BEZA PENAPIS AIR COWAY DENGAN PENAPIS AIR CUCKOO. POINT NO 5 PASTI BUAT ANDA TERKEJUT.
1. SAIZ TANGKI
Kita sedia maklum walau sekuat mana air bila ditapis air tersebut akan jadi perlahan. Ini kerana proses tapisan sedang berjalan bagi membuang bendasing yang akan menjejaskan kesihatan kita.
Jadi kita kena faham yang tiada istilah ambik secawan air topup terus secawan dalam masa yang sama. Itu bypass filter ataupun tiada filter namanya.
Oleh sebab itu saiz tangki air memainkan peranan penting dalam pemilihan penapis air. Jika saiz tangki itu kecik. maka penggunaan semasa sangat terhad dan terpaksa menunggu next refill.
Untuk model Cuckoo King Top mempunyai tangki 2.3 liter.
Untuk model Cuckoo Iris Top mempunyai tangki 5.2 Liter.
Untuk model Coway Neo mempunyai tangki 5.8 liter.
Jadi kat sini tangki penapis air Coway lagi besar dari Cuckoo.
2. SAIZ MODEL
Dengan perbezaan saiz tangki yang amat ketara sudah pasti perbezaan saiz akan dimenangi oleh jenama Cuckoo. Saiz Cuckoo direka lebih untuk mesra dapur manakala saiz Coway direka untuk menampung kapasiti yang lebih banyak.
Namun jika dibandingkan dengan model terkecil Coway iaitu model Neo, ia direka lebih slim tetapi mempunyai tangki yang besar berbanding Cuckoo.
Saiz kat bawah menunjukkan yang Coway Neo lebih kecil berbanding Cuckoo Iris Top walaupun Coway Neo mempunyai tangki lebih besar berbanding Cuckoo Iris Top.
Saiz Cuckoo King Top (2.3 Liter)
220mm(W) X 490mm(H) X 492mm(D)Â
Saiz Cuckoo Iris Top (5.2 Liter)
260mm(W) X 508mm(H) X 490mm(D)Â
Saiz Coway Neo (5.8 Liter)
260mm(W) X 500mm(H) X 483mm(D)Â
3. KEKERAPAN SERVIS
Servis amatlah penting untuk penapis air kerana ia menentukan kadar kebersihan air di rumah anda.
Contoh seperti water cooler di sesebuah sekolah atau pejabat, kadang-kadang kita sakit tekak minum air dari water cooler tersebut kerana jurang waktu servis tu sendiri.
Untuk penapis air Cuckoo servis setiap 4 bulan sekali termasuk penukaran filter.
Untuk penapis air Coway servis setiap 2 bulan sekali dan penukaran filter setiap 4 bulan sekali.
Cadangan saya untuk anda, jika ada penapis air lain yang menawarkan servis lebih kerap dengan perbezaan RM2-5 ringgit. Langganlah yang paling kerap servis. Sebab servis dapat memastikan filter kita dalam keadaan yang terbaik.
4. KUALITI AIR
Sebab utama orang memasang penapis air adalah kerana kualiti air yang sangat teruk. Ada yang berkarat, ada yang berbau dan ada yang mempunyai rasa pelik.
Mereka tidak mahu bendasing ni merosakkan kesihatan mereka terutama sekali buah pinggang. Ia organ pertama yang menapis bendasing yang terdapat dalam air minuman kita seharian.
Cukuplah dengan kandungan gula yang anda minum seharian. Rehatkan buah pinggang anda dengan air tulen.
Coway menggunakan teknologi tapisan sehalus 0.0001 micron iaitu teknologi reverse osmosis.
Cuckoo pula menggunakan teknologi Nanopositif yang tidak dinyatakan saiz tapisan.
Persoalan dia ialah jika klorin dan logam berat boleh nampak seperti serbuk teh. Adakah Tuan/Puan akan memilih penapis air tanpa melihat kepada teknologi/kehalusan tapisan?
5. KONTRAK
Kontrak ini sah untuk pakej sewa beli sahaja. Jika anda tidak sukakan kontrak boleh beli sahaja penapis air tersebut. Tak perlu fikir lagi komitmen bulanan.
Apa yang selalu menjadi tanda tanya tentang kontrak ni adalah bayaran penalti.
Kontrak sewa beli penapis air Coway dan Cuckoo mempunyai tempoh hak milik iaitu 5 tahun bagi Coway dan 7 tahun bagi Cuckoo.
Coway mempunyai minimum kontrak iaitu 3 tahun sahaja. Jika anda tidak mahu meneruskan boleh terminate tanpa penalti selepas 3 tahun.
Tetapi untuk penapis air Cuckoo anda wajib bayar habis sehingga 7 tahun.
6. KUALITI DAN ANUGERAH
Dagi segi kualiti pastinya anda mahukan yang terbaik dengan harga terendah untuk keluarga anda.
Untuk pengetahuan anda, WHO adalah badan yang membuat penyelidikan kesihatan. Bukan memeriksa kualiti penapis air yang dijual di pasaran.
“The WHO is responsible for the World Health Report, the worldwide World Health Survey, and World Health Day“ Klik >sini< untuk wiki berkenaan WHO.
WQA pula adalah organisasi dunia yang membuat endorsement kepada penapis air yang ingin dipasarkan di pasaran. WQA ni ibarat PUSPAKOM yang buat semakan sebelum kenderaan dibolehkan berada diatas jalan raya.
“WQA’s Certified Product Listings are available to help connect consumers with water treatment products that have been tested and certified to industry standards.”
Klik >sini< untuk semak penapis air anda dah diendorse ke belum.
Pengiktirafan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan self-claim oleh pengeluar produk dan memastikan produk tersebut boleh menapis bendasing yang dikatakan seperti logam berat.
7. SELAMAT SIRIM
Penapis air sekarang mempunyai komponen elektrik dan sistem ini menggunakan watt yang besar bagi memanaskan dan menyejukkan air.
Jika tiada pensijilan SIRIM, anda akan terdedah kepada risiko kerosakan yang boleh menyebabkan kebakaran ataupun risiko yang lain.
Selain itu terdapat beberapa syarikat insuran telah pun menetapkan kewajiban pengiktirafan SIRIM untuk tuntutan kebakaran jika berpunca dari peralatan elektrik.
8. JENIS TAPISAN AIR
Cuckoo hanya mengeluarkan penapis air mineral sahaja manakala Coway mengeluarkan penapis air mineral, penapis air alkali dan penapis air reverse osmosis.
Sebab itu kami di Coway akan menerangkan mana yang lebih baik. Bukan kecaman kepada mana-mana teknologi tapisan. Dan teknologi yang ada pada Coway juga telah mendapat pengiktirafan “The Water Specialist” oleh Water Quality Association (WQA).
9. LATAR BELAKANG SYARIKAT
Coway adalah jenama premium untuk penapis air dan udara sejak dari 1989 lagi di Korea.
Kesemua produk Coway dibuat di kilang Coway sendiri di Korea.
Cuckoo pula adalah jenama premium bagi periuk nasi di Korea.
10. HARGA
Jika harga yang memainkan peranan penting bagi anda buat keputusan maka inilah perbezaannya.
I sebagai customer y baru nak beli… U terang2 buat bad review untuk brand lain…
Saya hanya buat perbezaan apple to apple. Saya juga menyatakan dimana sumber info yang saya dapat tidak seperti blog orang lain yang tidak menyatakan sumber info mereka. Jika ada kesalahan fakta boleh komen disini.
tangki penapis coway drbuat drpd apa..besi atau plastik
untuk tangki air sejuk dan suhu bilik dari plastik gred makanan + free BPA. Untuk tangki air panas stainless steel gred makanan. kesemua material disahkan selamat oleh ROHS.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ.
Encik Hariz, saya baru sahaja order penapis air Cuckoo. Saya difahamkan tangki Cuckoo kecil disebabkan kelajuan tapisan lebih laju dari Coway.
Tak seperti Coway, tangki dia besar sebab filtration dia slow. Boleh jelaskan?
Hi Diana. Untuk filtration rate air mineral Coway dengan Cuckoo adalah hampir sama disebabkan kedua-keduanya menggunakan technologi nano.
Coway – Nanotrapâ„¢ Filter
Cuckoo – Nano Positive Filter
Jika ejen Cuckoo membuat perbezaan kelajuan tapisan diantara air mineral mereka dengan air RO sudah semestinya RO kalah kerana tapisan RO lagi halus. Bila tapisan lagi halus filtration rate pasti lebih perlahan.
Sebab itu perbezaan produk disini saya bezakan antara air mineral dengan air mineral. Bukannya air mineral dengan air RO. Barulah ia dipanggil “apple to apple” comparison.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Patutla air Cuckoo rasa kelat, tak menyesal pakai Coway
Bolehlah Hakim share blog ni pada family dan kawan-kawan. Jika berminat nak pasang Coway boleh klik link wasap yang ada.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Kenapa perlu banding direct mcm nih?bnyak yang fitnah pulak tu..jangan bagi ank ,bini n mak mkn duit belanja abg bg bang..dgn cara mcm ni..cerita kelebihan je da cukup..kalau betol air ro tu bgus knape who larang pengambilannya?jgn sebab nak duit kita buat dosa fitnah product lain.
Terima kasih Farah atas teguran. Saya bukan fitnah. Sumber saya ada nyatakan di bawah gambar perbezaan. Saya juga dah bertanya pada ejen mereka sendiri sebelum buat perbezaan ni. Jika benar saya fitnah boleh berikan fakta disini. Saya akan betulkan.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
google je ‘why ro water is not good for health’..
Consuming reverse osmosis (RO) water for even a few months can create serious side effects, warns WHO. It has been scientifically confirmed that drinking reverse osmosis water causes more bodily harm and faster than most contaminants found in tap water.
Hakim, ye betul air RO kurang bagus berbanding air mineral. Tapi tu air mineral bukit yang tiada campur karat, klorin dan bahan kimia yang lain. Tapi bila sumber tu adalah tap water. Air RO lebih bagus. Dan lagi satu entri ni saya buat perbezaan apple to apple model air mineral Coway dengan model air mineral Cuckoo. Mungkin Hakim ada tersalah faham dengan posting orang lain.
Saya dalam proses untuk mendapatkan penapis air. Di antara penapis air Coway, Cuckoo dan Elken, yang manakah lebih bagus?
Suggestion saya ambik penapis air RO sebab tapisan dia paling halus dan air paling bersih. So pengeluar air RO adalah Coway dan juga ELKEN. Antara 2 jenama ni saya pilih Coway sebab kelebihan dia pada rasa air lebih sedap, certified SIRIM dan Halal sepenuhnya. Selebihnya terpulang pada budget Tuan.
Sure ke cuckoo kena abiskan kontrak 7 tahun,please do a research..jgn buat content macmni..sbb Cuckoo mostly semuanya 5 years..paling lama 6 tahun pun time ada promosi..n Cuckoo pun ada plan 3 tahun sahaja..n sure ke coway tukar filter setiap 4 bulan..next buat la content berfakta..ni nampak buruk kt Cuckoo je..tau awak agent Coway..tp please do a research ya..
Kalau Ery / Sahritamami adalah ejen baru Cuckoo, sila rujuk dengan manager Ery kontrak Goood Plan yang terdahulu sezaman dengan model yang dinyatakan disini. Boleh juga search di website rasmi company (jika masih ada) ataupun search di google poster-poster promosi rasmi company.
Ye memang ada yang salah fakta. Bersaing biar secara sihat. Cukup cerita kelebihan coway je tak perlu burukkan jenama lain. Setiap jenama ada kelebihan masing2. Tak perlu pon nak burukkan. Nampak sangat produk awak jual tak bagus.
Pakai tangki pon plastik ada coil lagi. Kes terbakar selalu terjadi pada mesin coway.
Terima kasih atas komen. Mungkin cik farah boleh share artikel ataupun posting kes kebakaran yang selalu terjadi tu. Boleh pengguna lain nilaikan nanti kualiti produk Coway ni bagus atau sebaliknya.
Tuan, coway ada sambungan air ke sinki jgak ke mcm cuckoo?
Ada Tuan.
Nak menjual bagi auta byk kat brand lain. Kesian btul. Komisyen dpt tu halal ke haram? Nak buat perbandingan study btul2. Sekolah tak abes. Boleh buat beza mcm ni pulak.
Kalau fakta yang saya bagi ni salah tolong betulkan. No telefon saya pun tertera disitu.