Menu Close

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL JIKA PENAPIS COWAY SAYA TERLIBAT DALAM BANJIR

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELANGGAN COWAY.
 
Sekiranya Tuan/Puan adalah pelanggan Coway yang terlibat dengan banjir dan mengakibatkan kerosakan peralatan Coway samada penapis air atau udara kalian jangan bimbang ya.
 
Kalian hanya perlu ikut beberapa langkah dibawah dan nanti pihak Coway akan berhubung dengan kalian untuk tindakan selanjutnya.
Ada 3 langkah mudah untuk tuntutan waranti.
 
Langkah Pertama: Buat report polis.
 
  • Pastikan nama model ada tertulis dalam report.
  • Jika anda boleh dapatkan incident report/laporan bencana alam dari pihak bomba, boleh lampirkan sekali.
Langkah Kedua: Ambil gambar penapis Coway kalian yang terlibat dengan banjir.
 
  • Jika produk telah pecah atau telah hanyut dan meninggalkan sebahagian badan sahaja, ambik gambar bahagian yang tertinggal tu.
  • Jika produk hanyut dan tidak dijumpai, pastikan anda nyatakan secara bertulis di dalam report polis secara spesifik.
Langkah Ketiga: Hubungi Coway Careline di 1800-888-111.
  • Tekan no 1 untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan.
  • Buat laporan lengkap. Pegawai kami akan meminta dokumen di atas.
Saya doakan kalian yang terlibat dengan banjir ni dipermudahkan segala urusan serta tabah menghadapi ujian ini. Amiin… 🤲

Sekian...

Jika sharing Hariz ni membantu dan memudahkan urusan Tuan/Puan sila LIKE dan REVIEW page Hariz dengan menekan gambar dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK SUPPORT

Jika ada soalan sila hubungi Coway Careline di talian 1800-888-111 atau tinggalkan komen anda dibawah. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Copyright protected by Hariz Coway