai yang mencari model yang lebih jimat elektrik.
Jadi kat sini Hariz kongsikan sedikit berapa jumlah sebenar penggunaan elektrik untuk satu unit penapis air Coway dirumah.
Hariz harap dengan perkongsian kali ini dapat menutup khabar angin dan prasangka yang tak baik yang sedang bermain di fikiran Tuan-tuan dan Puan-puan.
BANDINGKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH ANDA
Disini Hariz kongsikan 3 peralatan 3 elektrik yang biasa digunakan dirumah.
Jika dilihat dari kadar elektrik ternyata penapis air Coway menggunakan watt yang paling minimum iaitu 320 watt berbanding jug elektrik 730 watt hingga 2150 watt.
Katakan lah Tuan/Puan pakai model Villaem 2 seperti diatas. Penggunaan watt adalah sekitar 270W sehingga 320W. Jadi kita ambik maximum watt iaitu 320W .
“INI ADALAH KIRAAN MAXIMUM TANPA SEBARANG FUNGSI CEKAP TENAGA”
- Standby Mode – 22 Hours / 30 Days
- Boil Mode – 1 Hour / 30 Days
- Cool The Water Mode – 1 Hour / 30 Days
PERUBAHAN BIL ELEKTRIK SELEPAS PASANG PENAPIS AIR COWAY
BUKTI LAIN PENAPIS COWAY JIMAT ELEKTRIK
Tengok pada minit 1.20 kadar penggunaan elektrik penapis Coway
BAGAIMANA PENAPIS AIR COWAY MENJIMATKAN KOS ELEKTRIK
- Penggunaan elektrik yang sangat rendah iaitu 250 – 350 watt sahaja berbanding keetle elektrik yang boleh mencecah 2150 watt.
- Penapis Coway tidak memanaskan air sepanjang masa hanya menggunakan elektrik jika suhu turun dari lingkungan suhu yang ditetapkan. Proses ini sama seperti kompressor peti ais yang beroperasi bila suhu tidak berada didalam lingkungan yang ditetapkan.
- Kesemua penapis air coway dilengkapi Night Mode, yang mengurangkan penggunaan eletrik 30% pada waktu malam berbanding waktu siang.
- Penapis Coway diiktiraf cekap tenaga / jimat elektrik oleh ENERGY STAR US. Satu-satunya penapis air di Malaysia yang diiktiraf jimat elektrik oleh organisasi bertaraf dunia. Baca tentang Energy Star di >sini<
Jadi secara ringkas, penggunaan penapis air coway lebih banyak mendatangkan kebaikan iaitu elektrik lebih jimat, air ditapis bersih dan kita dapat menikmati air sejuk dan panas sepanjang masa tanpa perlu menunggu.
Lpas psang… Boleh trus guna atau ambil masa untuk air panas dan sejuk?
Tunggu air refil dulu. Nanti bila lampu semua dah nyala full Hilyani boleh guna.
Hello. Sekiranya villaem 2 kita off soket pada waktu malam sbb x guna, boleh jimat elektrik?
Secara tepatnya tak pasti. Tapi based on experience saya, purata bil elektrik bulanan saya masih sama. Jadi saya biar je ON. At least bila saya dan anak2 saya nak minum, air panas dan sejuk sentiasa ready.