Menu Close

BEST KE KERJA COWAY ?

Ramai yang tanya aku best ke kerja Coway ni?

Secara jujur aku jawab korang kena tanya diri korang sendiri apa yang korang nak capai sebenarnya. Ada yang nak kejar duit, ada yang nak kejar masa, ada yang target kerjaya dan macam-macam lagi.

Kenapa aku pilih untuk join Coway.

Hi, nama aku Wan Hazwan Hariz atau lebih dikenali dengan nama Hariz Coway. Aku berkelulusan Diploma in Network Security dari German Malaysian Institute (GMi) dan Bachelor Degree in Networking System dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

Pekerjaan terakhir aku sebelum ni ialah IT Security Engineer yang bekerja di Agrobank atau lebih dikenali dengan nama Bank Pertanian Malaysia.

Dipendekkan cerita aku mengenali Coway disebabkan aku nak beli penapis air untuk mertua aku. Semua jenama aku buat perbezaan “apple to apple“. Maklumlah belajar dan kerja dalam bidang IT ni buatkan aku tahu cara nak dapatkan fakta yang tepat di internet. Korang boleh tengok perbandingan Coway dengan produk lain di entry aku yang sebelum ni jika nak tahu.

Jadi aku pun buat keputusan untuk membeli penapis air Coway dan dari situ aku diperkenalkan dengan kerjaya Coway.

Hariz Pakar Coway

Ramai yang tertanya-tanya bagaimana aku yang dulunya seorang IT Security Engineer boleh jadi seorang jurujual penapis air.

Aku pun bila fikir balik rasa kelakar pun ada…mana taknya dari kecik lagi kita diajar belajar rajin-rajin boleh dapat kerja best-best. Boleh pakai kereta mewah, rumah besar dan lain-lain lagi. Sebab tu kerjaya seperti doktor, engineer, lawyer ni dipandang tinggi betul?

COWAY - LIFE CHANGING COMPANY

Bagi aku kerjaya di Coway ni adalah satu platform jana pendapatan yang low risk dan mudah. Bermodalkan RM120 aku hanya perlu register jadi ejen sahaja. Segala modul, platform, team dan lain-lain untuk buat jualan dah tersedia.  Kerja pun hanya fokus pada jualan sahaja. Tak perlu buat pemasangan, tak perlu simpan stok dan masa pun fleksibel. Aku boleh uruskan order customer  seluruh Malaysia secara online ataupun offline.

Ditambah pula dengan support team yang padu dari CSTeam. CSTeam adalah pasukan jualan No 1 Coway (M) Sdn Bhd yang mahir dalam bidang pemasaran online dan juga offline selama 11 tahun yang diketuai oleh 4 orang otai kat bawah ni.

CSTeam_High_Council
#CSTeam diketuai oleh 4 orang yang berpengalaman lebih 17 tahun dalam bisnes dan 11 tahun di Coway Malaysia.

Di CSTeam korang boleh jumpa ramai ejen Coway yang terbukti berjaya mengubah hidup mereka dan menjana pendapatan RM3,000 hingga RM10,000 sebulan secara konsisten dengan hanya meniru bulat-bulat teknik dan rahsia yang ada. Korang juga boleh pilih samada ingin bekerja secara part-time mahupun full-time.

1. Motosikal Idaman

Bekas penjawat awam. Bermula dengan part-time. Kini ejen sepenuh masa Coway. Selepas 6 bulan mencantikkan statement dengan coway, Ducati Panigale idaman dapat dibeli.

2. Kereta Idaman

Ejen Coway dengan kereta idaman masing-masing. Kerjaya bersama coway dapat mengukuhkan kewangan dan membeli kereta idaman masing-masing.

3. Bercuti Ke Luar Negara

Setiap tahun ejen Coway ditawarkan 2 kali percutian 5 bintang secara percuma. Hanya bawa duit untuk beli souvenir sahaja.

Alhamdulillah ni gambar aku bercuti ke luar negara secara percuma selepas berjaya capai target Coway. First trip aku dapat naik kapal Genting Dream Cruise pada Febuari 2019. Second trip aku dapat ke Netherlands, Belgium & Paris pada March 2019.

Best kerja Coway

4. Sewa Atau Beli Rumah Baru.

Boleh kumpul duit untuk deposit beli rumah dengan mudah. Alhamdulillah dengan payslip aku sorang boleh beli 2 unit kondominium di tengah bandar Kuala Lumpur. Satu untuk aku dan satu untuk isteri. Tak perlu menyewa lagi. Lepas ni kita target rumah landed pulak. Seronok kan?

Kerjaya Coway

5. Anda Tentukan Sendiri.

Apa yang Anda Mahu Dalam Hidup Ini. Apa Lagi Yang Belum Anda Capai? Jom kita realisasikannya di coway.

Berminat nak ubah hidup?

Klik link di bawah dan set appointment anda sekarang.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *