Hi & Salam sejahtera.
Entri ini, Hariz pakar Coway ingin kongsikan cara bagaimana Tuan/Puan boleh buat pembayaran tunggakan ataupun bil semasa penapis Coway Tuan/Puan menggunakan aplikasi JomPAY.
Dibawah ni Hariz tunjukkan langkah-langkah pembayaran melalui Maybank2u. Paparan adalah berlainan bagi setiap bank, tapi 3 benda penting yang Tuan/Puan kena ada sebelum buat pembayaran menggunakan JomPAY adalah Biller Code, Ref-1 & Ref-2.
Biller Code
Biller Code Coway ialah 9928. FYI, Biller code ini sama untuk semua pelanggan coway tau!
Ref-1
Okay, untuk Ref-1 ni ada 2 cara mudah untuk Tuan/Puan dapatkan;
- Dari ejen Coway Tuan/Puan berurusan waktu pembelian ataupun;
- Call Coway Careline di 1-800-888-111.
“Jangan hubungi saya untuk no Ref-1 jika Tuan/Puan bukanlah customer saya kerana segala urusan tertakluk kepada AKTA PDPA 2010”
Ref-2
Untuk Ref-2 ni adalah ‘optional‘. Tapi Hariz suggestkan Tuan/Puan isikan No Telefon Tuan/Puan sebagai rujukan.
Langkah Pertama
Setelah log in ke akaun anda, Pilih option ‘Pay’ yang didapati di bahagian menu sebelah kiri. Kemudian, di bahagian ‘Pay To‘, pilih “JomPAY‘.
Langkah Kedua
Kemudian masukkan ‘Biller Code‘ Coway iaitu 9928.
Langkah Ketiga
Lepas masukkan ‘Biller Code’ Coway tadi, tekan butang ‘Enter’ dan akan keluar paparan di bawah.
Masukkan Ref-1, Ref-2 yang Tuan/Puan dah dapatkan awal-awal tadi dan jumlah bayaran yang Tuan/Puan nak bayar.
Kemudian klik di ‘Terms and Conditions‘ di bawah belah kiri paparan tu, kemudian tekan PAY.
Langkah Keempat
Hariz syorkan Tuan/Puan menyimpan resit ataupun slip pembayaran untuk segala pembayaran secara manual (kepada Cody) ataupun JomPay.
Selalunya pihak finance Coway akan mengambil masa untuk kemaskini (update) bayaran Tuan/Puan.
- Pembayaran manual kepada ejen dan cody : 1 hari bekerja dari tarikh submission (manual update)
- Pembayaran Online transfer CIMB ke CIMB : 1 hari bekerja (auto update)
- Pembayaran melalui JomPAY: 3 hari bekerja (auto update)
Jika Tuan/Puan semak pembayaran dan masih belum update, sila hubungi Coway Careline untuk sebarang bantuan semakan.
Salam en Hariz.bagaimana untuk saya tukar cara pembayaran daripada pemotongan kad kredit kepada jompay.terimakasih
Wsalam Lizam. Jompay adalah cara pembayaran alternative sahaja. Pembayaran bulanan secara pemotongan kad kredit tidak boleh tukar untuk mengelakkan masalah pembayaran di masa akan datang. Jika kurang jelas boleh hubungi saya terus di 017-7299276. Terima kasih.
Produk coway atas nama anak tapi buat masa ini saya yg bayar bulanan. Mulanya saya bayar melalui bank in dlm akaun bank Coway Technician yg dtg servis. Baru2 ni saya tukar utk bayar melalui potongan kad debit. Yg peliknya coway sale technician ni sekadar snap kad debit saya tanpa mengisi apa2 borang. Bagaimana cara utk batalkan bayaran melalui potongan kad debit ini sbb nk bayar melalui Jompay? Terima kasih.
Sepatutnya ada 3 borang yang perlu di isi kerana pembayar adalah pihak ketiga bukannya anak Tuan. Mungkin Tuan boleh buat semakan dengan customer service. Call 1800-888-111.
Untuk pembayaran JomPAY pula hanya perlu dapatkan no Ref-1 dari ejen atau customer service Coway. yang lain boleh rujuk di blog ini.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Bagaimana saya ingin membayar melalui mesin ATM. Selama ini saya bayar melalui Auto Debit Maybank. Maybank saya ada masalah. Bolehkah pihak coway wasap saya no akauan coway..tq
Contact ejen yang uruskan pembelian Coway Hadi. Nanti dia akan bagi cara nak buat bayaran di mesin ATM.
tq ,,fast respon
Your welcome kak ila.
Admin, mesra, cepat respon dan mudah berurusan. Terima kasih kerana membantu….
Sama-sama. Terima kasih kerana komen. 🙂
Admin, mesra , cepat respon & mudah Berurusan… Terima Kasih kerana membantu..
Apa cod untuk jomapay
Ada 3 perkara yang Rina kena aware. 1st Biller Code, 2nd Ref-1 No & 3rd Ref-2 No. Yang tiada dalam blog Hariz ni hanyalah Ref-1 No sebab setiap pelanggan Coway mempunyai no yang berbeza. Jadi Rina kena call Coway careline untuk dapatkan no Ref-1 tu.
Setiap transaksi kene caj rm10 kn
Caj handling fee RM10 dikenakan pada pelanggan yang melanggar prosedur pembayaran Coway seperti yang dipersetujui sewaktu pembelian sahaja.
Kurang faham bab cas RM 10 ni..maknanya kalo sebelum ni sy bayar melalui agen,dan kalo lepas ni sy hendak tukar kepada jompay kne cas RM 10 mcm tu ke??
Caj handling fee ni dikenakan pada akaun yang terbatal potongan secara autodebit. Jika Tuan ingin elakkan caj ni dan nak buat pembayaran secara JomPAY Tuan kena buat 2 perkara ni.
1. Aktifkan balik fungsi autodebit.
2. Buat bayaran advance 1 bulan dari bil semasa
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Maksudnya mase pembayaran pertama yang kene fee rm10. Bayaran selepas itu sudah tak kena bayaran fee?
setiap bulan kena selagi tak aktifkan balik pembayaran ikut perjanjian waktu beli Coway.
Kurang faham bab cas RM 10 ni..maknanya kalo sebelum ni sy bayar melalui agen,dan kalo lepas ni sy hendak tukar kepada jompay kne cas RM 10 mcm tu ke??
Caj handling fee ni dikenakan pada akaun yang terbatal potongan secara autodebit. Jika Tuan ingin elakkan caj ni dan nak buat pembayaran secara JomPAY Tuan kena buat 2 perkara ni.
1. Aktifkan balik fungsi autodebit.
2. Buat bayaran advance 1 bulan dari bil semasa
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Produk coway atas nama anak tapi buat masa ini saya yg bayar bulanan. Mulanya saya bayar melalui bank in dlm akaun bank Coway Technician yg dtg servis. Baru2 ni saya tukar utk bayar melalui potongan kad debit. Yg peliknya coway sale technician ni sekadar snap kad debit saya tanpa mengisi apa2 borang. Bagaimana cara utk batalkan bayaran melalui potongan kad debit ini sbb nk bayar melalui Jompay? Terima kasih.
Sepatutnya ada 3 borang yang perlu di isi kerana pembayar adalah pihak ketiga bukannya anak Tuan. Mungkin Tuan boleh buat semakan dengan customer service. Call 1800-888-111.
Untuk pembayaran JomPAY pula hanya perlu dapatkan no Ref-1 dari ejen atau customer service Coway. yang lain boleh rujuk di blog ini.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
HOW TO MAKE PAYMENT ATM CIMB
Hi Nithya, if you want pay using CIMB ATM machine i suggest you to get your personal virtual account (dedicated cimb account for Coway customer). Just call Coway careline 1-800-888-111 and asking your Coway VA (virtual account). They will provide you the number. But that number only can be use from CIMB to CIMB only.TQ.
Assalamualaikum En Hariz. Saya bagitahu cody utk pasang coway pd bulan 4. Namun, bulan 2 dh start deduct rm120 dr account. Pengguna coway memang tidak perlu sign apa2 agreement ke ? Cody hanya snap IC dan kad bank (belakang depan) sahaja. Terima kasih sudi menjawab.
Waalaikummussalam. Sepatutnya ada aggreement. Bab bayaran memang ada tapi bergantung pada produk dan promo. Jika curiga, batalkan tempahan dan cari ejen lain yang trusted.
ref 1 dengan ref 2 sama je atau akan bertukar² ?
Untuk Corporate je berbeza. Untuk personal sama je.
terima kasih en hariz tentang penerangan rasa was2 tu. X tahu berapa tunggakan kita. nk byr pun rasa was2 sbb takut ada yg menipu kata dr coway tp takut slh kn.sbb byk sgt scam skrang ni. Tq sbb dh settlekn masaalah sy.
Alhamdulillah setel masalah kak Azie. Memang sekarang ramai scammers. Better buat semakan sebelum proceed apa2 action. Kalau dah proceed nak menyesal pun takde guna dah.
Salam en hariz. Sy ada terima msg dr coway antr no ref. Yang sy terima ref 1. Tak ada ref 2 . So masa pembayaran tu x perlu isi la kan kat ref 2
Wsalam. No ref-1 yang penting. ref-2 tu optional sahaja. boleh letak no telefon sendiri atau no ic.
Bro kalo mcm coway da hantar invoice, gaji masuk lmbat.. Then tibe2.. Da masuk dia tk tolak auto debit.. Perlu ke buat cara manual atau tunggu next invoice.. Tunggu lama2 tkot duit ni habis lak.. Hahha
Its ok bayar lambat janji dalam bulan yang sama je bro. Jika ada tunggakan barulah bayar secara manual. 🙂
Salam en.hariz. Sy nak tanya. Sy ada tunggakan 3bulan. Rupanya sy terlepas pandang dalam bank, baki takcukup utk autodebit. So sy dikenakan cas handling tu. So skrg ni sy perlu membuat pembayaran secara manual kan? boleh sy tahu tak adakah selepas ini sy tetap akan dikenakan handling fees tu walaupun tiadaa tunggakan & sy bayar secara manual? terima kasih
Ye, selagi mana tak update detail kad baru Tuan Hamizan akan dikenakan caj handling fee tu. Jadi Tuan boleh update kad secepat yang boleh. Bermula 4/5/2020 ada kawasan yang dah start PKPB. Jadi Tuan boleh pergi ke pejabat Coway berdekatan ataupun call Coway Careline untuk update detail kad baru.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Setiap transaksi kene caj rm10 kn
Caj handling fee RM10 dikenakan pada pelanggan yang melanggar prosedur pembayaran Coway seperti yang dipersetujui sewaktu pembelian sahaja.
Assalamualaikum .. boleh x nak tukar acc bank yg sudah didaftarkn untuk bayar bill coway ?? contoh sebelum ni acc bank yg didaftarkn atas acc cimb saya tapi nk ditukarkan kpd acc bank cimb ayah saya .. boleh x encik ?
Wsalam Syafiq. Jika Syafiq nak tukar pemotongan dari bank Syafiq ke bank ayah tu dibolehkan kecuali untuk promo yang ada potongan harga bulanan seperti wow plan (Neo RM65/RM85) dan take me home (Villaem RM100).
Hai..boss mcm mna nk cek kalau ada tunggakan ke tak
Hi Azim, boleh call Coway Careline 1800-888-111 ataupun contact ejen yang uruskan pembelian Coway Azim tu. Sekian.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
CODE JOMPAY untuk CIMB?
Yang tu kena call Coway Careline dan minta no ref-1. Kalau ada satu produk Syida akan dapat satu no ref-1. kalau ada tiga produk Syida akan dapat tiga no ref-1. No Coway Careline 1800-888-111 https://www.harizcoway.com/no-telefon-coway-careline/
Thanks Encik Hariz bg panduan utk sy byr coway melalui jompay.so easy n helpful.
Your welcome 🙂
Bayaran untuk coway saya setiap awl bulan iaitu 9 haribulan..boleh x saya nk awalkan lagi tarikh sama saya gaji..
Boleh. Rujuk dengan ejen Coway yang uruskan pembelian Coway wawa.
klau coway kne ctos tak boleh bayar guna jompay ke..tak bayar separuh2 ke
Boleh je nak bayar ikut JomPAY. Bayar separuh pun boleh. Bayar penuh lagi bagus.
admin mudah dan mesra. Terima kasih en hariz krna membantu saya mmbuat semakan tunggakan dan memudahkan urusan saya. semoga urusan anda jgk dpermudahkan.
Aamiin…Terima kasih Amirah. 🙂
Kalau saya buat pembayan menggunakan jompay adakah cas rm10 akan dikenekan?
Tak. RM10 ni caj handling fee yang dikenakan bila autodebit gagal melebihi 2 bulan berturut-turut. bukan pembayaran jompay.
mcm mane nak download manual bill? register under company. buat payment guna chq.
Jika pembelian coway tu atas nama syarikat memang Coway hantar invoice ke email. Jika alamat email dah berubah boleh hubungi Coway Careline lepas PKP ni untuk update alamat email.
Tuan, saya byr mlalui bank in ke CIMB stp bln…tp sy still dikenakan cas rm10 sbb auto debit gagal, mcmmana nk elakkan caj rm10 tu
Cara nak elakkan cah handling fee RM10 tu kena aktifkan balik pembayaran secara autodebit. Bila dah aktif Puan nak bayar secara manual dibolehkan tapi buat advance 1 bulan.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Salam en.hariz..sebelum ni say buat bayaran secara manual..tp disebabkan pkp covid 19.blh ke saya bayar ikut jompay.adakah caj handling rm10 turut dikenakan jgk
Wsalam Akmal. JomPAY adalah salah satu pembayaran alternatif untuk Coway. Caj handling fee RM10 tu adalah caj lain yang dikenakan bila status payment bukanlah autodebit seperti yang dipersetujui sewaktu pembelian dahulu. Tiada kena mengena dengan JomPAY. Jadi saya syorkan Akmal untuk update kad bank pada Coway untuk elakkan caj handling fee tu.
Sy dah berhubung..alhamdulillah sngat membantu sy..trima kasih
sangat membantu… tqvm
Terima kasih atas komen.
p/s: Jika blog dan penerangan Hariz ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ 🙂
Askum..mengapa sy bayar jompay pun tp agent semak bayaran teyap ada handling fee rm10..
Handling fee adalah caj bayaran jika autodebit bulanan terbatal. Agent yang buat semakan tu sepatutnya terangkan pasal caj ni dengan lebih terperinci sebab Atif dah buat pembelian dengan agent tersebut.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
assalamualaikum macam mne nak bayar coway gune maybank2u?
Wsalam. yang saya share ni menggunakan maybank2u. boleh ikut step by step yang ada.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Assalamualaikum End Hariz. Ref-1 tu order no kan?
Waalaikummussalam. bukan. order no 7 digit je. ref-1 ada 8 digit. tapi 7 digit pertama ref-1 memang sama dengan order no. digit ke 8 je takde.
assalamualaikum en hariz.. saya ada buat pemasangan coway.. tapi diaorang mintak aktifkan auto debit untuk pembayaran..
Waalaikummussalam. pembayaran Coway memang autodebit. jadi kena aktifkan lah.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
En.asalnya mmg direct debit..tp x berjaya..sy byr ke jompay dua kali dah,coway minta aktifkan a.debit..tp boleh je kan bank in sendiri ke jompay?
boleh. tapi ada caj handling fee RM10 setiap bulan. itu akan merugikan ara. Ara boleh contact ejen yang uruskan pembelian Coway ara tu untuk dia cek ledger dan bagi advice. Sekian.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
assalamualaikum en hariz…kad saya dah kena terminated dan bolehkah saya buat bayaran manual…tapi no akaun x tahu..atau saya boleh tukor bank autodebit? call HQ dah berangkat dari semalam. mohon bantuan. TQ
W’salam. boleh buat bayaran manual by hand pada Cody yang datang servis. Jika nak buat pembayaran secara online transfer dari CIMB Clicks ataupun JomPAY boleh dapatkan dari website Coway https://selfcare.coway.com.my/
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
saya nak masuk selfcare coway. hanya boleh upload payment sahja.kalau saya nak guna RHB bank boleh x???. Account number tu customer number ker?
Boleh pakai mana-mana bank tempatan buat bayaran. No ref-1 untuk pembayaran JomPAY ada 8 digit. tapi 7 digit pertama sama dengan order no. untuk no penuh kena mintak dengan ejen Coway masing-masing.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Klu nak aktif smula auto debit . Utk byaran advance 1 bulan . Makna nya bulan yg seterusnya coway akn potong utk 1 bulan je atau mmg tiap bulan kena advance byaran 1 bulan lg ?
bila aktifkan autodebit tu. Coway akan caj tunggakan (jika ada) dan advance sebulan. jadi bulan akan datang tiada bayaran. bulan yang lagi satu akan start autodebit seperti biasa.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Kat melaka mana tempat nk byr bil coway by hand
Boleh bayar dekat Sales Office Coway di 75-1 & 75-2, Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Macam mne nk check coway berapa lama lagi nak hbis ?
Boleh call careline 1800-888-111 atau boleh wasap Hariz nama penuh dengan no IC untuk semakan.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Kalau I nk pakai autodebit balik cm ne yee..?
Susahh nii.. Sbb I xde aplikasi bank tu semuee
Contact balik ejen yang uruskan pembelian Coway Sarash tu. Nanti dia akan buatkan.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
dimana mahu tahu code agent…:)
Call Coway Careline 1800-888-111 dan buat semakan atas penama.
p/s: Jika blog dan komen ini membantu sila LIKE dan REVIEW page https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Hi En. Hariz, sebelum pembayaran setiap bulan melalui JomPay, tp baru ni suami terima mesej dr sale technician yg menyatakan pembayaran selepas ini tidak boleh melalui JomPay kne auto debit., dan Sale technician minta gmbr kad bank untuk aktifkan auto debit… tp sampai hari ini tiada pemotongan dr acc bank… Disebabkan hal ini, saya taknak next invoice kne caj lewat bayar sedangkan dalam acc Coway tidak potong..
tolong beri penjelasan. Terima kasih.
Hi Shirley. Setiap produk Coway wajib bayar menggunakan saluran autodebit. JomPAY ni adalah alternatif sekiranya autodebit gagal, ataupun untuk bayaran tunggakan ataupun advance payment.
Jika Shirley sudah berikan detail kad untuk mengaktifkan balik bayaran secara autodebit, mohon rujuk dengan ejen tersebut status autodebit dah aktif ataupun belum.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
sy bayar guna jompay tp coway xupdate jd bil sy dh tertggak sebulan kemuadian terpaksa byr guna ejen dh jd double pay..mcm mne yer nk buat kalo mcm tu. kire sy dh byr lebih tp bil still xtolak jgk.
JomPAY makan masa 3 hari bekerja untuk update berbanding autodebit yang update pada hari yang sama. Syahirah contact balik ejen Coway Syahirah dan mintak dia advise. Dia boleh bukak sistem Syahirah.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
salam tuan, sy byr coway guna auto debit, kalau sy nak byr guna jompay utk setahun, bulan depan dia akan potong autodebit juga ke? atau dia akan potong semula lps habis tempoh setahun byrn tu?
Waalaikummussalam. Autodebit akan start balik setahun lepas tu.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
Salam.. klau dh kena ctos, lama tak byr, nak bayar tunggakan semua no acc utk pembayaran guna jompay tetap sama ke?
Waalaikummussalam Fifa. Boleh bayar ikut JomPAY. No reference tetap sama dan tak berubah walaupun dah blacklist CTOS.
p/s: Servis bantuan yang saya tawarkan ini adalah inisiatif saya sendiri. Tiada bayaran khas yang Coway peruntukan untuk saya. Support lah effort saya dengan LIKE dan REVIEW page saya https://www.facebook.com/HarizCowayShop/ TQ
what if i x ada online banking? can i byr via jompay ni jgk ke
JomPAY ni adalah online banking. Boleh guna. Cuma pastikan no akaun tu betul sebelum buat pembayaran.
hai hariz saya nak tanya jika ada tunggakan boleh tak bayar secara ansuran?
Hi Iza. Boleh tiada masalah.
Hi, boleh ke kita update autodebit sendiri dr laman web selfcare dan xperlu melalui orang yg handle mase beli product coway tu??
Autodebit sy active tp no akaun yg tertera tu lain dr no akaun yg asal, pelik jugak,
So mcm mn ye encik???
Dah 2bulan xde deduction,
Mungkin autodebit terbatal. Call 1800-888-111 untuk semakan atau hubungi ejen Coway yang uruskan pembelian Coway tu.
Boleh je. Follow step by step dalam selfcare tu. Kalau pakai autodebit no tu adalah no kad bank yang register. Kalau pakai direct debit tu adalah no akaun bank. Refer balik waktu register dulu pakai cara bayaran yang mana satu.
Hi, saya baru dapat call daripada HQ Coway mengenai akaun lama saya yang dikatakan tidak boleh di terminate sebab ada bayaran tertunggak. Masalahnya akaun tersebut telah ditutup 5 tahun lepas. Malahan Coway telah pun mengambil unit penapis air tersebut 5 tahun lepas. Tiba-tiba sahaja mereka meminta bayaran tertunggak. Bukankah termination dan pengambilan semula unit dilakukan selepas proses bayaran tunggakan selesai? Sangat mengelirukan.
Termination kontrak dibuat supaya bil bulanan berhenti. Proses pengambilan semula produk boleh diambil sebelum atau selepas full settlement. Dia mengikut persetujuan customer. Jadi jika ada bayaran lagi maknanya pihak Mai belum buat bayaran selepas termination kontrak. Boleh minta akaun ledger dengan staff kami dan cek dengan pembayaran yang Mai dah buat.
Hye en Sy pernah terima byk Kali wassap utk suruh Sy byr, tp setiap Kali yg htr tu mesti no ref 1 tu berubah² Sy pun dh jadi risau takut scammer.. sb Sy byr kat sorg tu katanya dh masuk tiba2 sorg g msg mtk byr kata Sy xde buat sebarang payment dh berbulan² .. dh tu pulak dia punya bahasa betul² kurang ajar . Sy juga pernah screenshot wassap tu kat staff coway g sorg tu but no respon lak Dari dia juz baca je, baru2 ni pulak Sy br terima surat Dari coway kata 6 bulan Sy xbyr katil n Lombok.. ehhh pahal.. pelik betul la.. mn 1 sbnrnyab betul ni?
Sila call 1800-888-111 untuk buat semakan Ref-1
Hi, kalau saya tengok dekat invoice ada handling charge rm10 semasa saya hendak buat bayaran, jadi saya stop proceed untuk membuat bayaran tersebut secara manual, then terus saya aktifkan auto debit. kalau saya tggu dalam tmpoh 5-7 hari, adakah rm10 tersebut tidak akan dikenakan setelah auto debit saya berjaya atau saya tetap kena bayar rm10 tersebut untuk bulan ini?
Caj tu secara bulanan. Jika belum update kad dan dah masuk bulan baru akan dikenakan caj.
Hai..Saya perguna Coway, Sy ambil barang Coway lagi Agen Kluang dan saya merasa tertipu kerana Agen suruh Sy ambil dua barang atas nme owner lain2 dan bank lain2..Dan skrg bank Sy ada mslh,jadi pihak Coway xbolh tolak bank Sy melalui Auto debit ..Sy ada mintak tolong Agen dan HQ tapi call xdi angkat dan chat x di balas..Dan Sy pulak xde Maybank Online..Saya harap komen Sy dapat di balas dan Sy harap tuan dapat membantu Sy.. terima kasih..
Hi Sheren. Saya syorkan cik ke sales office berdekatan untuk buat semakan. Klik sini https://www.coway.com.my/contact